Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Monday, 31 December 2012

atasi lenguh dan bisa2 badan

 Joint Health Complex / ostematrix

Anda mengalami sakit2 sendi d lutut,pinggang dn lengoh2 badan. vitamin yg sgt sesuai utk d makan adalah joint health tablet dn ostematrix.

Kebaikan joint health tablet:

Menyokong kesihatan sendi dlm 3 cara:
1. Meningkatkan keselesaan sendi
2. Memelihara kesihatan tisu penyambung.
3. Meningkatkan kesan kusyen

Kebaikan ostematrix
1. Menguatkan tulang
2. Memperbaiki kekejangan dn kebas
3. Menghalang artritis

Semoga berkongsian ini dpt membantu.


Hubungi Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811


Cepat Sihat: Joint Health Tablet membantu atasi masalah sendi....

Cepat Sihat: Joint Health Tablet membantu atasi masalah sendi....: Tanpa 2 biji tablet ini sehari... saya rasa sangat bersalah pada diri sendiri. Beberapa bulan lepas saya sangat sukar bergerak bebas, me...

Cepat Sihat: offer januari utk pesakit sendi dan lutut

Cepat Sihat: offer januari utk pesakit sendi dan lutut: januari 2013 dibuka dengan peluang untuk kita semak2 kesihatan lutut dan sendi ibu bapa, atuk nenek dan saudara mara. Kongsikan harga hebat...

offer januari utk pesakit sendi dan lutut

januari 2013 dibuka dengan peluang untuk kita semak2 kesihatan lutut dan sendi ibu bapa, atuk nenek dan saudara mara. Kongsikan harga hebat bulan ini.. Mudah2an dengan izin tuhan 2013 mereka lebih meriah dan bebas bergerak...

Kembalikan kecergasan mereka.. Rebut peluang januari dari Shaklee..




Bagi pengguna setia JHT... saya sangat galakkan anda beli 6 dan dapat percuma 1. Harga boleh runding.




bagi yang baru nak cuba, silakan sms saya utk harga rendah... Insyaallah selepas 1 botol sudah sangat nampak hasilnya...(bergantung kepada kes) Dalam kes saya, saya sudah tidak boleh lipat lutut... tapi masih boleh jalan... selepas 2 botol, dah 99% pulih. sekarang pergerakan semakin bebas... Syukur.


Baca lagi untuk info dan testimoni

Untuk tempahan sms atau whatsapp 0192247004 (Ieja)

ID Shaklee 889811

Sunday, 30 December 2012

Saat anakku diserang sawan


7 tahun berlalu...

Malam tu Dalily asyik menangis, cuma suaranya tak kuat sangat. Rasa kepalanya dedar (panas sikit2). Minum susu pun kurang. Panjang rasanya masa berputar nak menunggu pagi..........

Di sebelah pagi pula mama arahkan Siti (bibik) mengemaskan baju anak2. Hari ini kita akan berangkat pulang selepas seminggu di kampung. Dini dan Dayana leka bermain dengan sepupu2 mereka.

"Bang, kita bawa Lily ke klinik harini. Badannya tak panas sangat tapi kita jumpa doktor ambik ubat pun jadilah" kataku pada suami. Suami pun setuju. Sekitar 10.30 pagi kami ke klinik di taman bersebelahan kampung. Pemeriksaan seperti biasa. Suhu badan Lily 38.5 darjah. Boleh tahan juga, mungkin panasnya terpendam di dalam...Doktor masukkan ke punggung Lily ubat Voren 250mg dan catatkan ubat yg perlu kami bawa pulang.

Sambil memangku Lily menunggu giliran membayar dan mendapat ubat.... mama tepuk2 lembut badan Lily...

Tiba2 badan Lily kejang  dan giginya mengetap2... Panik!!!! Mama terus bergegas masuk semula ke bilik doktor. Pada masa yang sama Lily sudah terberak2 dan najisnya menitis2 di lantai bilik rawatan tu... Lampin pakai buangnya dah tak mampu menampung kerana terlalu banyak najis yg keluar dan cair.

Mama terus memanggil-manggil nama Lily yang ketika itu berusia 11 bulan...sementara doktor dan pembantunya terus membuka baju dan membasahkan Lily dgn air paip. Mata Lily terbuntang ke atas.... Badan Lily biru dan keras seperti batang kayu...Mama dukung Lily sambil doktor terus basahkan badannya lagi.

Mama cuba tenangkan diri dan berfikir waras... Mama bisikkan pada dirinya sendiri..."Aku perlu redha jika anakku ini pergi (meninggal) hari ini..Aku perlu redha"

"Abang, azankan telinga anak!!!! Azankan telinga anak!!" suara mama agak tinggi.

Abah Lily pun panik.... tak terkata apa...

"Allahuakbar Allahuakbar! Allahuakbar Allahuakbar...." sehingga habis azan. mama dah tak peduli, mama azankan sendiri tepi telinga Lily. Mama tak mahu tunggu...

Doktor pun tak kisah. Dia terus juga basahkan badan Lily. Usap bahagian mata Lily. Semakin bait bait azan tu mama lontarkan keluar dari peti  suara mama.... badan Lily semakin kurang kejang, mula dari kaki, sudah tidak keras kaku lagi, badan pun mula mengendur dan lembut... Biru badannya dah kurang (seperti darahnya tadi berhenti mengalir seketika dan kini mengalir semula). Mama lega dan tarik nafas panjang.

"Abang, tolong belikan 'diapers', ambil selimut (selimut kecil yg dilipat jadi bantal) di kereta" mama tak fikir apa2 lagi, asyik mengarahkan Abah.

Abah pulak dah bercelaru fikiran agaknya, ikut saja arahan mama...Beli 'diapers' dan bawa selimut utk Lily.

Mata Lily pun dah mula tutup... Dia kelihatan seperti letih dan tidur.

Pesan Doktor, kalau panas lagi... bawa ke hospital terus.

Petang tu kami bawa Lily ke hospital kerana dia tak mahu minum dan badannya masih turun naik panasnya...Berkampung la mama di hospital selama 6 hari 5 malam. Sebabnya pun doktor tak dpt pastikan sangat... Buat ujian darah, periksa telinga. Cuma ada sikit jangkitan di telinga dan mungkin kuman tu dah tiba ke otak dan sebabkan sawan tu. Lily pulak  mcm biasa di hospital, terkedek2 berlatih berjalan. 

Sehingga aturan dan rawatan antibiotiknya selesai barulah kami pulang dan balik ke rumah di Selangor.

Alhamdulillah,umur Lily panjang dan masih bersama kami sekarang. Cuma memang dia lembik sikit...mudah sakit.  Mama ingat pesan doktor, hati2 bila Lily demam... terutama sementara umurnya capai 3 hingga 5 tahun. sawan tu masih boleh berulang. Voren dan paracetamol memang wajib mama simpan dalam peti ais. Lily pun dah 7 tahun, dah jarang sakit....

Lily ambil vit c kanak2 Shaklee, mealshake dan kdg2 vivix terutama bila demam atau selsema.

Begitulah mama... kejap jadi ibu, kejap jadi jururawat, he he... jadi muazzin pun jadilah... dah terdesakkk!!!

~ dicatatkan di Rumahku Syurgaku~

Saturday, 29 December 2012

vivix utk semua golongan

Hari ni nak kongsi testimoni rakan yang mengalami masalah jantung.. Dek kerana membandingkan kos rawatan setiap kali ke hospital, beliau nekad mengambil vivix dan tawakkal pada Allah utk kesihatan yang lebih baik. Syukur beliau lebih sihat dan perkembangan ini telah membuka hati ibunya utk turut mengambil vivix. 

Rakan lain pula memberi vivx utk anak beliau dan diperhatikan daya hafazan anaknya lebih bagus..

Semua yang dikongsikan ini adalah dengan kuasa Allah semata2.. Sesungguhnya manusia itu diberi kekuatan akal untuk berfikir dan membuat keputusan dengan bijak.

Salam sihat buat semua...

Friday, 28 December 2012

Cepat Sihat: duit utk sihat bukan utk ubat

Cepat Sihat: duit utk sihat bukan utk ubat: seorang sahabat tiba2 sms. Apa yang lucu.. baru 2 hari lepas bertemu... Dan mmg selalu berurusan.  Belaiu mcm orang bersalah menyerah diri p...

duit utk sihat bukan utk ubat

seorang sahabat tiba2 sms.

Apa yang lucu.. baru 2 hari lepas bertemu... Dan mmg selalu berurusan. 

Beliau mcm orang bersalah menyerah diri pada saya...

"Nk order kalsium..."

Saya tanya" Kenapa? lenguh2 kaki ke?"
Jawabnya "Saya sakit pinggang, lutut lenguh dan mcm2.. Maklum la makin muda"

Saya suggest Joint Health Tablet dan ceritakan pengalaman sakit lutut saya dan suami yg dah kembali pulih.

Kawan ni balas, " Ok la, boleh la"

Kemudian dia mesej lg...." Utk kencing kotor? ..... bla bla bla" macam2 lagi diadukan pd saya.

Saya tak sempat cadangkan alfalfa, garlic dan vitamin C utk kencing kotornya kerana dia dah jawab " Akak ikut je la apa yang you recommend, Ahad bawa ye..bagi tahu ongkosnya"

Baru saya sedar selama ini dia hanya memerhatikan rakan2 lain menggunakan shaklee tetapi berat utk buka mulut bercerita masalahnya. Saya pula tak sangka dia byk masalah.

Moral of the story, jgn tunggu sakit baru mencari2 ubat. Supplement Shaklee adalah makanan tambahan dan bukan ubat. Boleh mulakan sekarang...

Mudah2an dia dapat dibantu dengan produk2 Shaklee yg dipesannya. Dengan izin Allah jua.

~Ikhlas~

Cepat Sihat: Pencerahan kulit - kecil2 cili padi

Cepat Sihat: Pencerahan kulit - kecil2 cili padi: Kecil si cili padi.... gelaran saya kepada produk Nutriwhite Shaklee ini iaitu Spot Whitening Treatment. Melihat kepada saiz be...

Cepat Sihat: kulit cerah dgn Nutriwhite Shaklee

Cepat Sihat: kulit cerah dgn Nutriwhite Shaklee: Saya nak kongsi hasil penggunaan Nutriwhite Shaklee. Sangat mengujakan... Gambar ni diambil semasa belum guna Nutriwhite: set pen...

Cepat Sihat: mealshake shaklee utk selera makan, kulit cantik.

Cepat Sihat: mealshake shaklee utk selera makan, kulit cantik.: Ingat kisah Adam yang tak sempat menikmati susu ibu lebih lama kerana mama kena denggi? Sebagai ikhtiar, mama berikan Adam susu yan...

Cepat Sihat: zinc complex dan rambut

Cepat Sihat: zinc complex dan rambut: Setiap masalah ada penyelesaian, setiap sakit ada ubat... Semuanya terletak pada usaha mencari dan pengorbanan untuk mendapatkannya.. ...

Cepat Sihat: rawat luka dengan basic H

Cepat Sihat: rawat luka dengan basic H: Damia dengan Basic H 21 November 2012 - 10.30 mlm. Damia 4 tahun yang memang lincah dan nakal berlari naik tangga di rumah nene...

Cepat Sihat: Joint Health Tablet membantu atasi masalah sendi....

Cepat Sihat: Joint Health Tablet membantu atasi masalah sendi....: Tanpa 2 biji tablet ini sehari... saya rasa sangat bersalah pada diri sendiri. Beberapa bulan lepas saya sangat sukar bergerak bebas, me...

Cepat Sihat: ubat paling mujarab

Cepat Sihat: ubat paling mujarab: Terkenang masa dulu Satu hari yang sangat meletihkan... Berlaku 8 tahun lalu tetapi masih segar dalam ingatan...Penat melatih pasukan di ...

Cepat Sihat: Kisah kegagalan dalam penyusuan ibu

Cepat Sihat: Kisah kegagalan dalam penyusuan ibu: Sebuah kisah benar tentang susu ibu. Adam masa kecil memang bulat sebab dia menyusu badan. Saya takung susu setiap kali susukan Adam da...

Cepat Sihat: Jimat wang untuk air minum yang bersih

Cepat Sihat: Jimat wang untuk air minum yang bersih: Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang s...

Cepat Sihat: Kenapa cuci usus?

Cepat Sihat: Kenapa cuci usus?: MAHU APA? * Mengatasi masalah sembelit? * Membantu mengempiskan perut? * Membantu mencuci usus? * Meningkatkan proses pencernaan? CUBA HERB ...

Thursday, 27 December 2012

Kenapa cuci usus?

MAHU APA?
* Mengatasi masalah sembelit?
* Membantu mengempiskan perut?
* Membantu mencuci usus?
* Meningkatkan proses pencernaan?

CUBA HERB LAX

SELEPAS HERB LAX
* rasa segar
* badan rasa ringan
* perut automatik kempis
* rasa lega

APA JADI SELEPAS MAKAN?
Ikut pengalaman sendiri...
* Makan 4 biji bila rasa perut dah tebal...
* atau bila rasa selera makan meningkat
* atau bila sedap sgt makan masakan emak semasa balik kampung 

* atau kenduri sana sini
* atau perkara2 yang sama waktu dgnnya.

WAJIB
minum byk air kosong.

SELEPAS 4-5 JAM
rasa memulas dan akan ke tandas 3-4 kali berturut. Selesai....Sakit perut tu dah tak berulang. Masa ni dah clear la sampah sarap yang nak dibuang tu... Tak perlu lah tunggu 2/3 hari baru nak keluarkan..

KEBAIKANNYA
* Kotoran tak kumpul lama dalam badan kita hingga terserap semula dalam darah
* Penyerapan bahan2 dan nutrien yang bagus akan lebih lancar ke dalam darah tanpa halangan oleh lekatan kotoran pada dinding usus kita.
* Secara tak langsung, berat badan pun terkawal sebab bahan2
tak perlu itu sudah say bye bye...

Nota : Mula2 guna herb lax, najis mungkin gelap sikit ( byk kotoran kot)... dah lama amalkan nanti, najis cerah la sebab tak peram lama.. (bahasa kasar sikit ye...)






Utk trial pack... Calling2 atau sms 0192247004.

ubat paling mujarab


Terkenang masa dulu

Satu hari yang sangat meletihkan... Berlaku 8 tahun lalu tetapi masih segar dalam ingatan...Penat melatih pasukan di padang, balik pun jalan kaki . Senaman yang berlebihan...

Sebelah malam pula, melayani kedua2 anak yang sedang lasak dan belum bijak sangat berfikir.  (Sekarang dah anak 5)

"Alamak, macam mana nak rehat?" mama mengeluh dalam hati. Nak mengejar kanak2 dua orang tu, sedang seronok menyepahkan mainan. Mama pandang sayu, memikirkan rumah yang dah dikemas berkali2 tapi masih sama berselerak seperti baru dilanggar ribut.



"Haa.. dapat idea", mama senyum sendiri. "Dayana, mari picit kaki mama. Yana pandai urutkan?" kata mama. " Dini, anak mama yang pandai mengemas, tolong mama susunkan mainan tu..." sambung mama lagi. Anak2 terhenti seketika.. dan yang ajaibnya mereka menurut perintah kali ini. " Ha ha", ketawa mama dalam hati. "Berhasil nampaknya"

Mama baring sambil Dayana dengan taatnya mengurut kaki mama. Lega rasanya mama dapat berehat seketika. " Wah, bagus Nana urut kaki mama... sedap betul. Pandai Nana ni...." puji mama. Memang Dayana mewarisi sedikit sebanyak bakat arwah moyangnya yang terkenal sebagai bidan kampung waktu mama masih kecil. " Sayang, mereka tak sempat bertemu moyang mereka",Fikiran mama masih melayang ke zaman kanak2nya. "Takdir... walaupun tak bertemu bakat tetap diwarisi", bisik hati mama lagi sambil mulut mengukir secalit senyuman. 

" Hmm.. bagus Nana urut", fikiran mama beralih kepada Dayana yang sedang leka mengurut dengan penuh semangat. " Nana guna minyak apa? " tanya mama.

"AIR LIUR.... MAMA" balas Dayana. Tersentak mama bingkas bangun dari baringnya... " Alamak!!!" Baru mama teringat yang dia menyuruh Dayana tanpa menghulurkan minyak urut... "Tipah tertipu!!!" jerit hati mama disusuli ketawa kuat si abah yang asyik menonton TV dari tadi. Hilang segala lenguh mama dek terkejut Dayana urut dengan air liur...

Ha ha ha... Memang la mujarabnya ubat bergantung juga kepada keyakinan dan kesungguhan.  Hinggakan air liur pun dirasakan bagai ubat yang melegakan lenguh urat saraf. Sekarang mereka dah pun besar... dan memang Dayana yang kerap diarahkan picit belakang bila mama lenguh tapi bukan dengan air liur... Dini pulak masih dengan bakat  mengemasnya.

- kenangan silam dicatat di Rumahku Syurgaku~ 27 Dis 2012.

mealshake shaklee utk selera makan, kulit cantik.


Ingat kisah Adam yang tak sempat menikmati susu ibu lebih lama kerana mama kena denggi?
Sebagai ikhtiar, mama berikan Adam susu yang dicampur mealshake dgn doa Adam akan lebih berselera makan dan lebih sihat.

Alhamdulillah, Adam kongsi mealshake Shaklee dengan Kakak Mia tembam (masa lahir berat mia 4.14 kg lahir pukul 4.41 petang).  Kakak Mia menyusu ibu tanpa campur susu formula. Memang Kakak Mia sihat dan lincah... Mia memang suka mealshake, kosong, milo atau bandung.



Sejak campurkan susu Adam, selera makannya memang ketara meningkat... Seronok bila Adam datang pada mama bawa pinggan dan tujukkan periuk meminta nasi... Adam akan rapat apabila melihat kakak2 makan, minta cikitttt!!! Satu fenomena yg sangat mengujakan selepas lama Adam tak selera makan dan asyik sakit.


Sudah kena tangkap....Adam menikmati nasi yang dibawa lari ke depan TV, beralaskan kerusi pun jadikkk...

Bagi rakan2  yang menghadapi masalah yang sama, cubalah mealshake, berbaloi utk wang yang dikeluarkan. Bukan sahaja utk anak kecil, boleh juga diminum oleh sesiapa sahaja untuk kesihatan dan meningkatkan selera makan. (bg yg masalah selera makan seperti Adam)

Untuk Mia pula, seleranya yang membimbangkan kami sudah mula terkawal... Ramai yang dah mula menegur Mia tak tembam sangat macam dulu. Bagaimanapun, mealshake masih memberi Mia tenaga. Bonus pula bila kulit Mia yang kelat2 sikit tu dah semakin gebu dan cerah, kelihatan bersih dan mulus..Begitu juga Adam. 

Apa lagi yang ibu mahu selain daripada melihat anak2 membesar dengan sihat? Ucapan syukur dan Alhamdulillah di atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan..

Untuk perkongsian lanjut tentang produk Shaklee...

hubungi Ieja 0192247004, sms atau whatsapp. ID Shaklee 889811
Baca lagi di adam dan mealshake

Wednesday, 26 December 2012

testimoni esp shaklee




Ini antara testimoni terbaru Energizing Soy Protein Shaklee


Nikmati keenakan ESP dengan faedah2 yang sangat baik
 * *awet muda
** baik utk hormon
 ** baik utk prostat
** kulit menjadi tegang
 ** membekalkan tenaga
 ** membaiki pigmentasi
** meningkatkan kualiti memori


Hubungi Ieja sms / whatsapp 0192247004

Like page http://www.facebook.com/SihatItuCantik



Tuesday, 25 December 2012

bahaya obesiti

Manusia patut mengetahui tentang bahaya obesiti
Obesiti antara tanda awal penyakit kronik





Mari kongsi tanda2 obes.
Dari kebanyakan pembacaan saya, boleh disimpulkan 10 tanda.


1. Sakit Lutut 
sering merasakan sakit pada bahagian lutut meskipun semasa tidak berjalan kaki.sekalipun.

2. Sakit punggung
    Perlu diingat sakit punggung juga berpunca dari masalah lain seperti pernah terjatuh dan kemalangan.


3. Depression
Merasa rendah diri, malu saat diukur badan semasa buat pakaian, takut keluar rumah menghadapi pandangan orang atau bimbang bila bertemu rakan lama, menghadiri majlis2.

4. Sukar berjalan
Termengah2 untuk sampai ke destinasi di tuju.

5. Susah melakukan aktiviti
Sukar bergerak, mudah penat, , kesulitan membongkok  atau duduk bangun.

6. Rasa panas  dalam perut
Kerap terasa panas dalam perut.

7. Ruam di lipatan kulit
Ini terjadi akibat berpeluh.

8. Nafas pendek
Nafas jadi lebih pendek dari keadaan tidak obes.

9. Mendengkur
Ini tidak disedari oleh si Obes.... kerana hanya terjadi semasa mereka "tidak sedarkan diri"

10. Berhenti bernafas
Ini yang paling ngeri...Tak usah cerita panjang2..



Bahaya obesiti

1. Diabetes
2. Mati mengejut
3. Kesuburan merosot
4. Masalah jantung
5. Darah tinggi

Langkah mengatasi obesiti
1. Amalan pemakanan yang sihat 
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan

2. Aktiviti senaman yang teratur
Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

Rujukan tambahan : http://hyperobesitiworld.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi membaca. Sama2 berusaha ke arah kehidupan yang lebih sihat dan produktif.

Baca lanjut tentang set kurus Shaklee di http://cepatsihat.blogspot.com/search/label/set%20kurus

Catatan di Rumahku Syurgaku.

Sunday, 23 December 2012

balas budi ibu



Angah : Mama, dah lama mama tak basuh berak adikkan? (Sbb mereka 2 beradik selalu basuhkan) Apa kata mama basuhkan kali ni. (sambil dukung adiknya Adam)

Mama : Ya la.. masa Angah kecik tiap hari mama basuh berak Angah... Apa kata lepas ni Angah pulak dot dot dot... 

Nota : masa ayat tu nak dihabiskan bayang Angah pun dah tak nampak... cabut lari.. tak sanggup dengar

penangan sambal sotong



Mama masih tekun dalam mesyuarat walaupun waktu hari sudah menjangkau ke pukul 1 ptg...Fokus tentang tugas dan persediaan bagi buka penggal persekolahan akan datang. Pada masa yang sama mama juga asyik menilik jam di tangannya... " Ah... dah tengahari...apa anak-anakku nak makan nanti? Aku masih terperangkap di sini.." bisik hatinya membayangkan wajah anak2 yang ditinggalkan pagi tadi. Tiada pengasuh, tiada pembantu.

"Kakak2, kerjasama. jangan gaduh adik beradik. Jaga adik2 dengan kasih sayang... Jangan marah2 bila mereka minta apa2.." mama teringat pesanannya pada Kakak Di dan Kakak Da. Cepat hantar adik Ad (yg kecil) ke rumah Umi (pengasuh). Panjang lebar pesanan mama sambil memunggah beg dan bersiap untuk ke sekolah.

Sedang fikiran mama melayang seketika, telefon bergetar...Berdebar hati mama kerana selalunya suami, pengasuh atau anak-anak tidak akan buat panggilan pada masa mama bekerja. Berdegup kencang hati mama mengangkat telefon yang tercatat "HOME" "Huh... anak2!" detik hati mama.

" Mama, mama tak perlu beli lauk.. kami dah masak. Sambal sotong, udang goreng tepung dan sayur..." lembut suara Kakak Di di hujung talian. " Oh... bagusnya.. terima kasih.... Lega mama. Nanti balik boleh mama makan sama" berbunga2 hati mama gembira.

" Tapi mama, tudung periuk kaca mama tu terjatuh... pecah" hati mama pun terkedu serupa macam tudung mangkuk vision yang dah hancur..." Alamak!!! Cepat... gumpalkan kertas surat khabar, basahkan dengan air, lap serbuk2 kaca tu. Ulang banyak kali. Sampai yakin dah takde yang tersebar jauh, masuk bawah meja makn.. nanti bahaya adik2" arahan panjang mama kepada Kakak Di.



" Ya mama, Kakak Da tengah buat semua tu..." pintas kakak Di. Mama tenangkan diri membalas  "Takpe la... belajar buat kerja macam tu la... kadang2 tersilap tapi hati2 jgn jadi macam tu lagi, bahaya adik2 dengan kaca2 tu..." "Pergilah  jaga adik2 supaya tak ganggu Kakak Da membersih kaca2 tu" Kejap2 lagi mama balik. Mama senyum sambil di benaknya sudah terbayang wajah kak sue di US sana (boleh kirim kitchenware la macam ni..he he he)

Alhamdulillah... sedap sambal sotong mereka.. Cuma udang tepung termasin sikit...Biarlah mereka belajar sedikit demi sedikit.

Sebijik macam ni lah tudung periuk vision yang pecah.. kirim dgn nenek mereka masa pegi padang besar atau rantau panjang (tak pasti) beberapa tahun dulu


Kadang-kadang peristiwa yang sama akan berulang dalam hidup kita. Pernah tak kita pecahkan cawan kesayangan emak? Rosakkan alatan dapur emak? Teringat kata rakan iaitu teacher Muna "your mistake is the best teacher" Duit boleh dicari tapi kemahiran dan kebolehan kerja tak datang dalam sehari... pengalaman akan mengajar mereka.

Buat anak2, doa paling ikhlas mama sentiasa menemani setiap denyutan jantung kalian. Semoga segala susah payah kehidupan mengajar kalian berdikari sekalipun kalian tidak ditakdirkan untuk berkhidmat kepada mama bila dewasa nanti.

~ Dicatat pada 23 Disember 2012 di rumahku syurgaku ~

Friday, 21 December 2012

shaklee collagen powder atasi kulit kering.

Bagi rakan2 yg bimbang utk melaburkan wang utk membeli sekotak collagen powder, cuba utk 5 sachet dulu... seterusnya anda akan yakin dan rasakan nilai utk wang anda..Letakkan kepercayaan pada kepakaran dan R&D Shaklee...

Cuba perhatikan tangan, siku, lutut dan tumit... Bahagian2 ini memudahkan kita menilai tahap kekeringan kulit kita.





Satu perkara yang perlu diutamakan ialah jgn mengharapkan kesan baik itu timbul seperti magic...ia perlu disiplin, tekun dan sedikit masa untuk hasil yang terbaik..

Hasil yang magic dan segera selalunya seperti khayalan yang akan luput bila sampai masanya.

Korban wang utk kesihatan diri, bukan letakkan diri sbg bahan ujikaji kerana mahu jimatkan wang...Berhati-hati kawan semua...

Ikhlas...

Shaklee collagen powder dari sisik ikan merah


Kenapa Collagen Shaklee sangattt special.. 
... kerana ia dihasilkan daripada sisik ikan merah.....
Kenapa ikan merah? ikan kembung.. bawal... bilis kan ada.... 

Nak tahu tak kenapa Shaklee menggunakan ikan merah? 
... Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan 5000m.
... Ikan biasa tak mampu nak hidup dalam laut yg bertekanan tinggi, tetapi ikan merah ni antara ikan yg boleh menahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup bebas dlm lautan dalam..
... Maka ini menjadikan ikan merah sumber kolagen yg sangat LASAK dan bukan sembarangan.. Hebat ciptaan Allah kan?

... Ciri2 ikan merah ni - 

* sangat lasak dan elastik,
* kepaduan sel sangat tinggi,
* tinggi kapasiti dlm mengekalkan kelembapan,
* jisim molekul sangat rendah utk penyerapan unggul...

Jadi... mari pindahkan keistimewaan ikan merah kepada tubuh dan wajah kita... Wow...cantik macam ikan duyung!!!! (Bukan dugong!) 

Cepat2... ada 10 hari je lagi tawaran harga murah utk collagenn shaklee. 

Wednesday, 19 December 2012

panduan vitamin shaklee bg ibu hamil




  


Panduan Pemakanan Tambahan Shaklee Buat Ibu Hamil...

(1) B-Complex - 1 biji sehari. B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

(2) Vita-Lea with Iron - 1biji sehari. Vita-Lea adalah multivitamin. So, bila dah ambil tak perlu ambil Obimin, Ibarat folic etc. Sangat mbantu utk menaikkn hb ibu semasa hamil.

(3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

(4) OsteMatrix - 4 tab daily, bekalkan  1000mg calcium sehari. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pun mencukupi.

(5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari pun cukup. Air tu boleh air kosong, ataupun juice seperti orange juice. 

     * ESP ini akan berikan tenaga berterusan, 
     * supaya ibu tak cepat letih, 
     * mencantikkan kulit 
     * dan mgurang stretch-mark effect. 

ESP penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

(6) OmegaGuard - 1 biji sehari dah cukup.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pemkembangan otak & mata baby. Bg ibu pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan ibu. Sesuai diambil ketika usia kehamilan 6 bulan ke atas.

Kredit : Faridah Daik
BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut, sila PM/hubungihttp://www.facebook.com/SihatItuCantik
Shaklee Independent Distributor [ID 889811]
H/P [019-2247004)]
E-mail rosliza.kamaludin@gmail.com

kesihatan rambut







Monday, 17 December 2012

Kenapa wanita perlu kalsium?


Gambar ni? tak takut sangat....

gambar ehsan : imedik.org

Macam mana dengan ini? Jom baca seterusnya.

 gambar ehsan : alrafa.biz




Wanita wajib mengambil kalsium kerana 1% kalsium hilang setiap bulan kerana wanita mengalami haid. 

OsteMatrix™

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee menyediakan Ostematrix sebagai alternatif kepada individu yang tidak suka minum susu, atau memerlukan cara yang mudah dan ringkas untuk mendapat bekalan kalsium untuk tubuh badan. 
4 tablet ostematrix menyamai 7 gelas susu. 

Ingat!!! Osteoporosis (tulang poros) tidak boleh diubat tetapi perlu dicegah..

Hubungi Ieja 
sms / whatsapp | 019-2247004



Sunday, 16 December 2012

Proses urutan wajah

Sekadar menjalankan tanggungjawab kita menyebarkan ilmu yang bermanfaat, saya ingin kongsikan dengan pengunjung blog ni Proses Urutan Wajah.




Cubalah.. Kaedah inikan percuma.

Saturday, 15 December 2012

3 Panduan gabungan ESP dan Collagen Powder

Jom cuba rawatan luar dan dalam dengan ESP dan Collagen Powder

Idea 1. 
Nikmati keenakan minuman gabungan ESP dan Collagen powder, suam atau sejuk. Ini untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.  Insyaallah keserian akan terpancar di wajah.


Idea 2. 
Gabungan kedua-duanya boleh dibuat bedak.. ala-ala bedak sejuk...Ini boleh la buat tiap hari,,, Rasa tegang... Jangan guna terlalu banyak, rugi. Sekadar sedikit cukup untuk seluruh  muka kita.

Idea 3.   
Lebih intensif ialah rawatan masker gabungan keda-duanya. Guna anggaran 1/2 sudu kecil ESP dan 1/2 sudu kecil collagen powder. Titiskan sedikit air bersih. Sapu seluruh wajah dan boleh la rehat2, baring sekejap..  Kemudian cuci bersih. Kulit akan rasa tegang. Seminggu boleh cuba 1 atau 2 kali. 

Untuk mendapat bekalan, hubungi Ieja.
sms/whatsapp : 019-2247004




Friday, 14 December 2012

Kekurangan zat besi di kalangan wanita.


Pernah rasa letih dan lesu? Kita mungkin peka dengan keadaan ini jika kita tidak hamil tetapi letih. Kita akan cepat mengambil tindakan dengan membuat pemerikasan doktor. Bagaianapun kita kerap menganggapnya normal bagi ibu hamil sehingga kita terlalai dan terus mengabaikan masalah ini dengan harapan ia akan beransur pulih mengikut masa.

Semasa hamil, ibu2 memang menghadapi perubahan hormon dan ini mungkin mencetuskan sedikit gangguan atau keadaan kurang normal berbanding biasa. Jangan biarkan sahaja keadaan letih lesu itu kerana ia mungkin gejala bagi masalah anemia atau kekurangan sel darah merah akibat kekurangan zat besi.

Tahukah anda, mungkin seorang daripada 3 ibu hamil mengalami masalah kurang sel darah merah ini?

Masalah kurang zat besi yang serius adalah bahaya kepada ibu dan bayi kerana zat besi dalam darah menghantar oksigen ke seluruh badan untuk kelangsungan hidup.



Sel darah merah normal 12 hingga 15mg/dl

Punca kurang zat besi
* diet yang tidak cukup zat besi
* penyerapan zat besi yang rendah
* kesan sampingan ubat
* keadaan genetik
* kehilangan darah semasa kehamilan

Wanita perlukan 50% lebih zat besi ketika hamil yang bermakna pertambahan dari 15mg/dl kepada 27 mg/dl sehari.

Wanita yang berisiko alami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin :
1. wanita yang menghidap anemia kekurangan zat besi semasa hamil
2. wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
3. wanita yang kerap melahirkan anak
4. ibu yang menyusukan bayi

Apa tanda anemia?
1. pucat
2. letih/ lesu
3. sesak nafas
4. jantung berdegup laju

Komplikasi anemia semasa hamil
1. keguguran
2. kelahiran pra matang
3. saiz bayi yang kecil
4. ibu koma dan boleh maut

Ujian semasa hamil
Ujian darah untuk penentuan tahap hemoglobin dalam darah.



Untuk menambah zat besi, boleh makan makanan kaya zat besi

1. ayam
2. sayur berdaun hijau
3. kekacang
4. hati
5. bijirin penuh
6. buah-buahan kering sepertiprun, kismis, kekacang, labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan zat besi yang boleh diterima oleh badan umtuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, serta mengurangkan maslah sembelit.

Tindakan lain
Ambil Vitamin C untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
Jauhi minuman berkafein kerana ia mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau 2 jam sebelum zat besi tambahan tadi.
-sumber rujukan : artikel Harian Metro-

Jangan tunggu hamil baru mahu mengambil kisah tentang keperluan zat besi. Shaklee ada produk yang membantu kita mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan jika diamalkan secara konsisten. Yang penting ia halal, bukan vitamin sintetik dan diluluskan oleh KKM.
Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811
page : http://www.facebook.com/SihatItuCantik

kisah ibu dengan produk shaklee



utk rundingan dan tempahan, hubungi Ieja 0192247004 ID 889811