Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label Kisah zaman kanak2. Show all posts
Showing posts with label Kisah zaman kanak2. Show all posts

Sunday, 26 November 2017

Tengkujuhku.
*************

Sejuk . Hujan turun tak henti2. Perut selalu berkeroncong. Apa saja hidangan adalah menu enak yang paling hebat. Walau sekadar ubi dan pisang rebus, lempeng ubi atau lempeng dadar. Hasilnya pastilah perut berhenti menyanyi.

Baju sejuk disarung semula. Maka sejuk pun dah  kurang terasa. Ma selalu pesan pakai baju nipis sahaja.  Kemudian sarunglah baju sejuk di luarnya. Baju nipiskan mudah dikeringkan nanti.

Ayah dah mula rentangkan tali dari tiang tepi dinding kanan ke tingkap rumah. Dapatlah ayah siapkan dua tiga jalur. "Nanti baju yang separuh kering tu jemur kat sini." pesan ayah. Ruang tamu kecil dah berubah jadi macam bazar. Bazar hujung tahun lagaknya.

Di dapur.. ma menghidupkan dapur arang.. hati2 dengan guni arangnya. Takut basah kena tempias hujan dan api susah nak menyala. Di sekeliling pondok kecil beratap zink itu ayah dah buat ampaian juga. Tali dari tiang ke tiang. Ikut firasatnya.. bila dapur berbara bolehlah menumpang kering kain2 lampin adik.

Pada masa yang sama ibu ayam tepi pondok mula rasa  gelisah.. "Eh, apa pulak byk kain2 di tempat aku mengeram ni.." mungkin itu yg berlegar di fikiran si ayam.. terkelip2 matanya.. Nak ditinggalkan, telur2nya masih menunggu hari. Maka redha sahaja si ibu ayam menanti kehadiran cahaya matanya di situ.

Tiba2 adik merengek. Aku berlari ke arah yangisannya. Ah.. dah basah lagi. Sejuk2 ni adik kerap betul kencing. Lapik yang ma buat dari kain batik lama ditukar, seluar juga diganti. Kain kencing diasingkan dari yang lain. Wajib dikincah2 (celup dlm air) supaya air kencingnya keluar dari kain. Kemudian baru boleh dibasuh, dibilas dan diperah sekuat mampu supaya cepat keringnya.

Aku ke ampaian tepi tangga rumah. Di situ sidaian untuk kain2 yang basah. Biar airnya menitik habis dahulu. Selesai fasa itu, esoknya kain akan dipindah ke dalam rumah. Menunggu kering seadanya.. untuk adik, kain dibawa ke ampaian tepi dapur supaya adik tak kembung memakai pakaian yg tak cukup kering dan garing.

Hari ini, tengkujuh dah mula menampakkan bayangnya. Hujan di sana sini. Yang berbeza ialah tak ada lagi 'bazar kain hujung tahun', tak ada lagi ampaian tepi dapur arang. Semua sudah jadi kenangan. Mesin basuh beroperasi tiap hari. Arahan 'spin' memudahkan tugasan. Kain pun separuh kering tanpa perahan tangan. Lebih mudah lagi, kedai dobi dah ada merata. Masuk syiling berputar la pengeringnya. Kain cukup kering rasa berhaba. Lelap dan lenalah anak2 kecil. Tak risau kembung dan kerap kencing.

Tengkujuh.. datangnya masih sama.
Sambutan untuknya sahaja yang berbeza.

#tengkujuh_dan_aku
#iejasubang

Friday, 10 July 2015

Baju raya saya


Dengan mesin jahit buruk bonda.
Satu ketika banyak ceritanya.
Pakaian kami dijahitnya sendiri.
Ringkas tapi tetap cantik di mata.
Kami anak-anak yang tak mengerti.
Berapa harga atau apa jenama.

Bagi kami, baju baru itu paling hebat.
Bila nak raya sahaja kami dapat.
Kain murah berkat tabungan 20 sen sehari.
Dalam botol bedak lama, dikorek setahun sekali.
Itulah usaha bonda.
Untuk buat semua orang gembira.

Kawan berbaju baru, kami juga ada.
Berhari raya bersama-sama
Sampai hujung kampung kami teroka.

Makin tahun rezeki bertambah baik.
2 pasang baju cantik.
Bonda reka dan bonda jahit.
Dari pagi hingga petang kami pakai bagai model cilik.

Hari raya mahal ertinya.
Dah puasa sebulan beria-ia.
Pakai baju baru megahnya rasa.
Ibarat mimpi menjadi tuan puteri dari istana.
-TAMAT-



Ilham menulis tiba saat mengusahakan baju raya buat anak-anak.

Terkenang masa dulu..

11 julai 2015.
Depan mesin2 jahitku.


Saturday, 12 April 2014

Selipar Jepunku



Dari mana mama dapat hobi recycle??

Hmmm.. siasat punya siasat mama baru sedar.. Ini adalah faktor keturunan. Mak mama selalu amalkan recycle dari dulu.

Masa kecil dulu, Mak  akan simpan selipar jepun yg rosak. Ada biru, kuning, merah dan macam2. Macam2 saiz. Mak cukup marah kalau kami balik dari bermain dengan selipar putus.


Aktiviti recycle mak begini. Dia akan ambil spare parts yang ada pada selipar putus tadi.. tali yg elok akan dipadankan pada selipar jepun lain yg terputus tali juga. Maklumlah selipar kami zaman tu yg paling mahal sbb diimport dari Jepun. Alat ganti dia tak dijual di kedai. He he.. 

Kenapa cepat putus buatan Jepun yang satu ini? Sebab kami berjalan,  berlari dan melompat dgn selipar jepun ini la jugak.. macam mana tak putus? (Kalau sekarang anak2 bersukan kan pakai kasut sukan?)

Kalau mak dah baiki dan kami boleh lompat semula dgn selipar yg ada.. itu dah cukup ok.
Biarlah..kalau selipar tu warnanya lain sebelah. (Aku peduli apa?) 

Kalau lari tak pakai selipar pun boleh...'no hal'. Tanpa selipar dan kasut, makin laju kami lari. Cuma pesan emak "Kalau tak.pakai selipar, takut cacing kerawit masuk ikut tapak kaki." Insaf la sekejap...
Hui.. seramm.

Kenangan mengusik jiwa. Belum lagi ambik kira main badminton dengan pakai kain batik... Isyy... ok je lekat kain batik tu di pinggang kami.

Ce cuba... Hahaha.

Thursday, 19 December 2013

jalan kaki utk sihat

Kehebatan aktiviti berjalan kaki.

Beberapa puluh tahun lalu, mama sempat menikmati hidup dengan arwah moyang mama. Kalsom namanya.. Anak sulung dan kedua juga sempat dengan arwah..

Dah sangat tua.. sehingga anak mama nak gelar apa ye.. kami pun tak pasti.. Nenek saya, anak panggil moyang, kalau moyang saya?? Kami ajar anak panggil Moyang Tua.. (ibu kpd moyang).

Maninggal pada usia sebenar 100 tahun lebih, walaupun dalam IC tercatat 90 tahun lebih kerana menurut mak.. moyang dikira tarikh lahirnya pada usia belasan tahun selepas tamat darurat dan peperangan.. Zaman Jepun, zaman komunis semua ada dalam lipatan sejarahnya.

Perkara yang saya nak kongsikan ialah... moyang kuat berjalan. Tiap hari dia berjalan kaki ke rumah anak2, cucu, dan kerap bermalam di rumah anak dan cucunya.. sehinggalah dia uzur dan tak mampu berjalan lagi.

Pernah diraikan dalam majlis warga emas. Bila ditanya wartawan kepada datuk saudara saya yg mengiringinya..."Dia masih boleh mendengar?Moyang yang sendiri pantas menjawab "Boleh..."

Lebih lucu bila wartawan tanya " Apa rahsia nenek lanjut usia? Ada petua pemakanan?" moyang jawab... "Makan nasi aje..."

Mama terfikir kalau la moyang jawab "Makan Shaklee...." mesti habis stok shaklee masa tu.. Hi hi.

Mama yakin rahsianya ialah banyak bergerak dan exercise. Dia suka sapu lamannya setiap hari...Moyang pun suka makan minum yang manis...bila hari raya, kami kejar ke rumah moyang utk minum air bikarbonat. Tinggi gula tuuu...

Tapi bila doktor periksa... moyang hanya kurang jelas penglihatan... yg lain semua tip top... tiada diabetes, tiada darah tinggi, tiada sakit jantung..

Kesimpulannya kawan2... jgn malas berjalan dan bergerak. Berjalan adalah senaman mudah. Jalan kaki ke kedai, ke masjid dan banyak lagi.

Selamat berjalan ye!!!

Mohon sedekah Alfatihah buat arwah. Terima kasih.

Thursday, 12 September 2013

Faedah berjalan kaki

Kehebatan aktiviti berjalan kaki.



Beberapa puluh tahun lalu, saya sempat menikmati hidup dengan arwah moyang saya. Kalsom namanya.. Anak sulung dan kedua juga sempat dengan arwah..

Dah sangat tua.. sehingga anak saya nak gelar apa ye.. kami pun tak pasti.. Nenek saya, anak panggil moyang, kalau moyang saya?? Kami ajar anak panggil Moyang Tua.. (ibu kpd moyang).

Maninggal pada usia sebenar 100 tahun lebih, walaupun dalam IC tercatat 90 tahun lebih kerana menurut mak.. moyang dikira tarikh lahirnya pada usia belasan tahun selepas tamat darurat dan peperangan.. Zaman Jepun, zaman komunis semua ada dalam lipatan sejarahnya.

Perkara yang saya nak kongsikan ialah... moyang kuat berjalan. Tiap hari dia berjalan kaki ke rumah anak2, cucu, dan kerap bermalam di rumah anak dan cucunya.. sehinggalah dia uzur dan tak mampu berjalan lagi.

Pernah diraikan dalam majlis warga emas. Bila ditanya wartawan kepada datuk saudara saya yg mengiringinya..."Dia masih boleh mendengar?Moyang yang sendiri pantas menjawab "Boleh..."

Lebih lucu bila wartawan tanya " Apa rahsia nenek lanjut usia? Ada petua pemakanan?" moyang jawab... "Makan nasi aje..."


Saya terfikir kalau la moyang jawab "Makan Shaklee...." mesti habis stok shaklee masa tu.. Hi hi.

Saya yakin rahsianya ialah banyak bergerak dan exercise. Dia suka sapu lamannya setiap hari...Moyang pun suka makan minum yang manis...bila hari raya, kami kejar ke rumah moyang utk minum air bikarbonat.

Tapi bila doktor periksa... moyang hanya kurang jelas penglihatan... yg lain semua tip top... tiada diabetes, tiada darah tinggi, tiada sakit jantung..


Kesimpulannya kawan2... jgn malas berjalan dan bergerak. Berjalan adalah senaman mudah. Jalan kaki ke kedai, ke masjid dan banyak lagi.

Selamat berjalan ye!!!

Mohon sedekah Alfatihah buat arwah. Terima kasih.

Thursday, 6 June 2013

tak sanggup jadi goal keeper

Assalamualaikum

Mama dan keluarga memang keluarga sukan sejak kecil tapi tak la sampai lumba2 wakil negara... cuma meminati sukan...

Ayah ada banyak piala2 olahraga dan bolasepaknya.. Ayah juga pernah jadi pengadil bolasepak Pahang2 Kuantan.. Dah tak pasti mana satu..

Adik2 ada juga yang wakil2 negeri dsb.. Wakil sekolah memang semua orang dah biasa... Bila musim kejohanan sukan spt SUKMA, Badminton, Sukan SEA dsb, TV akan terpasang bagi semua liputan sukan... Kami tonton bila lapang tapi penonton utama ialah ma (mak mama)...Maklum la suri rumah, bila ayah balik dari urusan atau dari sawah, adik2 balik kerja, ma akan jadi pengulas sukan tak bergaji... memberitahu dah berapa pingat kita dapat, apa2 la yang perlu.. 

Malam pulak, ma (mak mama) menjahit sambil meneliti liputan sehari. Jadi ma (mak mama) la yg arif ttg kutipan pingat.

Masa kecik2, Pak Alang  selalu buat gelanggang badminton depan rumah opah..Lepas masak dan buat kerja rumah, mama dan adik2 pergi main badminton. Bukan susah pun... ada raket, ada shuttle cox... Boleh...

Pakaian? T shirt dengan kain batik dan selipar jepun pun boleh.... Kami peduli apa? Ha ha ha..

Kat sekolah, mama mmg main bolajaring sejak drj 5 hingga masuk Universiti. Cikgu ajar main basketball, mama main...org ajak main sofbol, mama main..Olahraga mmg mama join...

Cuma yang paling mama ingat... masa tingkatan 3, kakak2 senior ajak join team hoki 7 sebelah ... mama tak pandai main hoki, asyik 'back stick' aje... Kakak2 tu tak putus asa.... disuruhnya mama jadi keeper.. Masyaallah... dahsyatnya... Dipakaikannya semua perkakas keeper tu... mama dah la kecik, sarat pulak dengan segala macam 'padding' tu. Tak boleh terjatuh, tak boleh.... Kalau jatuh, mesti takleh bangun sbb padding tu sama berat dgn berat badan... Hui mati idup balik pun, mama tak sanggup dah jadi hockey keeper algi..

Kakak2 ni la yang main basketball dgn mama...Lawak...lawak... bila teringat kisah tu.  Yang bagusnya, kakak2 ni memang pandai main, jadi mama jadi pak pacak aje... bola tak sampai pun kat gol... 

Hooray!!! kami jadi juara.... Lupa dah seksa yang ditanggung kat depan gol tu. Bukan seksa tepis bola, tapi seksa pakai 'padding' dan 'mask' utk 'goal keeper' tu la..

* Nota : Kak Ku Hanita dan kawannya punya kerja...

Suatu masa di SEMSAS Kuantan, Pahang.. 1985.

Thursday, 11 April 2013

asthma : pengalamanku


Asma adalah penyakit yang menjejaskan saluran pernafasan yang membawa udara dari dan ke paru-paru anda. Orang yang mengalami keadaan ini kronik (berpanjangan atau berulang-ulang) dikatakan asma.

Dinding dalam saluran pernafasan asma membengkak atau radang. Pembengkakan  atau keradangan membuat saluran udara sangat sensitif terhadap gangguan dan meningkatkan kecenderungan untuk tindak balas alahan.

Keradangan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit, udara kurang boleh melaluinya ke paru-paru(Penyempitan menyebabkan bunyi desiran apabila bernafas), kesesakan dada, sesak nafas, dan batuk. Pesakit asma biasanya mengalami gejala-gejala yang paling kerap pada waktu malam dan awal pagi.




Bercerita tentang asthma...saya ada pengalaman tersendiri.
Semasa kecil, saya selalu diserang asma. Jadi, baju sejuk benang kait warna merah adalah teman karib saya. mungkin saya tak tahan sejuk.

Seingat saya macam2 ubat yang saya makan... ayah dan ma ikhtiarkan. Antara yang saya ingat ialah hati pari helang yang dikeringkan. Kami asahkan hati pari itu dgn air di atas pasu dan air patinya itu saya kena minum. Yerkkk.... memang tak sedap. Cuba korang asah ikan masin dan minum airnya.. sodap tak?

Ubat lain pulak, ubat singseh... BOBOTAN namanya. Dalam sachet warna putih berbentuk serbuk. Ma atau ayah akan bancuh dengan air susu pekat... Heee kononnya nak kurangkan rasa kelat... Adoiii.... Rasanya?? Kelat . rasa macam teh susu yang teramat2 pekat yang kita tak mampu telan... Saya terpaksa minum... pastu... Oppppsss muntahhhhh!!!!!

Ntah la mana satu yang berkhasiat.. Ntah2 bila muntah tu kahak dan lendir keluar sama dan melegakan.

Satu yang saya sangat ingat juga... bila diserang asthma (lelah kata orang kampung)... Bila kita bernafas bunyi sesak itu sangat kuat "Wheezing". Kalau mak di bawah menyiram pokok2nya dia tahu saya ni bernafas lagi sebab bunyi signalnya kuat...

Bila dah sekolah, saya kena mandi air suam setiap pagi. Bila diserang asthma teruk di sekolah... tukang kebun sekolah akan tolong hantar saya balik ke rumah dgn basikalnya... Terima kasih Pak ngah Wahab... (Kebetulan pulak dia adalah mertua kpd mak andak saya).

Sukan? Bila lari dapat la nombor 3.. Haa.... bagus???? Apa taknya... memang yang lari tu 3 orang je... dapat la nombor 3. (No terakhir... ha ha)

Entah la... saya tak tahu macam mana asthma tu hilang. Cuma zaman di sekolah menengah... mengah dan semput selepas lari tu masih ada. Berkat latihan dan kedegilan saya... saya berjaya juga jadi athlit jarak jauh sekolah... Kuasa Allah swt... siapa mampu melawan takdir. Alhamdulillah.. saya sihat sekarang. Cuma anak2 berisiko terutama semasa mereka kecil.

Jadi, saya tahu apa yang anda semua lalui sebagai pengidap asthma... Saya pernah laluinya.... Berusaha dan berdoa selalu... bagi saya mungkin doa ibu dan bapa saya yang dimakbulkan Allah ketika itu.

Jangan berhenti berusaha.

berusaha utk sihat kerana orang yang sihat itu kelihatan cantik.

Saturday, 9 February 2013

cabut gigi adik



Sebenarnya mama sekeluarga sedang memantau  berita kesesakan lalu lintas utk perjalanan balik kampung. Rindu pada mak ayah dan adik mama walaupun mereka semua dah besar...

Teringat mama kerja penting mama masa adik2 kecil.. Budak2 kan kerap tanggal gigi susu untuk ganti dgn gigi kekal.

Haaa... mama akan transform jadi dentist bila ada adik2 yang mengadu gigi dah longgar tapi takut2 nak cabut. Yang sempat mungkin Jie, zidi, ziman dan aidi... Angah dan Ida tak le.. masa mereak salin gigi mama budak2 juga... belum expert...

Caranya...

1. Masa kuno tak banyak pengalaman, mama belek gigi baik2, sembang2 dgn adik... cubit sikit pehanya dan terus tarik gigi... nangis sikit je.. sakit kena cubit ke sakit gigi tercabut ntah la... mama tak kisah..dah tercabut gigi tu... lega la... Sila ucap terima kasih pada kakakmu ini!!!




2. Dah pandai sikit, pakat dengan kakak2nya yang lain untuk ambik ais... letak dekat gigi yang longgar... Kononnya nak bagi kebas la... pastu zup!!! tarik, dah tanggal... Jangan nak lari la dgn kakak yang dedikasi ini...Sampai lubang cacing pun akan dikejar, mesti dicabut gigi tu... Haaa.. nanti tumbuh yang baru  kan cantikkk... 


Kalau dengan anak2 mama sendiri.. mama dah lali... maklumlah dah banyak gigi yang terkorban di jari mama ni... Adik je 4 orang, setakat gigi2 anak 5 org ni... KACANGGG LAA...

Itu rahsia mama sebenarnya kecuali adik2 la yg tahu kalau mereka masih ingat kejadian kanak2 mereka.. 

Suatu hari mama sembang dengan Kak An kawan mama.. Dia ceritakan anak sulungnya Dilla pun sepesen dengan mama... Tukang urus hal2 adik macam mama... Ooo rupanya ada spesies yang sama macam mama... Mungkin kami serupa kerana kami anak sulung, Tahniah Dilla... 4-5 tahun lagi mungkin Dilla pulak berumahtangga.. senang la Dilla uruskan gigi anak2 nya nanti..

Anak2 sekarang cukup kalsium, gigi tahan. Sampai yang baru dah tumbuh pun, gigi susu masih cantik tak rosak.. Itulah pentingnya kalsium yang dibekalkan oleh susu ibu dan khasiat yang mereka dapat dari susu tambahan (formula). kalau susah sangat minum susu, ambil la kalsium tambahan. Pilih betul2 dan boleh klik  di sini dan di sini.


Dah panjang mama merepek..hiway dah clear ke belum... Askar2 kat rumah tengah pesta kat laman... Hu hu.. tidur la dalam kereta nanti jawabnya.. Bagusss...

Ma, ayah dan keluarga... Tunggu kepulangan kami...

Di catat di Rumahku yang tak bertiang....


Friday, 25 January 2013

Ida jumpa permaisuri agung





































Gambar ini membawa seribu erti bagi kami sekeluarga. Ida adik mama jumpa Permaisuri Agung....
Masa ni Ida 12 tahun... Kami bukan faham apa2 sangat.. Ida terpilih jadi tokoh kanak2 negeri Pahang tahun itu..Penyampaiannya di peringkat kebangsaan...

Yang mama nak cerita ialah baju yang ida pakai tu... baju raya yang mak kami jahitkan..ida warna ungu, mama warna hijau, Angah warna biru ke? lupa dah..Baju tu paling baru. Sepasang tapi mungkin kain dah singkat... cikgu ida pinjamkan songketnya.

Biasa tengok tokoh kanak2 kan? Mereka pakai cantik dengan baju songket sepasang tapi kami tak mampu.. Dalam keadaan tergesa2, pakai saja apa yang ada..Selepang Ida tu pun tak sedondon kan? Pinjam juga... Itulah kami, kehidupan yang seadanya..Baju raya sepasang setahun dah sangat bahagia.

Masa ni, ayah dan mak pun tak hadir, yang ada motor buruk sahaja. Mana nak sampai ke Kuala Lumpur.. Jadi, kami tengok gambar saja la.. Semua cikgu yang uruskan. Mulianya hati cikgu2 Sek Keb Kampung Padang.















Gambar Mak dan ayah tersayang





Dalam kehidupan kanak2 kami, ayah dan mak sediakan perkara yang asas..Selain daripada itu, kami perlu usahakan sendiri. Ayah dan mak sekolah darjah 6 sahaja tapi 6 org daripada 7 anak mereka ke institut pengajian tinggi.. ..( Bagi org susah macam kami itu dah besar sangat..)

Semoga anak2 kami  mampu utk lebih berjaya dan pandai belajar hidup susah...

Pengalaman itu jadikan guru...

Dicatat oleh : Ieja di Rumahku Syurgaku. 25 Jan 2013.



Tuesday, 22 January 2013

Mak, lintah gigit saya


"LINTAH"

Cuba rakan2 'search' di internet..."lintah" dan tegok gambar2nya. Aku memang tak attach gambar di sini sbb takut u all lihat gambar tu... dan tak terus membaca sbb kegelian tahap gaban...

Banyak kebaikan lintah..antaranya untuk kecantikan dan kesihatan. Bagi yang berani dan hati cekal boleh la cuba.. cuma cari maklumat betul2 dulu sebelum memulakan tindakan.

Kenapa aku fobia dgn lintah?

Masa kecik2 aku memang membesar di sawah padi.. aku masih boleh bayangkan suasana gotong royong org kampung kami bila musim mencedong( menanam padi) dan musim menuai.. Zaman kanak2ku mmg pelbagai sikit, tapi dgn cara org kampung la...

Ketika umur 11-12 tahun aku ulang alik ke sawah setiap kali balik sekolah untuk menghalau burung yang makan padi.. Begitu sekali kami jaga rezeki kami yang tak seberapa...Buat kerja sekolah di pondok sawah. Berlatih menyanyi terjerit2 juga di sawah...Burung cepat lari dengar suara yang 'sangat merdu' itu...

Berbalik tentang lintah, masa kecik2.. sebelum menanam padi kami bersihkan sawah... (itu kerja org dewasa la...) Apa kerja kami budak2? ha ha kami kerja berlari meniti batas, tangkap pepatung, kejar anak katak...Bila penat, lapar... bekalan mmg dah banyak dibawa. Dulu bawa bekal ke sawah mcm kita gi picnic zaman sekarang...

Nak jadi kisah, satu hari aku dgn angah ( adik) dan mak Usu seronok berendam mengikut Aki (gelaran atuk saya) dan mak andak (masa tu mak andak belum kawin.. sekarang dah bercucu) bersihkan rumput dan sampah dalam sawah yang berair. Dah syok2 main air sawah, aku pun naik ke batas. Masa berendam aku lipat seluar panjang sehingga ke peha (umurku 9-10 tahun lebih kurang) tak la seksi sgt... ha ha.

" Hahhh!!!!!  LINTAHHHHHH" pekikku...

Aku tenampak lintah tu terlekat di peha kiriku.... Awww.... geliiiii...........Aku lari tak cukup tanah...Seluruh sawah padi Aki aku lari... tak tahu nak tuju ke mana, tak tahu nk mintak tolong siapa..Orang lain pun tercengang la... Entah2 gelakkan aku pun tak tau la...

Bila aku berhenti... tengok peha.... "Eh! dah takde" Adoi dah pegi mana pulak lintah ni.... Dulu kami selalu dengar cerita lintah masuk dalam badan dan membiak... Huii... serammmm.

Syukur... lintah tu dah jatuh. Setahu aku, kalau lintah dah mula menghisap darah... dia tak mudah tanggal.. kecuali dah kenyang... (Heee... macam vampire!!!). Hmm mungkin lintah tu terkejut dgn jeritanku.. Agaknya itu la juga asalnya aku ni jadi athlit  jarak jauh di sekolah.. (berlatih tgh sawahhh... ha ha ha)

Tapi mak usu lagi dahsyat!!! Pernah sekali tu.. kerana takutkan lintah yang lekat dijari kakinya... mak usu cuba buang dgn pisau pemotong padi... Mujur Mak Usu tak potong jari dia sendiri..


Gambar hiasan. Sawah dibajak sebelum tanaman padi dimulakan.

Petua tanggalkan lintah yg menggigit
Kata orang tua, ludah lintah tu.. Air liur kita buat dia lemah... dan jatuh sendiri... Berguna air liur kita ye...Apa tak nya, kalau kita potong pun dia payah nak mati... tak percaya try la...

Ternak lintah?
Lintah kdg2 digunakan dalam rawatan kosmetik.
Aku pernah tengok ternakan lintah dia... Dalam tangki... Beranak2 lintah tu.... Tapi aku dah tak kisah sangat sebab aku dah tua dan dah faham...

Bagi yang takut nak rawat diri dengan lintah, jom la kita makan supplement Shaklee. Nak sihat? Nak kulit cantik? Nak ubat sakit sendi? Semuanya Inshaa Allah boleh diusahakan..  Baca la post2 dalam blog mama ni... macam2 ada... ibarat kedai runcit..



Salam sayang,   Illalliqa'....

Dicatat di Rumahku Syurgaku...


Thursday, 17 January 2013

Zaman kanak2: mengaji dan misteri kereta biru

Dah hampir 1 pagi... dah puas memujuk adam tido. Ke sana sini adam merayau.. tup2 adam masuk dengan tab menonton video Barney.. Mia dah lama belayar dalam mimpinya...maklum la esok mia nak sekolah. mama senyum sendiri teringatkan soalan mia pagi tadi sejurus terjaga dari tidur.

"Mama, hari ni sekolah?" tanya Mia,
"Sekolah...." jawab mama sambil bersiap.
"Hee.. kenapa banyak hari kena sekolah ?" Mia mengomel lagi.
Mama terus mendekati Mia." Masa baby macam Adam budak tak sekolah, bila besar macam Mia dan kakak2...kena sekolah, bila lebih besar kena kerja macam abah dan mama"

Mia terus termenung di katilnya...Kemudian tertidur semula.

Lepas maghrib tadi ajar Mia mengaji...Mia memang liat sikit... Mama cakap sepatah... Mia dah jawab panjang berjela2. Akhirnya Mia duduk juga dengan Muqaddamnya. Itupun bila mama keluar perintah "Kak Dini!!!! bawa rotan ke sini!!!", 

Hmm... semua anak ada perangai masing2. Mia banyak iku stail Yana, selamba dan banyak alasan bila suruh belajar. Lily pulak ikut Dini, Taat, tekun dan ikut arahan bila suruh belajar. "Tak Pe la.. Lily dulu byk belajar sendiri, mama bantu2 aje. Sekarang giliran mama kena masuk campur hal Mia. Kalau tak, bimbang  tak tau Alif Ba ta Mia ni" mama berkata dalam hati. Kelas mengaji Mia tadi jalan lancar walaupun dgn sedikit ugutan.

Bagaimana mama tahu mengaji?

He he.. pengalaman yang manis, pahit masam, suka, duka terpaksa, rela... semua ada. Zaman mama dulu kenal alif ba ta hingga bacaan Juzuk Amma di muqaddam memang mak dan ayah yang ajar. Dah lancar mengaji baru mama belajar dengan Tok Andak. 

Masa mengaji dengan ayah dan ma.. Garang wooo.... Satu malam mama ngantuk depan muqaddam.. Maklum la main waktu siang, melompat sana sini, main baling selipar, polis sentri.. macam2.

"Zup! zap!" "Aduh!!!" mama jerit dalam hati aje. Sebab tersengguk2 depan muqaddam, ayah rembat jari mama dengan kain lap meja. Hui! apa sempat je org tua dulu2... mana belajar psikologi..Mujur tak kena penampar jepun!! Mama ingat masa tu mak sedang membuang kulit kacang tanah yang digorengnya... Mama ngaji terus dgn tersedu2...Sakit wooo... 

Mujarab! Hilang mengantuk serta merta. Mama habiskan bacaan dan simpan muqaddam. Terus dekat dengan nyiru mama membuang selaput kacang goreng. Sendu mama dah berkurangan... Ada sikit terisak2.. macam orang tercekik tulang pulak. Mak tak kata apa... Itu penangan ayah, kalau mak pun lebih kurang sama je... memang Hitler belaka ibu bapa mama dulu..

Tiba2 ayah menghampiri mama yg berusia sekitar 5-6 tahun masa tu... Eh eh, ayah bawakan minyak utk sapu pada jari mama. Memang sayuuu... 3 jari mama bengkak...Semua senyappp... tak ada siapa bercakap, takde siapa beri komen..

Tapi... itu lah tanda kasihnya...kalau dia tak buat begitu, mungkin mama tak tau mengaji... macam mana nak sembahyang? macam mana nak ajar anak2 sendiri kenal alif ba ta?

Mengaji dgn Tok Andak

Darjah 1, ayah hantar mengaji dengan Tok Andak di hilir kampung. Jauh suraunya dari rumah mama. Mama dah boleh ngaji lancar, Seterusnya mama naik baca  Quran dan  diberi kepercayaan untuk ajar adik2 dan kawan2 yang masih merangkak. Kami sanggup aje sebab nak cepat habis dan pergi tumpang tengok tv kat rumah tok ngah Gayah sebelah surau. masa tu siapa datang awal, dapat no satu, ngaji dulu, habis dulu.. Hooray boleh tengok tv (cerita man from atlantis, incredible hulk.. antara yg famous zaman itu)

Kami jalan jauh utk pergi mengaji. nak kira berapa batu mama tak pandai pulak...tapi jauh la... masa datang ke surau, ikut jalan dalam kebun2.. tak panas. Jalannya lorong kecil  utk 1 manusia  je... tepinya semak samun memang tak leh jalan saing2, kena berbaris. Jalan ni lalu kawasan tak jauh dari kubur...He he he. jadi, kami tak suka balik ikut jalan ni.  Kdg2 babi melintas la.. Terkejut badak kami semua..

Jadi kalau ramai yg datang malam tu dari kawasan kami, hujung sebelah sini kampung, kami berani balik jalan yang sama. kalau tak, kami pakat2 balik ikut jalan satu lagi, susur tepi jalan raya.. Tapi zaman dulu, mana ada kenderaan malam2...

Banyak pengalamannya... Hujan dalam perjalanan malam2... kadang hujan air batu. Sampai rumah kami basah kuyup. minum kopi panas... Jumpa ular di lenyek kereta,  yang hidup menjalar lintas jalan pun kami dah biasa... Berbekalkan torch light, kami jalan balik kdg2 10 org... berani!!! Zaman dulu kami takut hantu!!!, tak bimbangkan org jahat.


Tapi yang tak bestnya ada hari yg kdg2 ramai kawan tak datang mengaji. Bila nak balik, seram la sikit...

Pengalaman misteri kereta biru..
Malam tu mmg ramai kawan  tak datang mengaji. Cuma mama, Angah (adik perempuan mama) dan Mat Jamlus (skrg kami panggil Pak Mat jamlus) Dari surau, tgk tv rumah tok ngah... tamat cerita, kami bertiga pun keluar untuk berjalan pulang. Pot pet pot pet berbual, kami sampai di kawasan batas paya utk naik bukit menuju jalan raya. Mama bawa lampu suluh...

Tiba2! kami nampak di jalan raya sana, sebuah kereta biru berhenti. kami masih jauh utk tiba ke jalan raya tersebut. Pak Mat suluh ke arah jalan betul2 ke arah kereta tu. Pintunya dibuka dan kemudian ditutup. Kami terhenti!! Eh eh, takde orang.. 

Apa lagi... kami buka langkah seribu patah balik ke rumah Tok Ngah Gayah. Pucat lesi ketakutan. Malam tu kami nekad takkan balik selagi takde orang ambik. Akhirnya ayah datang dengan motor dan follow kami yg berjalan kaki bertiga.. Nak naik tak muat moto...

Ha ha ha... lucu bila fikirkan kembali...

Susah payah cari ilmu dulu2. 

Nota : Rakan2 mengaji yg teringat dan dapat di catat Mak Busu, pak tam, mat jamlus, ayu, intan, baha, zana kak semik, burhan, denan... dan lain2 yang mungkin tak tercoret di sini..

Dicoret di Rumahku Syurgaku.