Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Sunday, 23 December 2012

penangan sambal sotong



Mama masih tekun dalam mesyuarat walaupun waktu hari sudah menjangkau ke pukul 1 ptg...Fokus tentang tugas dan persediaan bagi buka penggal persekolahan akan datang. Pada masa yang sama mama juga asyik menilik jam di tangannya... " Ah... dah tengahari...apa anak-anakku nak makan nanti? Aku masih terperangkap di sini.." bisik hatinya membayangkan wajah anak2 yang ditinggalkan pagi tadi. Tiada pengasuh, tiada pembantu.

"Kakak2, kerjasama. jangan gaduh adik beradik. Jaga adik2 dengan kasih sayang... Jangan marah2 bila mereka minta apa2.." mama teringat pesanannya pada Kakak Di dan Kakak Da. Cepat hantar adik Ad (yg kecil) ke rumah Umi (pengasuh). Panjang lebar pesanan mama sambil memunggah beg dan bersiap untuk ke sekolah.

Sedang fikiran mama melayang seketika, telefon bergetar...Berdebar hati mama kerana selalunya suami, pengasuh atau anak-anak tidak akan buat panggilan pada masa mama bekerja. Berdegup kencang hati mama mengangkat telefon yang tercatat "HOME" "Huh... anak2!" detik hati mama.

" Mama, mama tak perlu beli lauk.. kami dah masak. Sambal sotong, udang goreng tepung dan sayur..." lembut suara Kakak Di di hujung talian. " Oh... bagusnya.. terima kasih.... Lega mama. Nanti balik boleh mama makan sama" berbunga2 hati mama gembira.

" Tapi mama, tudung periuk kaca mama tu terjatuh... pecah" hati mama pun terkedu serupa macam tudung mangkuk vision yang dah hancur..." Alamak!!! Cepat... gumpalkan kertas surat khabar, basahkan dengan air, lap serbuk2 kaca tu. Ulang banyak kali. Sampai yakin dah takde yang tersebar jauh, masuk bawah meja makn.. nanti bahaya adik2" arahan panjang mama kepada Kakak Di.



" Ya mama, Kakak Da tengah buat semua tu..." pintas kakak Di. Mama tenangkan diri membalas  "Takpe la... belajar buat kerja macam tu la... kadang2 tersilap tapi hati2 jgn jadi macam tu lagi, bahaya adik2 dengan kaca2 tu..." "Pergilah  jaga adik2 supaya tak ganggu Kakak Da membersih kaca2 tu" Kejap2 lagi mama balik. Mama senyum sambil di benaknya sudah terbayang wajah kak sue di US sana (boleh kirim kitchenware la macam ni..he he he)

Alhamdulillah... sedap sambal sotong mereka.. Cuma udang tepung termasin sikit...Biarlah mereka belajar sedikit demi sedikit.

Sebijik macam ni lah tudung periuk vision yang pecah.. kirim dgn nenek mereka masa pegi padang besar atau rantau panjang (tak pasti) beberapa tahun dulu


Kadang-kadang peristiwa yang sama akan berulang dalam hidup kita. Pernah tak kita pecahkan cawan kesayangan emak? Rosakkan alatan dapur emak? Teringat kata rakan iaitu teacher Muna "your mistake is the best teacher" Duit boleh dicari tapi kemahiran dan kebolehan kerja tak datang dalam sehari... pengalaman akan mengajar mereka.

Buat anak2, doa paling ikhlas mama sentiasa menemani setiap denyutan jantung kalian. Semoga segala susah payah kehidupan mengajar kalian berdikari sekalipun kalian tidak ditakdirkan untuk berkhidmat kepada mama bila dewasa nanti.

~ Dicatat pada 23 Disember 2012 di rumahku syurgaku ~

2 comments: