Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label set penyusuan. Show all posts
Showing posts with label set penyusuan. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

Kisah kegagalan dalam penyusuan ibu


Sebuah kisah benar tentang susu ibu.

Adam masa kecil memang bulat sebab dia menyusu badan. Saya takung susu setiap kali susukan Adam dalam pantang. Di tempat kerja saya pam susu jika bengkak susu. Masa tu memang beza dengan Sarah sepupu dia yang muda sikit dari dia...(Gambar atas)

Bulan Februari 2012.. Adam demam.. Masa tu Adam dah mula campur susu formula bila di rumah pengasuh. Saya dah tak dapat bekalkan susu ibu kerana semua stok susu saya dah habis. Semasa demam Adam hanya mahu susu ibu... tapi dia tak puas2, mungkin susu kurang sebab dia biasa dah campur susu. Saya gelisah memikirkan Adam. Search di internet tentang set penyusuan yang ibu Sarah ceritakan (Ibu Sarah -Ana Zaf far amalkan set penyusuan Shaklee seperti dicadangkan oleh kaunselor penyusuan).

Dalam susah hati begitu saya mengadu pada ibu baby Sarah, dia sanggup poskan set penyusuan itu... Saya dah tak sabar tunggu... saya call pengedar Shaklee dari Bukit Jelutong (Alin )... kalau boleh nak paksa dia hantar set BF tu malam itu juga. Akhirnya saya mengalah utk dapatkan pada keesokan harinya kerana ada produk yang tak cukup utk dihantar malam itu.

Lega bila dapat BF set itu... Saya berusaha menghasilkan banyak susu untuk Adam seperti kakak Damianya dulu...Cuma belum begitu berjaya.. mungkin belum mahir dan berdisiplin.

Rezeki ditentukan Allah swt jua...14 Februari saya pula demam teruk. Macam biasa saya bertahan demi anak2.. Saya rasa saya kuat dan saya mesti pastikan semuanya lancar untuk semua orang...
Akhirnya saya rebah juga... Di Sime Darby Subang Jaya saya pengsan dan dimasukkan ke ICU kerana demam denggi berdarah. Bermulalah pengalaman hidup dalam Wad (Bilik Kaca).. Siang dan malam semuanya sama...

Saya mimpikan anak2... saya bermimpi balik jumpa mereka. Saya mimpi bergembira berlari pulang ke rumah... Sambil tu saya mimpi juga tentang supplier2 yang selalu jumpa saya utk tempah barang (kacau je laaa....kerja pun tak dilupakan???)

Demam denggi menyebabkan saya kekurangan air dan dimasukkan berrbelas botol air. Tiap hari merayu nak balik rumah... Saya terkenangkan Adam, Hari ketiga saya masih rasa susu saya bengkak tapi doktor tidak berani lepaskan saya, tak juga galakkan Adam dibawa ke hospital...

Adam dirumah dijaga oleh ibu saya yang datang dari kampung (Rescue 911). Adam terpaksa minum susu formula... 3 hari sebelum saya pengsan pun saya dah tak mampu susukan Adam, tak berdaya.... Kakak2 Adam la yg asuh Adam selain dari dihantar ke pengasuh. Adam dilayan dengan susu formula sahaja kerana saya tak sempat stokkan susu ibu.

Pada masa saya pulang ke rumah, Adam dah tak mahu minum susu saya kerana susu dah kurang, dan Adam dah selesa dgn susu formula. Saya sangat harapkan Adam untuk meransang semula penghasilan susu...tetapi bukan rezeki Adam.. Akhirnya Adam berhenti BF.

Sarah pulak.. hingga sekarang masih BF... dan tengoklah gambar Sarah sekarang, bulat dan tembam. Adam pula dah kurus dan selalu sakit...

Bagaimanapun saya bersyukur dengan apa yang ada... Adam saya tetap rawat sebaik mungkin dan saya sedar berbeza dengan kakak Damianya yang tahan dan gagah melawan sakit. (mungkin susu ibu itu membantu mia)

Kisah yang saya hidangkan ini adalah kisah kegagalan dan juga kisah kejayaan.  Saya kongsikan dengan anda semua agar anda boleh membuat langkah awal dan tidak berserah kepada nasib semata-mata. Biarlah kegagalan saya tidak berulang pada ibu2 lain.... Jadikan kecekalan dan kejayaan baby Sarah sebagai pendorong.

Yakinlah, berusaha dan berdoa...

Catatan oleh Ieja di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang. (8.45 malam, 9/12/2012)

Akan datang... kisah saya dan Shaklee selepas kena denggi... Tungguuu...

Ieja
sms/whatapps :019-2247004
fb :http://www.facebook.com/roslizasubang
page : http://www.facebook.com/SihatItuCantik

Wednesday, 5 December 2012

PANDUAN HARGA SET PENYUSUAN

Sebenarnya set penyusuan Shaklee tidak mahal jika dikira dan dicongak betul2. jadual di bawah adalah set lengkap dgn 6 produk yang kami syorkan. Jika ibu-ibu benar2 merancang utk kekal menggunakan set ini, dan nak rancang belanja bulanan, ambil secara bulanan iaitu RM220 sahaja. jangan pening fikir nak ambil 2 produk sahaja, 3 sahaja kerana masalah kos. Buat keputusan ambil set lengkap, ambil set sebulan2. Pasti tak terasa kosnya..

Bagi yang mampu keluarkan kos besar, beli terus pek lengkap dan ia akan bertahan lebih dari 2 bulan. ada yang tahan 3 bulan, 6 bulan pun ada. Bulan ni keluar banyak, bulan depan sedikit belanja sahaja... Pilih mana alternatif yang anda suka..

Semak jadual ini betul2 dan fahamkan. Anda akan jumpa penyelesaian...



baca juga http://cepatsihat.blogspot.com/2012/12/panduan-set-penyusuan-shaklee.html

*** Harga di atas adalah bagi semenanjung Malaysia. Yang di Sabah Sarawak boleh hubungi saya utk rundingcara.

DAPATKAN PEK TRIAL SEGERA...
HARGA MASIH BOLEH DIRUNDINGKAN. HARGA POS RM10.00

IEJA sms atau whatsapp : 0192247004, 
Shaklee ID 889811

Panduan set penyusuan Shaklee

Adakah anda..
»ibu yg bermasalah kurang penghasilan susu?
»ibu yg berhasrat membuat stok simpanan susu?
»ibu yg tidak makan secara teratur dan tidak mengambil makanan seimbang?

»ibu bekerja yg menghadapi byk tekanan di tempat kerja?
»ibu yg sering merasa letih, lesu n penat?
»ibu yg mempunyai bayi yg perkembangan dan berat bayi kurang memberansangkan?

Jika anda dlm salah satu drpd kategori di atas, cuba gunakan  set penyusuan Shaklee. 


Set Penyusuan Lengkap : ESP, Alfalfa, Ostematrix, Vita C, Vitalea dan B Complex
 Antara berikut, terdapat 3 pilihan

1. Set 1 terdiri - Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa
  • Set ini sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah tentang penyusuan, cuma mahu  menambah nutrisi dalam susu ibu supaya bayi dapat lebih khasiat

  • Vitalea memberi tenaga kepada ibu supaya kekal cergas, B Complex mengurangkan tekanan yang dialami, Vita C melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, melindungi daripada jangkitan dan selsema, serta meningkatkan imuniti dan menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress

  • Alfalfa membantu ibu2 lepas bersalin untuk mengecutkan rahim, mengelakkan sembelit dan mengatasi masalah keputihan. Juga bertindak sebagai milk booster

2. Set 2 terdiri - Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix
  • Set ini sesuai untuk ibu2 yang mengalami masalah kekurangan susu semasa haid (PMS) dan sering merasa letih, lesu dan penat.

  • Vitalea memberi tenaga kepada ibu supaya kekal cergas, B Complex mengurangkan tekanan yang dialami, Vita C melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, melindungi daripada jangkitan dan selsema, serta meningkatkan imuniti dan menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress

  • Ostematrix (kalsium) membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Sangat bagus utk ibu2 yang tidak suka minum susu kerana sebiji ostematrix sama khasiatnya dengan meminum segelas susu segar

3. Set 3 - set penyusuan lengkap iaitu  Vitalea, B Complex, Vita C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP(set yang sangat disyorkan kpd ibu2)

  • Set untuk ibu2 yang mengalami masalah kurang penghasilan susu, berhasrat membuat stok simpanan susu, perkembangan dan berat bayi kurang memberansangkan
  • Vitalea memberi tenaga kepada ibu supaya kekal cergas, B Complex mengurangkan tekanan yang dialami, Vita C melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, melindungi daripada jangkitan dan selsema, serta meningkatkan imuniti dan menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
  • Alfalfa membantu ibu2 lepas bersalin untuk mengecutkan rahim, mengelakkan sembelit dan mengatasi masalah keputihan. Juga bertindak sebagai milk booster
  • Ostematrix (kalsium) membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Sangat bagus utk ibu2 yang tidak suka minum susu kerana sebiji ostematrix sama khasiatnya dengan meminum segelas susu segar
  • ESP pula merupakan sumber protein yang sgt baik untuk memberi tenaga kepada ibu dan membantu bayi menambah berat badan. 1 hidangan ESP bersamaan dgn 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan mudah diserap oleh badan. ESP juga bertindak merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Selain pengambilan set penyusuan di atas, ibu2 juga harus mematuhi 3 syarat penting utk mendapatkan susu yg byk iaitu :
1. Kerap kosongkan payudara dgn cara menyusukan bayi atau mengepam setiap 3 jam
2. Minum 3liter air kosong sehari
3. Berdoa pd Allah, mohon dipermudah dan dimurahkan rezeki untuk bayi yang disusukan. 

Dgn 3 syarat di atas dibantu dgn vitamin Shaklee, in shaa Allah anda akan dapat hasil yg sgt di luar jangkaan... Selamat mencuba.


Di sini saya juga nak berkongsi testimoni Najihah Abdul Mutalib yang berjaya mengumpun susu sebanyak ni semasa dlm pantang. Apa rahsia beliau? 

"Alhamdulillah..rezeki masing2 Allah dh tentukan..tp jgn lupa terus berusaha dan berdoa..klu kita berniat nk fully bf baby kita, mmg kena prepare dr awal fizikal n mental..bila dh dpt baby teruskan semangat tu..sy ambik supplement shaklee sejak sblm pregnant n teruskan dgn set mengandung,berpantang n bf..niat sy utk kesihatan diri sendiri n baby sbb baby akan turut merasa apa yg kita mkn..bila diri dh sihat n bertenaga, proses bf pun akan bjln lancar dgn izinNya..yg penting teruskan mengepam wpun baby menyusu direct spy cik B sentiasa kosong utk ransang production susu..jgn lak ambik set bf shaklee tp malas nk mengepam..byk minum air suam n saya jg suka n selalu minum milo @ nesvita oat dicampur dgn ESP..minuman oat insyaAllah dpt tmbahkan production susu..



Saya makan vita lea, vita c, zinc (abiskan yg set berpantang), ostematrix, b complex sebiji je sehari waktu mlm sblm tidur..mmg sejak mula sy ambik shaklee sblm preg lg, sy mkn malam sblm tidur..so, bila smbung set prgnt, set bpantang n set bf, sy terus mkn ikut waktu yg sama..cuma alfalfa mula2 lps 45 ari pantang sy ambik 1 bj sblm tido n 1 bj pg..skrg sy ambik 2@3 bj sblm tido, 2@3 biji pg..sy juga minum ESP + milo @ nesvita oat..jgn lupa minum air suam byk n kerap kosongkan cik B..ingat, kena sentiasa kosongkan cik B sama ada dgn bg baby direct feed @ pam..kdg2 klu baby nyusu n masih rasa keras / bengkak, akak pam lg bagi betul2 lembut..dgn cara tu dpt galakkan production susu baru..ini dr pembacaan akak la ttg ilmu penyusuan SI ni..

Kalau mkn supplement shaklee pun if malas mengepam @ x kosongkan cik B, lama2 susu akan kurang jgk.. Ni stkt pengalaman akak blh kongsi..akak dh anak 5 ni..tp masih byk lg ilmu ttg penyusuan SI yg x tahu"
  

Terima kasih kpd Najihah Abdul Mutalib di atas perkongsian beliau.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang set mengandung, set berpantang dan set penyusuan SHAKLEE, sila hubungi
 saya :
SMS /WhatsApp : 0192247004
Facebook :Ieja Subang

Page :
http://www.facebook.com/SihatItuCantik

credit to : Faridah Daik dan Ana Zaf far

Monday, 3 December 2012

hasil daripada set penyusuan shaklee



tahniah utk ibu yg berjaya hasilkan susu sebanyak ni utk baby. suka nya baby.. untuk dapat banyak susu, saya dinasihatkan oleh kaunselor laktasi utk : 

1. minum 3liter sehari. bawak bekal air 1 botol ke tepi katil. everytime bangun utk menyusu dan mengepam, minum air utk ganti semula susu yang dah keluar.

2. makan dan minum secara teratur dan ambil makanan yg berkhasiat. kalau jaga/pantang sangat makan (specially yg dalam pantang) badan kita tak mendapat khasiat yg mencukupi apatah lagi nak salurkan pulak khasiat tu kepada baby. 

3. kerap kosongkan breast. 2-3 jam sekali mesti susukan baby atau pam susu. konsep supply vs demand tu penting. pengeluaran susu paling byk adalah antara jam 1 pg hingga 6 pg. jd ibu2 kena sacrifice mase tido utk yg tersayang (sbb tu penting mkn supplement lengkap, supaya ibu sentiasa bertenaga walaupun byk berjaga)  

4. makan fullset supplement menyusu, jangan pilih2.. mesti ambik vit c, b complex, vitalea, alfalfa, ostematrix dan ESP. insyaAllah setiap satu ada peranan masing2 utk membantu ibu hasilkan susu yg berkualiti dalam kuantiti yang banyak. 

5. Terakhir..tapi paling penting..jangan berhenti berdoa. berdoa masa mengepam, berdoa masa menyusukan, berdoa masa makan supplement..berdoa pada setiap masa semoga Allah murahkan rezeki anak kita, perbanyakkan susu kita. sebab kita hanya berusaha, segalanya Allah yg tentukan..wallahua'lam

- ana zaf far -


hubungi ieja di 019-2247004 shaklee id 889811

set penyusuan Shaklee



gambar dan info ehsan Ana Zaf-far, tqvm. 






Set Penyusuan Shaklee. Siapa yg memerlukan set ini?

»ibu yg bermasalah kurang penghasilan susu
»ibu yg berhasrat membuat stok simpanan susu
»ibu yg tidak makan secara teratur dan tidak mengambil makanan seimbang
»ibu bekerja yg menghadapi byk tekanan di tempat kerja
»ibu yg sering merasa letih, lesu n penat
»ibu yg mempunyai bayi yg perkembangan dan berat bayi kurang memberansangkan

Selain itu, 3 syarat penting utk mendapatkan susu yg byk adalah :
1. Kerap kosongkan payudara dgn cara menyusukan bayi atau mengepam setiap 3jam
2. Minum 3liter air sehari
3. Berdoa pd Allah, mohon dipermudah dan dimurahkan rezeki.


sms 0192247004 atau pm saya.
 

Thursday, 15 November 2012

tanda2 bayi tak cukup susu


Tanda2 bayi anda tidak cukup susu:

Set Penyusuan Shaklee

1. Pertambahan berat badan yang kurang memuaskan
Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. Manakala bagi bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi an
da tidak mendapat susu yang mencukupi.

2. Bayi kerap menangis
Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda lapar. Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir yang biasanya mengandungi segala khasiat penting. Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang. Apabila bayi anda puas menyusu, dia akan lebih tenteram.

3. Terlalu kerap menyusu
Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan. Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya.

4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit
Faktor ini juga perlu dititik beratkan. Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari. Selain daripada itu, air kencingnya bewarna kuning dan berbau kuat.

5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan
Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang keras dan kering. Terdapat juga najis segelintir bayi yang berwarna kehijauan. 



Credit to salwa



Dapatkan set penyusuan. Jangan tunggu susu kurang baru nak mulakan.. Anda mungkin terlewat...
Hubungi Ieja  0192247004 ID Shaklee 889811