Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label set kesuburan. Show all posts
Showing posts with label set kesuburan. Show all posts

Friday, 18 January 2013

Moga cepat dapat zuriat

Hidup ini penuh dengan harapan.. Bagi yang sudah mendirikan rumahtangga... hilai tangis anak2 diimpikan utk mewarnai kehidupan sehari2. Bagaimanapun, ada yang agak sukar utk mencapai hasrat memiliki cahaya mata. Mama tahu apa rasanya bila disoal2 tentang "Bila nk dapat baby?" Resah, gelisah, mengharap, menanti semuanya bercampur2. Setiap bulan mendoakan tak datang bulan.. Tup tup datang jugaaa...

Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkat kan dengan mengambil multivitamin dan multimineral Jadi, mari kita tambah info ttg Set kesuburan Shaklee. mana tahu ia dapat meransang minda utk ikhtiar mencapai apa yang dihajati.. Redha, usaha dan tawakkal. Berdoalah kepada Allah di samping usaha tanpa jemu.







ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas. Maksudnya utk kesihatan badan siapa2 pun boleh ambil.


1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang bernilai dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan  kepada sel. Kalau sel sihat barulah mudah berlaku persenyawaan benih. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Multivitamin Shaklee ialah Vita Lea yang InshaaAllah akan menampung kekurangan2 yang terdapat dalam keperluan mutrien tubuh individu. Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.  Bayangkan mesin yang kurang lancar jika di servis, di minyak pelincirkan, elok la dia....(he he he.. teringat enjin kat bengkel)
3. Vitamin C
Vitamin C penting dalam proses  pembinaan dan pemulihan sel2. tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel termasuk sel sperma. 


4. B Complex 
Mengandungi asid folik utk keperluan awal kehamilan. Ia juga terkenal sebagai agen anti stress... kalau kurang stress baru lah mesin dan motor tak mogok...Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Utk galakkan  kesuburan

Boleh tambah...
5. Alfalfa 
Membantu dalam hal2 kewanitaan terutamanya utk atasi masalah keputihan. 
Diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium). Turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). 

6. GLA 
Lebih terfokus utk kesuburan wanita. Ia dikatakan dapat meningkatkan cecair kesuburan utk memudahkan sperma hidup lebih lama dalam tiub fallopio sekaligus membantu proses persenyawaan.Diamalkan oleh wanita, terutama utnuk mengatasi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 

7. Zink 
Meningkatkan  kesuburan lelaki dgn cara memberi lebih daya utk sperma. Maklumlah.. yg gagah saja boleh bertahan. Zink merupakan zat yang  penting bagi  pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke sasarannya iaitu ovum. 


 8. Vitamin E 
Menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 


Cara pemakanan supplements
Untuk Suami
Optimum : Vita-lea, B-comp, vita-C, vita-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.

Minimum : B-Comp, Vita-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri
Optimum : Vita-lea, B-comp, vita-C, vita-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,

Alfalfa - 3-5 biji sehari.
 Minimum : B-Comp, Vita-E & Zinc - 1 biji sehari, danAlfalfa - 3-5 biji sehari.

Thursday, 17 January 2013

Sukanya bila tahu mereka hamil


Tahun lalu, seorang rakan yang jauh lebih muda bertanya kepada mama, "Kak, kak makan apa? Saya tengok kak sihat, segar je..Padahal akak baru baik denggi.."

Mama tergamam seketika, tak terlintas akan ditanya soalan itu. Bagi mama selepas keluar hospital kerana denggi, fokus hanya nak siapkan kerja2 tertangguh. Jadi mama kerap balik lewat, mama juga berkejar ke sana, berkejar ke sini. ( Mama uruskan bengkel2 dan peralatannya sambil mama perlu mengajar ikut masanya)

"Eh.. entah la.. akak tak perasan ada perbezaan apa2" jawab mama pendek. "Tapi.....akak amalkan Shaklee. Mungkin... itu la sebabnya"

Rakan tadi terus bertanya tentang produk2 Shaklee yg mama ambil. Mama jawab la apa yang mampu. "Kak, saya nak try..." rakan mama menyuarakan keinginannya mencuba Shaklee.

"Boleh, nanti akak order dgn adik akak" mama jawab mudah..

Sejak itulah bermulanya mama share dgn rakan2 sekerja di fb tentang supplement yg mama makan. Asalnya hanya nak makan utk kesihatan sendiri tapi kalau la sesuatu itu baik... mama memang rela kongsi info dgn org lain..(mmg perangai mama begitu)

November lalu rakan tersebut mengirim sms kepada mama semasa cuti raya Haji... Beliau hamil. Mama dapat rasakan beliau panik dan bercelaru kerana tak sangka begitu cepat kesan Shaklee. Cadangnya beliau nak hamil tahun 2013..Dah rezeki.. Mama tenangkan beliau dan nasihatkan jumpa doktor.

Rakan mama mengaku sejak makan Shaklee badannya rasa cergas dan sihat. Memang dia happy...
Perjalanan kami dgn kerja masih seperti biasa.

Tiba2 hari ni mama dia hubungi mama lagi. Baru balik jumpa doktor...

"Kak, saya nk ambil Shaklee lagi. tadi jumpa doktor dia bagi penerangan"
"Doktor benarkan saya ambil kalsium(ostematrix), b complex. Iron doktor dah bagi.."
" Lepas bersalin pun saya nak Shaklee juga, itu kemudian kita bincang"
" Doktor tu kata bagusss..tak sangka dia pun makan Shaklee.."
"Lepas dengar penerangan dia baru betul2 faham. Detail dia explain. Baby dia sendiri pun sangat sihat"
" Saya ni kurang kalsium kak"
"Ada lagi vitamin yg dia galakkan ambil, saya lupa.. nanti saya semak d blog akak, saya ingat la.."
"Doktor tu klinik kerajaan bukan swasta. jadi saya tak ragu2. Explanation dia terperinci"

Ayat2 gembiranya ini buat mama rasa lega...Sesungguhnya dia mendapat keyakinan semula selepas merasa was2 pada peringkat awal kehamilan dan alahannya.

Bersama dia, 2 lagi rakan Shaklee mama telah hamil setelah lama menunggu utk menambah zuriat.. Yang satu alah teruk hingga kami jadi rindu nk melihat wajahnya, mendengar suaranya, gara2 dia MC tak larat bangun. Sekarang dah semakin pulih dan selera pun dah baik..

Yang seorang lagi, memang mengidam nak hamil dan akhirnya berjaya. Wah.. selera makannya macam2.. happy sungguh kami share cerita. Alhamdulillah... Rezeki mereka dari Allah. Kegembiraan mereka kami kongsi bersama. Doakan mereka bakal mendapat anak yang comel, sihat dan soleh/solehah. Aminn...

Hu hu... Akibatnya 3 orang ahli pasukan mama akan cuti bersalin tahun ni.. Nampaknya mama kena kerja kuat utk pastikan perjalanan kerja kami lancar dan membolehkan mereka nanti cuti bersalin dgn aman.

Untuk maklumat lanjut baca set kesuburan Shaklee. Boleh pilih mana2 kombinasi yg dirasakan perlu jika tidak mahu mengambil seluruh set. Paling ringkas ambil zink, atau GLA. The best ambil set penuh utk suami dan isteri. 

Boleh teruskan denganset kehamilan. Seterusnya set penyusuan
ANAK YANG SIHAT DATANG DARI IBU BAPA YANG SIHAT..BUKAN IBU SAHAJA, ATAU BAPA SAHAJA.

Hubungi Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811

Friday, 23 November 2012

Majoriti tidak subur


Petikan dari KOSMO 23nov 2012

Berikhtiar dan berusaha. Allah sentiasa membantu hambanya yang berusaha dan berdoa.