Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Wednesday 29 July 2015

keringkan kasut sekolah dengan mudah

Assalamualaikum.
Moga ceria bersama keluarga, sahabat dan yang tersayang.

Hari ini mama nak kongsi sedikit petua membersihkan dan mengeringkan kasut sekolah dengan mudah.


Nak perkenalkan sabun basuhan Shaklee Fresh Laundry Concentrate. Bukan semata-mata untuk cuci pakaian tapi bagi mama banyak sangat gunanya.. antaranya mama suka gunakan sedikit untuk cuci lantai bilik air dan tandas. Wah.. ia seperti menyerap semua bau yang kurang enak tu.. Tak wangi tapi segar dan tak langsung tinggal bau bilik air.
(Info lengkap Fresh Laundry)

BASUH KASUT

Kasut kotor Mia.. Ini pun kira bersih la sikit dari biasa.


Dah disumbat dengan kain

Jemur tepi tingkap je..
Jadi, untuk basuh kasut.. boleh juga ambil air sisa dari basuhan pakaian.. guna semula untuk merendam kasut sekolah tu sekejap.

Lepas tu.. cuci macam biasa.. memang bersih..
Ni yang dah kering

Okay.. nak keringkan pulak..
Ambil kain buruknyang bersih.. terbaik ialah kain yang kuat menyerap air seperti tuala lama, kain batik lama dan t-shirt cotton.

Masukkan dalam kasut hingga padat..sejam kemudian keluarkan kain tu. Kita akan lihat kain tu dah serap air dari kasut..seterusnya boleh jemur atau letak tingkap atau pintu. Slps 4-5 jam kasut dah kering.

Tak perlulah jemur di terik matahari kecuali kalau nak matikan kuman atau sebagainya. Suka hatilah..

Kasut jadi bersih kerana air2 yang ada saki baki kotoran dah serap ke kain buruk. Memang beza sangat kasut yang dikeringkan cara ini dengan yang dijemur di panas matahari.

Selalunya anak- anak mama tak kapur pun. Jimat dan lagi bagus sebab bentuk kasut pun terjaga.

Di sini mama dah sertakan gambar.

Selamat mencuba..

(Idea ni timbul kerana Dalily pernah menangis risaukan kasutnya basah.. sedangkan esok dah nak sekolah. Sejak itu cara ni dah jadi wajib pulak)

Selamat mencuba.

Untuk tempahan FRESH LAUNDRY CONCENTRATE.. hubungi Ieja 019 2247004.



No comments:

Post a Comment