Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, 12 July 2015

Bubur lambuk

Ulaman segera dari kebun kecil kami.
10 jenis daun dan ulaman.
Daun kunyit
Pucuk labu
Pucuk putat
Daun tenggek burung
Pucuk gajus
Pucuk meranti
Daun kesum
Daun cekur
Daun ketumbar
Pucuk bebuas.

Ini gabungan ulaman dan pucuk-pucuk dari taman kecil saya dan mentua.

Serai diketuk
Santan
Ikan panggang
Lada hitam tumbuk
Bawang merah
Halia sikit
Garam

Masak sampai daun2 lembut dan sedap dimakan.

Dah jadi seperiuk besar. Asalnya hanya secawan beras dijadikan bubur nasi.

Sedia untuk dimakan.

Resepi asal dari bonda saya termasuk daun pucuk paku merah. Tapi susah pulak saya nak dapatkan di sini.
Masa di kampung dulu banyak tumbuh di kebun2 getah.

Asalkan hajat nk makan bubur lambuk resepi bonda tercapai, ulaman ini pun dah memadai

**Ilham ubahsuai
Ieja..

Friday, 3 July 2015

Cucur daun kunyit

Cucur daun kunyit.
*******************

Bahan
******
Tepung gandum
Air
Udang kering
Bawang merah/besar
Daun kunyit
Garam
Soda bikarbonat (jika suka, untuk melembutkan cucur)

Cara menyediakan
******************
1. Masukkan tepung dalam bekas adunan
2. Kisarkan bawang dan udang kering (jangan terlalu halus)
3. Masukkan dalam adunan.
4. Potong halus daun kunyit
5. Masukkan dalam adunan
6. Masukkan garam dan soda bikarbonat. (Anggarkan secukupnya)
7. Masukkan air dan kacau sebati.
8.Goreng dan hidang panas.

Utk sosnya.. rujuk resepi sos yang telah mana catat sebelum ni..

**Nota : udang kering boleh juga ditukar guna udang basah..

Selamat mencuba.
Terima kasih

*****Gambar akan up load kemudian.


Ieja
019 2247004

Tuesday, 24 February 2015

gulai tulang mudah

Balik kampung makan gulai air tangan emak.
Bila rindu buat sendiri makan dengan anak2.

Bahan
1. Tulang lembu atau kambing
2. Bahan tumis  pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang
3. Daun kari sesuka nak letak.
4. Cili kering 6-7 biji
5. Bawang besar 1 bj besar
6. Halia sepotong
7. Garam
8. Asam keping
9. Gula jika suka.
10. Santan kelapa
11. Rempah kari daging

Gulai yang dah masak

Cara:
1. Mesin cili kering sampai hancur
2. Mesin bawang sekadarnya ( jgn hancur sgt)
3. Panaskan minyak.
4. Tumis bahan tumis.
5. Masukkan cili dan bawang mesin tadi. Biar pecah minyak.. cilinya cukup masak.
6. Masukkan daun kari
7. Masukkan rempah kari
8. Masukkan daging (senangnya yang dah dilembutkan dlm pressure cooker)
9. Masukkan santan, garam, asam dan gula (jika suka)
10. Tunggu mendidih. Rasa dan nlh hidang..
11. Makan...

Dengan roti atau lempeng pun sedap!!

Sekian.
Sekadar menyalin resepi yang terlintas selepas selesai masak.

Saturday, 14 February 2015

sos pencicah sedap

Jom cuba buat sos cicah yg mudah sedap.

1. Panaskan sedikit minyak masak.
2. Masukkan cili mesin.
3. Masukkan sedikit cili sos atau tomato sos utk memasam dan melikatkannya.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan gula.
6. Masukkan sedikit air..

Kacau sampai cantik berkilat dan secukup pekat yg dimahukan.

Blh simpan dlm bekas dan masukkan ke peti sejuk.

Tuesday, 26 March 2013

Biskut batik berkismis


Resepi mudah hari ini

Bahan utama

1. Biskut marie
2. susu pekat
3. serbuk koko
4. majerin


1. Panaskan 1 senduk majerin dalam kuali.


2. Masukkan 1/2 cawan serbuk koko 

3. Masukkan 1/4 cawan susu pekat


4. Kacau rata atas api hingga mendidih

5. Sejukkan sambil gaulkan dengan 1 mangkuk
 biskut marie yang dipecah 4.
6. Taburkan kismis 

7. Ratakan dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.

8. Potong untuk dimakan.



Saturday, 9 March 2013

resepi selamatkan roti.

Catatan jumaat 8 mac 2013. 6.30 pagi.

Pagi2.. mama mmg ligat. Urusan mandi anak2, minum pagi dan bekalan makan damia. Sbb tadika mia tak sediakan mknn.

Pagi ni mama resepi recycle roti.

Caranya.....
Lebihan roti sandwic
Sebiji bun burger

Carik-carikkan masuk dalam mangkuk. Basahkan dengan air secukupnya supaya kembang.

Tambah susu pekat 2-3 sudu besar

Tambah 2 sudu majerin.
Campur 3 sudu coklat vico.

Kacau semuanya.





Masukkan dalam kuali. Bakar dengan api perlahan.


Dah masak sebelah bawah, terbalikkan supaya masak sebelah lagi.

Angkat dan sejukkan. Anak2 makan dan bawa bekal ke sekolah.

Nota : kalau tak suka koko tak perlu campurkan koko. Kalau nak tambah buahan campur atau kismis pun ok.

Kalau nk bakar tanpa susu tapi nak makan dengan sudu cair sejuk pun boleh. 
 Kita yang masak... suka hati kita la...

Selamat mencuba... jgn lupa vitamin shaklee sebagai pelengkap selepas minum pagi. 

Dicatat di meja dapur la....

Jangan membazir. Selamatkan makanan.

Sunday, 20 January 2013

ikan bilis tempoyak

lauk ringkas hari ini

ikan bilis masak lemak tempoyak

bahan2

  1. ikan bilis
  2. bawang tumbuk/mesin dan sikit bwg besar potong
  3. tempoyak
  4. kunyit serbuk
  5. cili api
  6. garam
  7. bawang potong
  8. daun kunyit d luar rumah
  9. daun  kesum dalam pasu
  10. serai tepi rumah
  11. santan pekat
Basuh bahan, masuk semua dalam peruik. Masak dan makan....