Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label recycle. Show all posts
Showing posts with label recycle. Show all posts

Thursday, 30 November 2017

Buku catatan recycle

Hari ini nak kongsi aktiviti cuti sekolah dengan anak-anak.

Kami kemas buku2 latihan dan pilih mukasurat yang masih elok.
Buku ringkas ini bolehlah buat catatan dan sebagainya. Nak jadikan diari pun boleh.

Cara yang kami lakukan.

Kumpulkan buku. Pilih yang mukasurat masih blh guna.

Buang bahagian yang tak perlu

Sediakan wall paper yang ada pelekat.

Guna glue gun untuk gabung muka surat tambahan.

Lekatkan wall paper /sticker tadi.
Kemaskan baik2.


Setelah siap. Boleh gunakan plastik pembalut buku yang sesuai.
Ulang lagi proses yang sama.

Guna corak2 yang disukai anak-anak sambil mengisi masa mereka.

Selamat bercuti.

Rosliza Hj Din

Tuesday, 4 August 2015

Baby bouncer jadi tempat penyidai/penyangkut.

Sambil operasi susun atur bilik hari ini.. terjumpa barang  lama anak-anak.
Maka di ubah guna..nak offer pada orang pun, rekabentuk ni mungkin dah agak ketinggalan zaman sikit.
Bouncer lama.. 17 tahun.
Dimanfaatkan sebagai ruang sangkut dan gantung.

Nota : Kena keluarkan jaringnya dulu.

Bolah dipasang dan diguna semula sebagai baby bouncer  jika mahu. Tiada ubahsuaian pada mana-mana bahagian pun.

Sekian.
Ieja
(Bila ilham tiba)

Thursday, 9 July 2015

ubahsuai langsir

Hari raya tak lengkap kalau urusan bersih dan hias rumah tidak dibuat. Oleh itu, mama pun terasa hangat suasana persiapan raya untuk keluarga. Tahun ni raya pertama di rumah sendiri.

Utk memastikan tiada pembaziran dan pengaliran wang keluar, mama ubahsuai langsir lama. 
Dah mmg tersimpan beberapa tahun atas sebab tertentu.

Dulu langsir ni mama buat berbutang2 utk sliding door tapi lepas sambung rumah dah takde sliding door di luar maka tak diguna langsir tu. 

                    


Semalam mama mengambil masa untuk ubahsuai sikit. Maka jadilah langsir untuk tingkap dapur di depan sinki. Ringkas saja tapi puas hati.. butang diguna untuk pengikatnya. Cara pasang pun mudah.. maklumlah sejak hidup tanpa bibik 6 tahun lalu, perjalanan hidup disetkan jadi ringkas dan mudah urus. Cthnya design langsir cara berkembar dengan langsir siang. Guna cangkuk 1.. bukan yg kembar 4 tu.

Alasannya, menjahit 1 kali rumit tapi menggantung dan menurun langsir kita akan buat byk kali. Jadi jimatkan tenaga masa pada proses yg 'kerap' itu



Daripada tiada baiklah ada. Kos mama hanyalah masa, tenaga, benang dan elektrik.

Sekian, nanti cerita lain pulak.
Hihihi..

Assalamualaikum.

-Ieja..-


Wednesday, 1 July 2015

Tukar penutup Basic H

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian.

Hari ini mama nak share idea yang ringkas tentang penggunaan produk Get Clean Shaklee.

Perhatikan penutup Basic H yang terkini...
Kadang2 waktu sibuk dengan kerja rumah kita boleh terlupa menutup Basic H atau penutupnya mungkin tercicir atau tersilap letak.

Rujuk gambar di bawah

Penutup jenis pulas
Perhatikan pula penutup lama Basic H.

Penutup jenis tekan dan tarik

Ini pula gambar penutup bagi botol Dish Wash Shaklee
Penutup tarik untuk guna

Jadi, untuk memudahkan menggunakan Basic H, kita boleh tukarkan penutupnya dengan  penutup botol kosong Basic H lama atau penutup botol Dish Wash yang sudah kosong.
Contohnya dalam gambar di bawah.
Penutup botol sudah ditukar
Dengan langkah tadi.. kita mudah menggunakan Basic H tanpa kehilangan atau silap meletak penutupnya.

Mudahkan?
Selamat menukar....

Ieja
SID
019 2247004

Saturday, 12 April 2014

Selipar Jepunku



Dari mana mama dapat hobi recycle??

Hmmm.. siasat punya siasat mama baru sedar.. Ini adalah faktor keturunan. Mak mama selalu amalkan recycle dari dulu.

Masa kecil dulu, Mak  akan simpan selipar jepun yg rosak. Ada biru, kuning, merah dan macam2. Macam2 saiz. Mak cukup marah kalau kami balik dari bermain dengan selipar putus.


Aktiviti recycle mak begini. Dia akan ambil spare parts yang ada pada selipar putus tadi.. tali yg elok akan dipadankan pada selipar jepun lain yg terputus tali juga. Maklumlah selipar kami zaman tu yg paling mahal sbb diimport dari Jepun. Alat ganti dia tak dijual di kedai. He he.. 

Kenapa cepat putus buatan Jepun yang satu ini? Sebab kami berjalan,  berlari dan melompat dgn selipar jepun ini la jugak.. macam mana tak putus? (Kalau sekarang anak2 bersukan kan pakai kasut sukan?)

Kalau mak dah baiki dan kami boleh lompat semula dgn selipar yg ada.. itu dah cukup ok.
Biarlah..kalau selipar tu warnanya lain sebelah. (Aku peduli apa?) 

Kalau lari tak pakai selipar pun boleh...'no hal'. Tanpa selipar dan kasut, makin laju kami lari. Cuma pesan emak "Kalau tak.pakai selipar, takut cacing kerawit masuk ikut tapak kaki." Insaf la sekejap...
Hui.. seramm.

Kenangan mengusik jiwa. Belum lagi ambik kira main badminton dengan pakai kain batik... Isyy... ok je lekat kain batik tu di pinggang kami.

Ce cuba... Hahaha.

Tuesday, 14 January 2014

recycle : Ubahsuai rasa biskut


Ubah suai rasa biskut...

Kerapkali anak2 teringinkan biskut yang dijual di kedai bila keluar bersama keluarga. 2-3 hari pertama mereka makan.. seterusnya tinggallah biskut menanti selera tuannya tiba.. Sayangnya tak muncul juga selera mereka bahkan kadang2 dibeli lagi biskut lain.. Kesian En Tupperware tengok Cik Biskut di dalamnya. 

Jadi, hari ni mama nak bagi idea sikit... Jom hias biskut dengan peanut butter atau jem atau coklat supaya menambah rasa dan selera untuk menikmatinya.  

Selamat mencuba!!!!


Yang pasti Si kecil anak2 kita pasti suka utk buat aktiviti ini bersama2...

Idea ini juga boleh digunapakai untuk muffin dan sebagainya...

Berjimat dan beringat ye...

Ikhlas dari mindaku sambil kunyah biskut ini... Hmmm sedapnya menikmati dgn minuman panas petang2 macam ni.

recycle : beg kertas jadi pembalut buku

BILA ANAK MERENGEK

Anak merengek nk pembalut buku. Kedai yg kami singgah siang tadi ada pembalut 'Selamat Pengantin Baru' saja.

Malam ni setiap 10 minit anak tanya "mama bila nk beli pembalut buku?"

Ok.. hari hujan.. nak ke kedai semata2 utk beli kertas pembalut hadiah???
Minyak dah naik harga maaa...
Operasi kecemasan...Selamat jalan beg kertas Parkson!! Kamu pun free dan disimpan bertahun2. Maka diabadikan utk berkhidmat pada cik lily. Selamat berkhidmat. Kamu cantik!!

#recycle
#jimat




Photo: BILA ANAK MERENGEK

Anak merengek nk pembalut buku. Kedai yg kami singgah siang tadi ada pembalut 'Selamat Pengantin Baru' saja.

Malam ni setiap 10 minit anak tanya "mama bila nk beli pembalut buku?"

Ok.. hari hujan.. nak ke kedai semata2 utk beli kertas pembalut hadiah???
Minyak dah naik harga maaa...
Operasi kecemasan...Selamat jalan beg kertas Parkson!! Kamu pun free dan disimpan bertahun2. Maka diabadikan utk berkhidmat pada cik lily. Selamat berkhidmat. Kamu cantik!!

#recycle
#jimat

Sunday, 11 August 2013

gabungan lama dan baru

T shirt lama digabung bersama kain yang baru dibeli.

Photo: Something  'magic' utk my daughter dalily. Mesti suprise esok.. dia nak baju oren..


Dah siap digabung dan ditambah hiasan dengan sulaman bunga.

Photo: Siap dgn deco bunga sulam. Alhamdulillah.

Bg anak2 dan anak didik.. jdkan motivasi...segalanya mungkin.

Selamat mencuba.
Selamat berjimat cermat.
Selamat berkreatif.

Hidup ini kita yang hiaskan biar indah

Wednesday, 5 June 2013

recycle : mengubahsuai telur dinasour.


Tabung sebenar pada dinasour. Anak2 tak gunakan sangat kerana tak rajin nak buka tutup kulit telurnya.

Keluarkan anak dinasour.

Cantum kulit bahagian atas dgn tapak dari bahagian dalam yg dinasour duduk sblm ni.


Bahagian bawah telur jadi bahagian penutup.
Tampalkan scoop penyukat susu yg dah dibuang pemegangnya.




Hias dgn bunga telur dari kenduri kahwin.

Jgn simpan.. jgn buang... ubahsuai..

Bye... nak cari idea lain pulak.





recycle: papan lapik kek



Papan lapik kek ni ada gunanya...
Kalau tak utk j.panjang pun boleh juga utk j.pendek.


Langkah 1
Potong kain utk jadi penutupnya.

Langkah 2
Lekatkan kain pada papan dgn menggunakan glue gun.

Langkah 3
Hias ikut citarasa  masing2.


Kain yg mama pilih ni adalah t shirt lama. Kalau nak cantik pilih la kain yang cantik2 ye..
Sekarang bolehlah dijadikan lapik mangkuk berisi makanan panas.
Lihat barang.... jgn terus buang...

Cintai diri, sayangi alam.
Alam sekitar yg sihat penghuninya pasti hebat!!!!

Wassalam.





Recycle pemegang belon




Tahu tak apa benda ni?

Ya..pemegang belon anak2.
Utk elakkan anak2 main pedang hingga tercucuk sana sini..mari kita ubahsuai.

Caranya:

1. Bengkokkan sesedap rasa.

2. Panaskan sikit atas api dapur. Tunggu 
sejuk.

3. Ulang la
gi utk bhgn bengkok satu lagi.



Siap utk digunakan sbg penggantung bg bhn2 ringan spt tuala kecil dsb.

























Contoh Penggunaannya

Salam Sihat..

Jgn berhenti berfikir dan mencuba...

Tuesday, 26 March 2013

Biskut batik berkismis


Resepi mudah hari ini

Bahan utama

1. Biskut marie
2. susu pekat
3. serbuk koko
4. majerin


1. Panaskan 1 senduk majerin dalam kuali.


2. Masukkan 1/2 cawan serbuk koko 

3. Masukkan 1/4 cawan susu pekat


4. Kacau rata atas api hingga mendidih

5. Sejukkan sambil gaulkan dengan 1 mangkuk
 biskut marie yang dipecah 4.
6. Taburkan kismis 

7. Ratakan dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.

8. Potong untuk dimakan.



Sunday, 10 March 2013

recycle : meja buruk jd berguna


Dah hampir 10 tahun meja buruk ini berkhidmat depan bengkel mama. Sebelum ni pokoknya lain. baru tukar design (he he... macam pakar pulak).

Mama dengan bantuan kak yanti dan rakan2 cleaner alihkan pokok pasuan ke dalamnya...  Buruk2 pun berjasa..


Kesian meja ni dek keusangannya.. mama ada 2 buah yang sempat mama dapatkan masa pelupusan bahan. Sekarang dah tak de meja begini.. 

Mama ceriakan dengan cat kelabu cerah begini... Boleh la tahan.. Ada la rupa sikit... Sejak mama alihkan ke depan sedikit lokasinya dan dah dicat, ramai pulak yg bertanya jika mama ada meja begini lagi... Hmmm... dah tak ada... nak idea lain boleh mama kaji2 semula, guna bahan lain pula..

Sedang rancang nak hiaskan tanaman di bawahnya pula....

Bertanam dan terus bertanam...


Ada lagi projek taman mama nak kongsi... Tunggu ye... 

jangan lupa makan Shaklee supaya badan kuat bertenaga, tulang dan sendi gagah bekerja. Idea pun datang mencurah2 walaupun produktiviti pernah merosot sebelum ini.

Jumpa lagi, masak utk minum pagi sebelum berangkat ke  tempat kerja dan urusan anak2 berlima... Kena sediakan supplement untuk suami tercinta... Biar sihat sejahtera...

shaklee
contact 0192247004
Id 889811



Saturday, 9 March 2013

resepi selamatkan roti.

Catatan jumaat 8 mac 2013. 6.30 pagi.

Pagi2.. mama mmg ligat. Urusan mandi anak2, minum pagi dan bekalan makan damia. Sbb tadika mia tak sediakan mknn.

Pagi ni mama resepi recycle roti.

Caranya.....
Lebihan roti sandwic
Sebiji bun burger

Carik-carikkan masuk dalam mangkuk. Basahkan dengan air secukupnya supaya kembang.

Tambah susu pekat 2-3 sudu besar

Tambah 2 sudu majerin.
Campur 3 sudu coklat vico.

Kacau semuanya.





Masukkan dalam kuali. Bakar dengan api perlahan.


Dah masak sebelah bawah, terbalikkan supaya masak sebelah lagi.

Angkat dan sejukkan. Anak2 makan dan bawa bekal ke sekolah.

Nota : kalau tak suka koko tak perlu campurkan koko. Kalau nak tambah buahan campur atau kismis pun ok.

Kalau nk bakar tanpa susu tapi nak makan dengan sudu cair sejuk pun boleh. 
 Kita yang masak... suka hati kita la...

Selamat mencuba... jgn lupa vitamin shaklee sebagai pelengkap selepas minum pagi. 

Dicatat di meja dapur la....

Jangan membazir. Selamatkan makanan.

Tuesday, 26 February 2013

recycle : botol syampu & bekas plastik


Hari ini...sambil mengajar mia menulis, mama sempat memotong botol2 plastik ini menjadi bekas2 serbaguna. Yang di atas ialah botol syampu Damia yang mama bentukkan untuk letak kunci bilik supaya mudah dibuka bila perlu.

Apa dia? Alatan? Hmm mama gunakan pisau dan gunting dapur sahaja. Maklumlah mama ni pengurus dapur.



Boleh juga simpan alatulis tapi jangan terlalu banyak. Lubang penggantung tu boleh tebuk sesdap rasa, nak kecil.. kecil la.. nak besar, besar la...
Boleh juga letak sikat. kalau di bilik air, boleh letak berus2 gigi tetapi perlu dilubangkan bahagian bawah supaya air tak bertakung. dari bilik air botol syampu ni datang, ke bilik air dia pulang...


Botol bahan kumur ini mama jadikan bekas utk mengumpul getah gelang di dapur. Boleh la diubahsuai sesedap rasa kalian.





Jika terdesak boleh dijadikan bekas letak telefon bimbit semasa mengecas bateri. Lubang yang besar tidak mengganggu charger plug kita.. Mungkin mama perlu cari botol losyen atau syampu yg lebih besar dan panjang supaya telefon dan charger plug tu tak berhimpit2. 

Mama belum sempat deco2 bekas2 tu lagi. Nanti deco pula lah... Boleh guna glue gun utk tampal bahan aksesorinya. Sekarang ni... pada saat ini mama kena bertugas jadi pengadil bila anak2 ni kejap berperang, pastu jadi juri bila mereka menyanyi Ya Ha naa na...(gara2 ustaz Fauza buat pasukan lagu Ya Ha Naa na di sekolah...Lagu ni dah jadi kegemaran bersama Lau kana Bai nanaa...)Mia nyanyi salah sebutan, Dayana marah2 nanti maksudnya jadi salah. Lily pun terjerit2 menyanyi sama....Kalau begini mana sempat mama nak deco2 pun.. 

Nampaknya kurang sikit la bhn recycle yg nk mama jual kepada  uncle lori merah..

Cuba rakan2 buat satu utk isi masa lapang.


Mama kan taksub dengan Shaklee... Bekas mealshake memang ada banyak... Adam dan Mia selalu minum mealshake. Rujuk sini...

jadi, mama reka satu utk serbaguna dan bekas utk telefon bimbit yang lebih besar....Ha ha usaha akan diteruskan....Amacam Rm2 sebiji produk...Aktiviti anak2..



Sempatlh balut begini baru sekejap td.. Tup tup Lily datang " Mama, saya nak beri ni pada kawan.. untuk hari jadi dia".. mama gelihati la.. Tinggi nilai barangan rekaan mama ni di mata Dalily.. Syukur..

Jom recycle..

Untuk tempahan Shaklee  hubungi 0192247004.


Dicatat di dapurku yang berselerak... 

Wednesday, 20 February 2013

Recycle : Wajah baru pakaian lama.

Salam sihat dan ceria semua.

Semoga sentiasa dilindungi tuhan dan bergembira dgn aktiviti harian.
Hmm.. rasa bersalah dah lama tak menghidangkan santapan minda utk kalian. Mama sangat sibuk minggu ini.. Ruang masa untuk anak2 dan keluarga juga perlu diperuntukkan.


Malam atau pagi ini, mama cuma nak share sedikit tentang bahan lama mama iaitu tambah nilai pada pakaian lama atau t shirt kita. Jadi pakaian akan berwajah baru...dengan sedikit sulaman tangan bentuk bunga... Senang aje, mama belajar sulaman ni dari buku, cuba dan cuba. Macam melukis.


Sebelum bersulam, baju ni pernah mama jahitkan manik. dah bosan tukar pada sulaman pulak.


batik ni tak berbunga, mama tambah di sana sini sulaman bunga ini.


Baju anak.




Cubalah.

Selamat malam semua.