Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Wednesday 29 July 2015

Cepat Sihat: keringkan kasut sekolah dengan mudah

Cepat Sihat: keringkan kasut sekolah dengan mudah: Assalamualaikum. Moga ceria bersama keluarga, sahabat dan yang tersayang. Hari ini mama nak kongsi sedikit petua membersihkan dan mengeri...

keringkan kasut sekolah dengan mudah

Assalamualaikum.
Moga ceria bersama keluarga, sahabat dan yang tersayang.

Hari ini mama nak kongsi sedikit petua membersihkan dan mengeringkan kasut sekolah dengan mudah.


Nak perkenalkan sabun basuhan Shaklee Fresh Laundry Concentrate. Bukan semata-mata untuk cuci pakaian tapi bagi mama banyak sangat gunanya.. antaranya mama suka gunakan sedikit untuk cuci lantai bilik air dan tandas. Wah.. ia seperti menyerap semua bau yang kurang enak tu.. Tak wangi tapi segar dan tak langsung tinggal bau bilik air.
(Info lengkap Fresh Laundry)

BASUH KASUT

Kasut kotor Mia.. Ini pun kira bersih la sikit dari biasa.


Dah disumbat dengan kain

Jemur tepi tingkap je..
Jadi, untuk basuh kasut.. boleh juga ambil air sisa dari basuhan pakaian.. guna semula untuk merendam kasut sekolah tu sekejap.

Lepas tu.. cuci macam biasa.. memang bersih..
Ni yang dah kering

Okay.. nak keringkan pulak..
Ambil kain buruknyang bersih.. terbaik ialah kain yang kuat menyerap air seperti tuala lama, kain batik lama dan t-shirt cotton.

Masukkan dalam kasut hingga padat..sejam kemudian keluarkan kain tu. Kita akan lihat kain tu dah serap air dari kasut..seterusnya boleh jemur atau letak tingkap atau pintu. Slps 4-5 jam kasut dah kering.

Tak perlulah jemur di terik matahari kecuali kalau nak matikan kuman atau sebagainya. Suka hatilah..

Kasut jadi bersih kerana air2 yang ada saki baki kotoran dah serap ke kain buruk. Memang beza sangat kasut yang dikeringkan cara ini dengan yang dijemur di panas matahari.

Selalunya anak- anak mama tak kapur pun. Jimat dan lagi bagus sebab bentuk kasut pun terjaga.

Di sini mama dah sertakan gambar.

Selamat mencuba..

(Idea ni timbul kerana Dalily pernah menangis risaukan kasutnya basah.. sedangkan esok dah nak sekolah. Sejak itu cara ni dah jadi wajib pulak)

Selamat mencuba.

Untuk tempahan FRESH LAUNDRY CONCENTRATE.. hubungi Ieja 019 2247004.



Cepat Sihat: b complex mengurangkan stress

Cepat Sihat: b complex mengurangkan stress: Bulan Julai dah nak tamat. Offer Shaklee bulan ni pun menarik.. B Complex -beli 3 percuma lg 1 Vivix - beli 6 percuma 1 Vita lea kan...

b complex mengurangkan stress

Bulan Julai dah nak tamat.
Offer Shaklee bulan ni pun menarik..


B Complex -beli 3 percuma lg 1
Vivix - beli 6 percuma 1
Vita lea kanak-kanak - beli 3 percuma 1

B Complex membuat mama terkenang kisah lama..
B complex ni banyak faedah dia.. antara yang mama nak bincang ialah anti stress dan kemurungan.

2012.. tahun stress yang amat stress bagi mama.
Pada usia 42 tahun.. dgn anak2 pelbagai usia.. yang kecil usia blm setahun pulak selalu demam dan selsema.

Masa tu byk pulak tugasan di tempat kerja.. sehingga mulut ni asyik kata 'tak larat'.. nak berhenti...

Sehinggalah diluahkan kepada  adik.. dia sarankan makan Shaklee.

Mula2 mama buat tak kisah..bagitau dia..dah amal susu kambing dll..

Akhirnya mengalah..ambil B complex dan beberapa lagi suplemen Shaklee..kerja dikejar seperti biasa.
Tak jadi berhenti..

Sejak itu.. situasi menekan seteruk mana pun, mama masih boleh bertenang.. boleh fikir positif.. boleh atur semuanya sebaik mungkin. Memang hebat penangan Shaklee..

Barulah mama tahu...
Sebelum tu.. kalau kata vitamin dan makanan tambahan, haram nak mama kisahkan.. Orang lain belilah apa pun.. mama tak kisah..

Haha.. tak percaya langsung suplemen boleh buat kita segar, ceria bahkan nampak muda atau bertenaga..

Akhirnya... B Complex tak pernah terpisah dalam menu harian mama. Hidup diteruskan.. apa pun keputusan dibuat ia dibuat dengan tenang.. redha dan rasional. Tak stress. Contohnya mama rancang untuk cuti setahun membimbing Adam yang kurang lancar bertutur.. keputusan dibuat tanpa stress bahkan redha dan gembira dengan keputusan yang dibuat. Tahun depan sambung kerja semula Insyaallah.

B Complex - jangan perkecilkan peranannya.

Sekian.
Terima kasih.

Untuk dapatkan B Complex Shaklee boleh hubungi mama.. Rosliza @ Ieja 019 2247004.

Penghantaran dibuat ke seluruh negara.

Tuesday 28 July 2015

Cepat Sihat: Carotomax shaklee utk penglihatan

Cepat Sihat: Carotomax shaklee utk penglihatan: Vitamin A adalah  vitamin larut lemak.  Diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.  Perlu untuk pengli...

Cepat Sihat: Dry Eyes (Mata kering) dan Carotomax

Cepat Sihat: Dry Eyes (Mata kering) dan Carotomax: Mata bergantung kepada aliran air mata untuk memberi kelembapan dan pelinciran berterusan untuk mengekalkan penglihatan dan keselesaan. Air ...

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda: Sejak Ramadhan bermula.. mama memang dah stand by nutriferon..syukur stok nutriferon dah kembali sebelum Ramadhan menjelang. Kerap kal...

Cepat Sihat: formula sihat Adam

Cepat Sihat: formula sihat Adam: .. Dalam membesarkan anak- anak 5 orang ni... mama dah cuba macam2 formula.. Daripada cara nak elak ruam lampin, cara nak hentikan anak...

Cepat Sihat: Atur pembuangan najis dengan herb lax

Cepat Sihat: Atur pembuangan najis dengan herb lax: Kita memilih untuk tinggal dalam ruang yang bersih tetapi adakah dalam badan kita sendiri cukup bersih? Soalannya...mana yang anda pilih? Us...

Cepat Sihat: cuci kolon

Cepat Sihat: cuci kolon: MAHU APA? * Mengatasi masalah sembelit? * Membantu mengempiskan perut? * Membantu mencuci usus? * Meningkatkan proses pencernaan? CUBA...

Cepat Sihat: cuci kolon

Cepat Sihat: cuci kolon: MAHU APA? * Mengatasi masalah sembelit? * Membantu mengempiskan perut? * Membantu mencuci usus? * Meningkatkan proses pencernaan? CUBA...

Cepat Sihat: singkir lemak, toksin dan najis

Cepat Sihat: singkir lemak, toksin dan najis: Pembersihan Kolon Anda perlu membersihkan kolon kerana ... Tiada siapa yang mahu menyimpan satu pembetung najis yang kotor di  dala...

Monday 27 July 2015

Cepat Sihat: cuci kolon

Cepat Sihat: cuci kolon: MAHU APA? * Mengatasi masalah sembelit? * Membantu mengempiskan perut? * Membantu mencuci usus? * Meningkatkan proses pencernaan? CUBA...

Cepat Sihat: Atur pembuangan najis dengan herb lax

Cepat Sihat: Atur pembuangan najis dengan herb lax: Kita memilih untuk tinggal dalam ruang yang bersih tetapi adakah dalam badan kita sendiri cukup bersih? Soalannya...mana yang anda pilih? Us...

Sunday 26 July 2015

Cepat Sihat: Kenapa cuci usus?

Cepat Sihat: Kenapa cuci usus?: MAHU APA? * Mengatasi masalah sembelit? * Membantu mengempiskan perut? * Membantu mencuci usus? * Meningkatkan proses pencernaan? CUBA HERB ...

Cepat Sihat: singkir lemak, toksin dan najis

Cepat Sihat: singkir lemak, toksin dan najis: Pembersihan Kolon Anda perlu membersihkan kolon kerana ... Tiada siapa yang mahu menyimpan satu pembetung najis yang kotor di  dala...

Sunday 12 July 2015

Bubur lambuk

Ulaman segera dari kebun kecil kami.
10 jenis daun dan ulaman.
Daun kunyit
Pucuk labu
Pucuk putat
Daun tenggek burung
Pucuk gajus
Pucuk meranti
Daun kesum
Daun cekur
Daun ketumbar
Pucuk bebuas.

Ini gabungan ulaman dan pucuk-pucuk dari taman kecil saya dan mentua.

Serai diketuk
Santan
Ikan panggang
Lada hitam tumbuk
Bawang merah
Halia sikit
Garam

Masak sampai daun2 lembut dan sedap dimakan.

Dah jadi seperiuk besar. Asalnya hanya secawan beras dijadikan bubur nasi.

Sedia untuk dimakan.

Resepi asal dari bonda saya termasuk daun pucuk paku merah. Tapi susah pulak saya nak dapatkan di sini.
Masa di kampung dulu banyak tumbuh di kebun2 getah.

Asalkan hajat nk makan bubur lambuk resepi bonda tercapai, ulaman ini pun dah memadai

**Ilham ubahsuai
Ieja..

Saturday 11 July 2015

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda: Sejak Ramadhan bermula.. mama memang dah stand by nutriferon..syukur stok nutriferon dah kembali sebelum Ramadhan menjelang. Kerap kal...

Cepat Sihat: Baju raya saya

Cepat Sihat: Baju raya saya: Dengan mesin jahit buruk bonda. Satu ketika banyak ceritanya. Pakaian kami dijahitnya sendiri. Ringkas tapi tetap cantik di mata. Kam...

Friday 10 July 2015

Baju raya saya


Dengan mesin jahit buruk bonda.
Satu ketika banyak ceritanya.
Pakaian kami dijahitnya sendiri.
Ringkas tapi tetap cantik di mata.
Kami anak-anak yang tak mengerti.
Berapa harga atau apa jenama.

Bagi kami, baju baru itu paling hebat.
Bila nak raya sahaja kami dapat.
Kain murah berkat tabungan 20 sen sehari.
Dalam botol bedak lama, dikorek setahun sekali.
Itulah usaha bonda.
Untuk buat semua orang gembira.

Kawan berbaju baru, kami juga ada.
Berhari raya bersama-sama
Sampai hujung kampung kami teroka.

Makin tahun rezeki bertambah baik.
2 pasang baju cantik.
Bonda reka dan bonda jahit.
Dari pagi hingga petang kami pakai bagai model cilik.

Hari raya mahal ertinya.
Dah puasa sebulan beria-ia.
Pakai baju baru megahnya rasa.
Ibarat mimpi menjadi tuan puteri dari istana.
-TAMAT-



Ilham menulis tiba saat mengusahakan baju raya buat anak-anak.

Terkenang masa dulu..

11 julai 2015.
Depan mesin2 jahitku.


Cepat Sihat: Kulit lembut dengan Nutriwhite Overnight Skin Rene...

Cepat Sihat: Kulit lembut dengan Nutriwhite Overnight Skin Rene...: Yang ni 'orang 40an @warga cemas' macam saya... suka sgt.. Lepas apply kat muka.. rasa WOW!! lembutnya kulitku.. (hehe perasan jap!...

Thursday 9 July 2015

ubahsuai langsir

Hari raya tak lengkap kalau urusan bersih dan hias rumah tidak dibuat. Oleh itu, mama pun terasa hangat suasana persiapan raya untuk keluarga. Tahun ni raya pertama di rumah sendiri.

Utk memastikan tiada pembaziran dan pengaliran wang keluar, mama ubahsuai langsir lama. 
Dah mmg tersimpan beberapa tahun atas sebab tertentu.

Dulu langsir ni mama buat berbutang2 utk sliding door tapi lepas sambung rumah dah takde sliding door di luar maka tak diguna langsir tu. 

                    


Semalam mama mengambil masa untuk ubahsuai sikit. Maka jadilah langsir untuk tingkap dapur di depan sinki. Ringkas saja tapi puas hati.. butang diguna untuk pengikatnya. Cara pasang pun mudah.. maklumlah sejak hidup tanpa bibik 6 tahun lalu, perjalanan hidup disetkan jadi ringkas dan mudah urus. Cthnya design langsir cara berkembar dengan langsir siang. Guna cangkuk 1.. bukan yg kembar 4 tu.

Alasannya, menjahit 1 kali rumit tapi menggantung dan menurun langsir kita akan buat byk kali. Jadi jimatkan tenaga masa pada proses yg 'kerap' itu



Daripada tiada baiklah ada. Kos mama hanyalah masa, tenaga, benang dan elektrik.

Sekian, nanti cerita lain pulak.
Hihihi..

Assalamualaikum.

-Ieja..-


Tuesday 7 July 2015

Cepat Sihat: penawar sakit sendi yang berkesan

Cepat Sihat: penawar sakit sendi yang berkesan: Assalamualaikum Anda sakit sendi? Atau kasihan melihat orang tua anda sakit sendi. Atau prihatin dengan masalah kawan yang sakit sendi? ...

Monday 6 July 2015

Cepat Sihat: Carotomax shaklee utk penglihatan

Cepat Sihat: Carotomax shaklee utk penglihatan: Vitamin A adalah  vitamin larut lemak.  Diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.  Perlu untuk pengli...

Cepat Sihat: Kaitan carotomax dengan penglihatan

Cepat Sihat: Kaitan carotomax dengan penglihatan: Dry Eyes (Mata kering) Mata bergantung kepada aliran air mata untuk memberi kelembapan dan pelinciran berterusan untuk mengekalkan penglihat...

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda: Sejak Ramadhan bermula.. mama memang dah stand by nutriferon..syukur stok nutriferon dah kembali sebelum Ramadhan menjelang. Kerap kal...

Sunday 5 July 2015

Cepat Sihat: Kasih Yang Segar

Cepat Sihat: Kasih Yang Segar: Bila dua tangan itu menggenggam satu sama lain. Bagai ada magnet kuat antara keduanya, walaupun tangan mereka sudah kecut dimamah usia. ...

Kasih Yang Segar

A True Love Story....
Aki Hussin 94 tahun
Opah Norimah 83 tahun.
Julai 2015

Bila dua tangan itu menggenggam satu sama lain.
Bagai ada magnet kuat antara keduanya, walaupun tangan mereka sudah kecut dimamah usia.

Bila dua pasang mata saling berpandangan, seperti ada cahaya yang memancar. Menerangi jiwa-jiwa yang melihatnya.

Bila dua jiwa yang saling mengenali itu berbicara.. tidak perlu banyak ayatnya. tidak perlu banyak kata-kata.

Bila dua tubuh tua berdepan antara satu sama lain, satu di katil hospital, satu lagi di kerusi rodanya.
Bagai ada gelombang tenaga di sekitarnya, mencipta kekuatan anak cucu keturunannya.

Bila mereka berkata dalam suara yang lemah, ada air mata jernih mengalir.
Antara sedih dan gembira.
Antara sabar dan risau.

Kasih mereka mungkin tak diucap. Sayang mereka mungkin tak dilafaz.

Tapi mata kami jadi saksi dan dalam ingatan kami ia abadi.

**Catatan pengalaman di hospital Tg Ampuan Afzan Kuantan pada 4 Julai 2015.
Khas buat Aki Hussin dan Opah Norimah.

**Kadang2 kita menangis menonton kisah begini di TV tapi melihatnya di alam kenyataan lebih menyentuh hati.

Ieja
5 julai 2015


Friday 3 July 2015

Cepat Sihat: Cucur daun kunyit

Cepat Sihat: Cucur daun kunyit: Cucur daun kunyit. ******************* Bahan ****** Tepung gandum Air Udang kering Bawang merah/besar Daun kunyit Garam Soda bika...

Cucur daun kunyit

Cucur daun kunyit.
*******************

Bahan
******
Tepung gandum
Air
Udang kering
Bawang merah/besar
Daun kunyit
Garam
Soda bikarbonat (jika suka, untuk melembutkan cucur)

Cara menyediakan
******************
1. Masukkan tepung dalam bekas adunan
2. Kisarkan bawang dan udang kering (jangan terlalu halus)
3. Masukkan dalam adunan.
4. Potong halus daun kunyit
5. Masukkan dalam adunan
6. Masukkan garam dan soda bikarbonat. (Anggarkan secukupnya)
7. Masukkan air dan kacau sebati.
8.Goreng dan hidang panas.

Utk sosnya.. rujuk resepi sos yang telah mana catat sebelum ni..

**Nota : udang kering boleh juga ditukar guna udang basah..

Selamat mencuba.
Terima kasih

*****Gambar akan up load kemudian.


Ieja
019 2247004

Cepat Sihat: PILIH KOLAGEN ANDA

Cepat Sihat: PILIH KOLAGEN ANDA: Kata sahabat saya ni...Pilih supplement ni macam pilih calon suami, kena kaji dulu latar belakang, baru leh kawin…..macam tu jugak bil...

Cepat Sihat: B complex paling lengkap

Cepat Sihat: B complex paling lengkap: Kombinasi Kesemua Vitamin B Hebat Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang Baik Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan ...

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda: Sejak Ramadhan bermula.. mama memang dah stand by nutriferon..syukur stok nutriferon dah kembali sebelum Ramadhan menjelang. Kerap kal...

Thursday 2 July 2015

Cepat Sihat: Cuci kesan dakwat pen, crayon, water color dan mag...

Cepat Sihat: Cuci kesan dakwat pen, crayon, water color dan mag...: Basic H oh Basic H, mama memang sukaaaa Basic H. Sangat banyak kegunaannya. Dalam segala hal mencuci. daripada tubuh badan sampai kepada  ke...

Cepat Sihat: Cuci kesan dakwat pen, crayon, water color dan mag...

Cepat Sihat: Cuci kesan dakwat pen, crayon, water color dan mag...: Basic H oh Basic H, mama memang sukaaaa Basic H. Sangat banyak kegunaannya. Dalam segala hal mencuci. daripada tubuh badan sampai kepada  ke...

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda

Cepat Sihat: bila demam dan batuk melanda: Sejak Ramadhan bermula.. mama memang dah stand by nutriferon..syukur stok nutriferon dah kembali sebelum Ramadhan menjelang. Kerap kal...

petua melegakan demam dan batuk


Sejak Ramadhan bermula.. mama memang dah stand by nutriferon..syukur stok nutriferon dah kembali sebelum Ramadhan menjelang.

Kerap kali masalahnya ialah anak2 bahkan mama sendiri akan rasa sakit tekak dan kadang-kadang batuk yang sangat tidak menyelesakan.

Dah 15 hari puasa.. kisahnya...

Kes 1.
Adik ipar demam diikuti suaminya.
Melihat kerisauan si isteri, mama berikan nutriferon dan Performance Drink..

Keesokan harinya dia datang ke rumah bertanya apakah benda yang mama berikan semalam. Nampaknya berkesan baik. Demam suaminya kurang.

Setelah diterangkan fungsi nutriferon menggerakkan operasi sistem pertahanan tubuh, Performance pulak mengelak dehidrasi dan menggantikan garam mineral yang diperlukan tubuh,  adik beli nutriferon.. dan performance drink.. dah pulih dan bekerja.

Kes 2.
Mama kerap dengar abang ipar batuk dari rumah sebelah..
Esoknya masa sahur mesej biras.. bertanya khabar siapa yg batuk2 sepanjang mlm.. (kebetulan mama jenis mudah terjaga mlm)

Esoknya berikan dia nutriferon masa berbuka.. akhirnya dia dah batuk berkahak dan lega.

Kes 3
Lily pulak demam semalam.  Bagi nutrifeton dan performamce drink. Mama tak izinkan puasa hari ini tapi boleh ke sekolah pagi. Sekolah petang kena ponteng sbb cuaca panas takut melarat pulak.

Lily pun dah start berkahak.. dalam fikiran mama "Okay la kuman dah dikalahkan dan nak dibuang melalui kahaknya"

Dlm kes demam mama mmg berikan pada anak.. dan sampai sekarang almost 3 tahun rasanya nutriferon byk membantu mengelakkan kahak dan lendir daripada bersarang lama2 dalam badan.

Kes 4.
Ini kes lama.
Suami out station.. sibuk nak kejar masa menyiapkan tugasan di kilang /ladang yg dilawatinya, dia tertinggal mkn tengahari. Sempat makan pun dlm perjalanan, dah lewat dan perut.pun dah masuk angin dan sakit kepala.

Malam tu dia tiba ke rumah dlm keadaan demam. Mengerang sakit sangat.. panas badannya.

Mama dah risau sebab esoknya jadual kami balik ke kuantan umtuk pernikahan sepupu. Tawakkal je..

Masak bubur. Sementara bubur sedia.. bg suami performance drink+nutriferon. Dia pun rehat dan berselimut.
Bila bubur dah masak, kejutkan dia makan. Hampir pagi sekitar 3 am.. kejutkan dan bagi performance lagi.

Bangun pagi dia dah batuk berkahak sikit.. katanya dia dah sihat dan kami boleh bertolak ke kuantan. Syukur kerana ikhtiar mama berhasil.

Kesimpulan.

Dari kisah demam dan batuk di atas, itulah alasan kenapa mama sentiasa berbekalkan nutriferon kalau berjalan jauh ke mana-mana.

Sekarang pun, sejak dah 2 minggu puasa, semua org akan ambil paling kurang pun 1/2 stik nutriferon semasa sahur. Sebagai ikhtiar merintang sakit dan batuk. Mudah-mudahan dapat berpuasa dengan sihat. Insyaallah.

2. NUTRIFERON



NutriFeron® merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Bila diambil setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem
imun. *
• Formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap
tertinggi bagi perlindungan imun harian kita.
• Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh penemu interferon - Dr. Yasuhiko Kojima selepas lebih daripada
40 tahun penyelidikan
• Mengandungi MACH*, satu campuran interferon yang
merangsang ekstrak tumbuhan (500mg) yang telah dipatenkan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower,
benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular. *
• Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia
• Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Untuk berkongsi maklumat lanjut atau mendapat bekalan produk ini, bolehlah hubungi mama di talian 019 224 7004.
W.app dan telegram pun boleh..

Wednesday 1 July 2015

Cepat Sihat: Tukar penutup Basic H

Cepat Sihat: Tukar penutup Basic H: Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian. Hari ini mama nak share idea yang ringkas tentang penggunaan produk Get Clean Shakle...

Tukar penutup Basic H

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian.

Hari ini mama nak share idea yang ringkas tentang penggunaan produk Get Clean Shaklee.

Perhatikan penutup Basic H yang terkini...
Kadang2 waktu sibuk dengan kerja rumah kita boleh terlupa menutup Basic H atau penutupnya mungkin tercicir atau tersilap letak.

Rujuk gambar di bawah

Penutup jenis pulas
Perhatikan pula penutup lama Basic H.

Penutup jenis tekan dan tarik

Ini pula gambar penutup bagi botol Dish Wash Shaklee
Penutup tarik untuk guna

Jadi, untuk memudahkan menggunakan Basic H, kita boleh tukarkan penutupnya dengan  penutup botol kosong Basic H lama atau penutup botol Dish Wash yang sudah kosong.
Contohnya dalam gambar di bawah.
Penutup botol sudah ditukar
Dengan langkah tadi.. kita mudah menggunakan Basic H tanpa kehilangan atau silap meletak penutupnya.

Mudahkan?
Selamat menukar....

Ieja
SID
019 2247004

Cepat Sihat: mudahnya bercucuk tanam

Cepat Sihat: mudahnya bercucuk tanam: Assalamualaikum sahabat2. Bila ada masa lapang.. mama suka berkebun tapi nak tunggu lapang sangat memang tak sempat. Maka mama suka ...

tanaman dapur

Assalamualaikum sahabat2.

Bila ada masa lapang.. mama suka berkebun tapi nak tunggu lapang sangat memang tak sempat.

Maka mama suka la tanam pokok cara 'campak2' je.. Istilah ni digunapakai dengan kawan2..

Maksudnya ada benih.. campak ke tanah.. tempatnya ialah depan pintu dapur.. Di situ ada mcm2 pokok. Ada labu, kunyit, anak mangga epal, kdg2 anak cili, terbaru ialah ubi keledek.

Pokok2 ni kira tumbuh sendiri. Mama tahu siram je. Bila dah tumbuh barulah dipindah ke lokasi2 dan bekas2 tertentu.

Kadang berbaloi juga hasilnya untuk makanan keluarga..

Di sini mama kongsikan sedikit gambar tanaman campak2 mama. Mungkin ada yang teruja nak mencampak juga. Hihi..
Keledek