Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

10 langkah menjemput sihat

Aduhai.. sukar juga nak memastikan tubuh selalu sihat terutamanya kita yang banyak tanggungjawab untuk menjaga kebajikan anak-anak. Silap gayanya, kesihatan sendiri terabai.
Mari senaraikan 10 langkah bijak untuk kita cuba halang diri daripada ditimpa sakit.
Tak salah berusaha.. yang nak izinkan kita sihat atau tidak.. kita serahkan pada Allah swt.

Sebenarnya untuk sihat, kita perlu ambil masa dan melakukan proses yang berterusan. Kalau nakal, tak mahu tekun dengan tanggungjawab menjaga kesihatan, jangan nanti mengeluh bila sakit dan sakit tiap bulan.

Langkah-langkahnya.
1 ▶ jaga sistem pencernaan - perhatikan dan kenalpasti makanan yang sesuai dgn perut kita. Lain org lain penyesuaian sesuatu makanan.
2 ▶ luangkan sedikit masa untuk aktiviti fizikal. Paling mudah ialah buat sendiri kerja- kerja di rumah. Cuci longkang,  mungkin turun naik tangga juga sudah merupakan aktiviti fizikal yg mudah.
3 ▶ seimbangkan gula dalam tubuh. Makan kombinasi makanan yang betul. Belajar dan cari info ttg sumber makanan dan sumbangannya pada gula tubuh.
4 ▶ tingkatkan antioksidan
5 ▶ minum air secukupnya
6 ▶ mulakan langkah-langkah ini lebih awal. Jangan bertangguh.
7 ▶ jangan cepat terpengaruh dgn iklan produk kesihatan yang serba segera. Mungkin ada kesan negatif kemudian hari
8 ▶ lakukan senaman dengan betul. Hmm.. masuk kelas dan belajar dari pakar senaman mungkin langkah yang patut dipuji. Atau dapatkan video kaedah senaman yang betul.
9 ▶ elakkan melayani tekanan. Orang yang terlalu melayan tekanan adalah orang yang sengaja mengundang penyakit.
10 ▶ susun atur usaha dan tindakan yang disenaraikan tadi.

Apa pun.. selamat mencuba. Anda yang rancang, laksanakan dan buat penambahbaikan.

~ dicatat sambil menemani anak2 tidur.

Friday, 11 April 2014

panduan vitamin

Untuk panduan : 

1. Set asas keluarga (Basic 4) 
ESP, Vita lea, Vita C, B complex

2. Basic 5
ESP, Vita lea, Vita C, B Complex, Ostematrix

3. Anti Aging
Vivix

4. Set kencing manis
Alfalfa, Zinc, B complex, GLA Complex, Vita C

5. Asma
Nutriferon, Vita C, Alfalfa, B Complex

6. Resdung (sinus)
Carotomax, Zinc, Vita C

7. Set Gout
Omega Guard, B complex, Alfalfa

8. Set minda pelajar (sek rendah)
Lecithin, Vita C Chewable, Mealshake

9. Set minda pelajar (sek men dan universiti)
Omega Guard, B complex, Vita Lea, Vita C , ESP

10. Set Diet
Herblax, Omega Guard/Lechithin, Alfalfa, Cinch, Cinch tea,

11. Set Darah tinggi /Kolestrol/Jantung
Vita E, Garlic, Lechitin, Omega Guard

12. Set Kecantikan
B Complex, Vita C, Vita E, ESP

13. Set Kesuburan
Zink, GLA Complex, Vita E, Ostematrix

14. Set Hamil
Vitalea, Ostematrix, B Complex, Vita C - Trimester 1
+ ESP, Omega Guard - Trimester 2 & 3

15. Set Berpantang
ESP, Zink, Vitalea, Ostematrix, B Complex, Vita C

16. Set Menyusu
ESP, Alfalfa, Vitalea, Ostematrix, B Complex, Vita C

17. Set Lelaki
Vita E, Zink, Omega Guard

18. Set Wanita
GLA, Ostematrix, Omega Guard

19. Set Kesihatan Sendi
Ostematrix, Joint Health Tablet, Omega Guard

20. Set Tenaga (Mighty 3 Gems)
ESP, Mealshakes, Performance Orange


Thursday, 19 December 2013

jalan kaki utk sihat

Kehebatan aktiviti berjalan kaki.

Beberapa puluh tahun lalu, mama sempat menikmati hidup dengan arwah moyang mama. Kalsom namanya.. Anak sulung dan kedua juga sempat dengan arwah..

Dah sangat tua.. sehingga anak mama nak gelar apa ye.. kami pun tak pasti.. Nenek saya, anak panggil moyang, kalau moyang saya?? Kami ajar anak panggil Moyang Tua.. (ibu kpd moyang).

Maninggal pada usia sebenar 100 tahun lebih, walaupun dalam IC tercatat 90 tahun lebih kerana menurut mak.. moyang dikira tarikh lahirnya pada usia belasan tahun selepas tamat darurat dan peperangan.. Zaman Jepun, zaman komunis semua ada dalam lipatan sejarahnya.

Perkara yang saya nak kongsikan ialah... moyang kuat berjalan. Tiap hari dia berjalan kaki ke rumah anak2, cucu, dan kerap bermalam di rumah anak dan cucunya.. sehinggalah dia uzur dan tak mampu berjalan lagi.

Pernah diraikan dalam majlis warga emas. Bila ditanya wartawan kepada datuk saudara saya yg mengiringinya..."Dia masih boleh mendengar?Moyang yang sendiri pantas menjawab "Boleh..."

Lebih lucu bila wartawan tanya " Apa rahsia nenek lanjut usia? Ada petua pemakanan?" moyang jawab... "Makan nasi aje..."

Mama terfikir kalau la moyang jawab "Makan Shaklee...." mesti habis stok shaklee masa tu.. Hi hi.

Mama yakin rahsianya ialah banyak bergerak dan exercise. Dia suka sapu lamannya setiap hari...Moyang pun suka makan minum yang manis...bila hari raya, kami kejar ke rumah moyang utk minum air bikarbonat. Tinggi gula tuuu...

Tapi bila doktor periksa... moyang hanya kurang jelas penglihatan... yg lain semua tip top... tiada diabetes, tiada darah tinggi, tiada sakit jantung..

Kesimpulannya kawan2... jgn malas berjalan dan bergerak. Berjalan adalah senaman mudah. Jalan kaki ke kedai, ke masjid dan banyak lagi.

Selamat berjalan ye!!!

Mohon sedekah Alfatihah buat arwah. Terima kasih.

omega guard suplemen jantung


IBARATKAN
sayur terlebih masak vs sayur cukup masak

Dalam kedua2 kes kita kata kita makan sayur.
Kes 1, kita makan sayur dgn sebahagian khasiat, sebahagian lagi dimusnahkan oleh suhu
Kes 2, kita makan sayur yg masih kekal semua khasiat. 

Dgn perbandingan yg serupa anda perlu pilih minyak ikan yg anda makan.
Kes 1 : guna kaedah penyulingan tekanan tinggi.
tetapi sesetengah nutrien hilang, sesetengah kandungan logam tidak ditapis.
Kes 2 : guna kaedah ultratulen farmaseutikal teknologi terkini. melakukan proses penyulingan proprioteri 3 molekul utk mengekstrak asid lemak omega 3 yg tulen.
menyingkirkan bahan bahaya yg bertoksik spt plumbum, merkuri dan lain2.

Untuk info, Omega Guard shaklee dihasilkan dgn kaedah ke-2

Jangan fikir terlalu lama, hasil dan khasiatnya hanya anda perolehi bila membuat pilihan mendapatkan Omega Guard. Fikir dan fikir saja tak cukup.

contact 0192247004

Wednesday, 5 June 2013

minum banyak air

AMBIL SHAKLEE... JGN LUPA MINUM BYK AIR.
Air adalah nutrien yang paling penting badan anda, yang terlibat dalam fungsi badan setiap, dan membuat sehingga 70 - 75% daripada jumlah berat badan anda.

Air membantu anda untuk
1.mengekalkan suhu badan
2. metabolisme lemak badan
3. membantu dalam pencernaan
4. melincirkan dan kusyen organ
5.mengangkut nutrien
6. mengeluarkan toxin dari badan anda.


Photo: Air adalah nutrien yang paling penting badan anda, yang terlibat dalam fungsi badan setiap, dan membuat sehingga 70 - 75% daripada jumlah berat badan anda. 

Air membantu anda untuk 
1.mengekalkan suhu badan 
2. metabolisme lemak badan 
3. membantu dalam pencernaan 
4. melincirkan dan kusyen organ  
5.mengangkut nutrien 
6. mengeluarkan toxin dari badan anda.


Semua orang perlu minum sekurang-kurangnya 64 auns setiap hari, dan jika anda bersenam atau mempunyai berat badan berlebihan, anda memerlukan lebih. 

Darah anda adalah kira-kira 90% air dan bertanggungjawab untuk mengangkut nutrien dan tenaga untuk otot dan untuk mengambil sisa daripada tisu.


Jika anda tidak mendapat air yang mencukupi, badan anda akan bertindak balas dengan menarik ia dari tempat-tempat lain, termasuk darah anda. 
Ini menyebabkan penutupan beberapa kapal kecil (kapilari), membuat darah anda tebal, lebih mudah terdedah kepada pembekuan, dan lebih keras untuk dipam melalui sistem anda. Ini boleh membawa implikasi yang serius dalam darah tinggi, kolesterol tinggi, dan penyakit jantung. Kajian terbaru juga telah mengaitkan kekurangan air kepada sakit kepala, artritis, dan pedih ulu hati.

Jadi, lebihkan minum air kosong teruamanya bila anda makan vutamin dan makanan tambahan kerana kita mahu ia dihantar dgn lancar dan tubuh mendapat manfaat yg sewajarnya. 

Tindakan mudah dan murah.

Salam sihat, mental dan fizikal.
Semua orang perlu minum sekurang-kurangnya 64 auns setiap hari, dan jika anda bersenam atau mempunyai berat badan berlebihan, anda memerlukan lebih.

Darah anda adalah kira-kira 90% air dan bertanggungjawab untuk mengangkut nutrien dan tenaga untuk otot dan untuk mengambil sisa daripada tisu.


Jika anda tidak mendapat air yang mencukupi, badan anda akan bertindak balas dengan menarik ia dari tempat-tempat lain, termasuk darah anda.
Ini menyebabkan penutupan beberapa kapal kecil (kapilari), membuat darah anda pekat, lebih mudah terdedah kepada pembekuan, dan lebih keras untuk dipam melalui sistem anda. Ini boleh membawa implikasi yang serius seperti darah tinggi, kolesterol tinggi, dan penyakit jantung. Kajian terbaru juga telah mengaitkan kekurangan air kepada sakit kepala, artritis, dan pedih ulu hati.

Jadi, lebihkan minum air kosong terutamanya bila anda makan vitamin dan makanan tambahan kerana kita mahu ia dihantar dgn lancar dan tubuh mendapat manfaat yg sewajarnya.

Tindakan mudah dan murah.

Salam sihat, mental dan fizikal.

Tuesday, 22 January 2013

Tubuh ibarat bunga





























Sedap dipandang bunga yang segar
Dipupuk dibaja disiram dijaga
Kalau tak tahu kita belajar
Sudah belajar amalkan pula

Kalau tak tahu kita belajar
Sudah belajar amalkan pula
Tubuh badan jangan dibiar
Kelak padah hidup merana

Tubuh badan jangan dibiar
Kelak padah hidup merana
Amalkan Shaklee, segar dan bugar
Boleh kongsi dengan keluarga


Amalkan Shaklee segar dan bugar
Boleh kongsi dengan keluarga
Ibarat tanaman dilingkungi pagar
Shaklee melindung dari bahana


Ibarat tanaman dilingkungi pagar
Shaklee melindung dari bahana
Jagalah kesihatan penuh sabar
Daripada Allah dipohon kurnia



selamat malam semua.. semoga tidur lena...



Mak, lintah gigit saya


"LINTAH"

Cuba rakan2 'search' di internet..."lintah" dan tegok gambar2nya. Aku memang tak attach gambar di sini sbb takut u all lihat gambar tu... dan tak terus membaca sbb kegelian tahap gaban...

Banyak kebaikan lintah..antaranya untuk kecantikan dan kesihatan. Bagi yang berani dan hati cekal boleh la cuba.. cuma cari maklumat betul2 dulu sebelum memulakan tindakan.

Kenapa aku fobia dgn lintah?

Masa kecik2 aku memang membesar di sawah padi.. aku masih boleh bayangkan suasana gotong royong org kampung kami bila musim mencedong( menanam padi) dan musim menuai.. Zaman kanak2ku mmg pelbagai sikit, tapi dgn cara org kampung la...

Ketika umur 11-12 tahun aku ulang alik ke sawah setiap kali balik sekolah untuk menghalau burung yang makan padi.. Begitu sekali kami jaga rezeki kami yang tak seberapa...Buat kerja sekolah di pondok sawah. Berlatih menyanyi terjerit2 juga di sawah...Burung cepat lari dengar suara yang 'sangat merdu' itu...

Berbalik tentang lintah, masa kecik2.. sebelum menanam padi kami bersihkan sawah... (itu kerja org dewasa la...) Apa kerja kami budak2? ha ha kami kerja berlari meniti batas, tangkap pepatung, kejar anak katak...Bila penat, lapar... bekalan mmg dah banyak dibawa. Dulu bawa bekal ke sawah mcm kita gi picnic zaman sekarang...

Nak jadi kisah, satu hari aku dgn angah ( adik) dan mak Usu seronok berendam mengikut Aki (gelaran atuk saya) dan mak andak (masa tu mak andak belum kawin.. sekarang dah bercucu) bersihkan rumput dan sampah dalam sawah yang berair. Dah syok2 main air sawah, aku pun naik ke batas. Masa berendam aku lipat seluar panjang sehingga ke peha (umurku 9-10 tahun lebih kurang) tak la seksi sgt... ha ha.

" Hahhh!!!!!  LINTAHHHHHH" pekikku...

Aku tenampak lintah tu terlekat di peha kiriku.... Awww.... geliiiii...........Aku lari tak cukup tanah...Seluruh sawah padi Aki aku lari... tak tahu nak tuju ke mana, tak tahu nk mintak tolong siapa..Orang lain pun tercengang la... Entah2 gelakkan aku pun tak tau la...

Bila aku berhenti... tengok peha.... "Eh! dah takde" Adoi dah pegi mana pulak lintah ni.... Dulu kami selalu dengar cerita lintah masuk dalam badan dan membiak... Huii... serammmm.

Syukur... lintah tu dah jatuh. Setahu aku, kalau lintah dah mula menghisap darah... dia tak mudah tanggal.. kecuali dah kenyang... (Heee... macam vampire!!!). Hmm mungkin lintah tu terkejut dgn jeritanku.. Agaknya itu la juga asalnya aku ni jadi athlit  jarak jauh di sekolah.. (berlatih tgh sawahhh... ha ha ha)

Tapi mak usu lagi dahsyat!!! Pernah sekali tu.. kerana takutkan lintah yang lekat dijari kakinya... mak usu cuba buang dgn pisau pemotong padi... Mujur Mak Usu tak potong jari dia sendiri..


Gambar hiasan. Sawah dibajak sebelum tanaman padi dimulakan.

Petua tanggalkan lintah yg menggigit
Kata orang tua, ludah lintah tu.. Air liur kita buat dia lemah... dan jatuh sendiri... Berguna air liur kita ye...Apa tak nya, kalau kita potong pun dia payah nak mati... tak percaya try la...

Ternak lintah?
Lintah kdg2 digunakan dalam rawatan kosmetik.
Aku pernah tengok ternakan lintah dia... Dalam tangki... Beranak2 lintah tu.... Tapi aku dah tak kisah sangat sebab aku dah tua dan dah faham...

Bagi yang takut nak rawat diri dengan lintah, jom la kita makan supplement Shaklee. Nak sihat? Nak kulit cantik? Nak ubat sakit sendi? Semuanya Inshaa Allah boleh diusahakan..  Baca la post2 dalam blog mama ni... macam2 ada... ibarat kedai runcit..



Salam sayang,   Illalliqa'....

Dicatat di Rumahku Syurgaku...


Tuesday, 25 December 2012

bahaya obesiti

Manusia patut mengetahui tentang bahaya obesiti
Obesiti antara tanda awal penyakit kronik





Mari kongsi tanda2 obes.
Dari kebanyakan pembacaan saya, boleh disimpulkan 10 tanda.


1. Sakit Lutut 
sering merasakan sakit pada bahagian lutut meskipun semasa tidak berjalan kaki.sekalipun.

2. Sakit punggung
    Perlu diingat sakit punggung juga berpunca dari masalah lain seperti pernah terjatuh dan kemalangan.


3. Depression
Merasa rendah diri, malu saat diukur badan semasa buat pakaian, takut keluar rumah menghadapi pandangan orang atau bimbang bila bertemu rakan lama, menghadiri majlis2.

4. Sukar berjalan
Termengah2 untuk sampai ke destinasi di tuju.

5. Susah melakukan aktiviti
Sukar bergerak, mudah penat, , kesulitan membongkok  atau duduk bangun.

6. Rasa panas  dalam perut
Kerap terasa panas dalam perut.

7. Ruam di lipatan kulit
Ini terjadi akibat berpeluh.

8. Nafas pendek
Nafas jadi lebih pendek dari keadaan tidak obes.

9. Mendengkur
Ini tidak disedari oleh si Obes.... kerana hanya terjadi semasa mereka "tidak sedarkan diri"

10. Berhenti bernafas
Ini yang paling ngeri...Tak usah cerita panjang2..



Bahaya obesiti

1. Diabetes
2. Mati mengejut
3. Kesuburan merosot
4. Masalah jantung
5. Darah tinggi

Langkah mengatasi obesiti
1. Amalan pemakanan yang sihat 
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan

2. Aktiviti senaman yang teratur
Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

Rujukan tambahan : http://hyperobesitiworld.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi membaca. Sama2 berusaha ke arah kehidupan yang lebih sihat dan produktif.

Baca lanjut tentang set kurus Shaklee di http://cepatsihat.blogspot.com/search/label/set%20kurus

Catatan di Rumahku Syurgaku.

Tuesday, 20 November 2012

bunga























Tubuh kita seperti pokok2 ini, akan segar dan sihat jika dibaja. Baja utk tubuh ialah makanan dan supplement kita.



sms Ieja 0192247004 atau pm Ieja Subang,


Kawal kesihatan


Langkah untuk mengawal kesihatan wanita
1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita
Program Pendidikan Kesihatan Wanita adalah sangat penting dan ini sedang giat dilakukan secara berterusan oleh kerajaan melalui media-media elektronik.Pihak swasta melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela, syarikat-syarikat media cetak juga menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan wanita, serta menganjurkan bengkel, seminar, forum dan lain-lain.Pendedahan terhadap maklumat kesihatan dan penyakit yang berkaitan dengan wanita adalah sangat penting dan perlu di ulang siaran atau penyebarannya.
Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalahtinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.
2 Amalan pemakanan
Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.
Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganya tetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.
Wanita juga perlu mengawal pemakanan suami kerana makanan yang tidak seimbang dan tidak terkawal boleh menimbulkan berbagai-bagai jenis penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.Makanan kanak-kanak dan remaja juga perlu dijaga kerana tabiat makanan mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan TV dan media lain.Akhirnyha timbullah masalah seperti “hyperactivity” dikalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makanan sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam dan perisa dan pengawet.“Obesity” di kalangan remaja juga adalah satu gejala iklan pemakanan segera ala barat. Para ibu perlu mengawasi unsur-unsur ini tidak mempengaruhi tabiat makanan anak-anak mereka.
Riadah dan gerak tubuh
Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidret dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.
Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.
Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.
Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.
Menangkis tekanan jiwa atau stress
Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentukpada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal.
Kebanyakan daripada kesan tekanan mental dan emosi timbul akibat daripada kelemahan iman kita yang seterusnya menyebabkan penyakit jiwa, diantaranyasifat-sifat tamak, riak atau bangga diri, sombong dan angkuh, keras hati dan pemarah dan suka melayani kehendak nafsu dan syahwat tanpa batasan.Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.

Perkongsian ilmu dari: http://www.hamidarshat.com/hidup-sihat-maklumat-am-132/115-wanita-a-kesihatan.html

Saturday, 10 November 2012

Renungan dulu dan sekarang.

Saya memang kurang menitik beratkan kesihatan sejak kecil...Mungkin faktor tahap ekonomi keluarga mempengaruhi sikap saya...

Akibatnya...
1. Masalah gigi kerana kurang kalsium... tidak amalkan minum susu.
2. Pernah alami masalah tekanan darah rendah kerana kurang zat besi..(konon makan jimat cermat dan tak pantau makanan seimbang). Jadi saya tumbang kerana tekanan darah terlalu rendah.
3. Mengandung anak sulung hemoglobin rendah... tambah iron dan kerana itu saya kerap sukar buang air...Makan prun, buah la... macam2... tapi sembelit juga.
4. Migraine sejak sekolah.... pantang letih, tak tahan tekanan.. (Duduk asrama terkejar2 ke sana sini...harapan ibu bapa, guru..)
5. Senggugut tiap bulan. Kat asrama mesti balik sehari setiap bulan.. Terbaring dgn hot water bottle...Rasa badan melayang-layang...Melarat sampai dah kerja... dah kahwin..Org kata itu la sebab saya susah hamil... (Dulu-dulu la...)
6. Kecederaan masa bersukan saya biarkan, terseliuh sana sini... lutut yg paling teruk semasa berlanggar di "home base" main sofbol..
7. Rambut tak sihat mungkin kerana makanan tak seimbang... (Padahal simpan rambut panjang sampai lutut...masa sek men) Apa la guna rambut panjang menjurai tapi tak bermaya dan tak berseri)


Apa nasihat pada anak2? 

1. Amalkan ilmu yang dipelajari, kalau dah belajar tentang nutrien amalkan terus.
2. Berfikir sebelum bertindak. Rancang dulu sebelum memulakan sesuatu tetapi bersedia untuk tindakan-tindakan kecemasan dan back up plan mesti ada.
3. Bersyukur dengan rezeki yang diturunkan Allah, jagalah kesihatan untuk mudah beribadat dan berbuat kebajikan. Sekurang2nya kita mampu membeli supplement shaklee...
4. Berdisiplin kalau mahu sihat, minum la banyak air... air adalah laluan pengangkutan penting dalam badan.
5. Jangan membazir untuk perkara yang tidak perlu. Pembaziran bukan sahaja wang tetapi masa dan tenaga juga. Jadi jgn lengahkan perkara baik.
6. Berani buat berani tanggung.. jangan dah susah baru nak minta tolong. dah sakit baru nak merengek.
7. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Makan supplement tu, jgn tunggu sakit baru nak makan...

(Bacalah nasihat2 di atas dengan rentak ibu anda berleter... barulah anda mudah menghayatinya... )

Apa nak nasihat pada kawan2?

Amalkan Shaklee segera dan kongsikan dengan anak-anak, suami dan saudara mara serta kenalan kerana perkongsian yang baik akan mendapat ganjaran daripada Allah. Berleterlah seperti saya demi kebaikan anak2..


hubungi saya 0192247004 atau pm saya


Friday, 9 November 2012

makanan tambahan



Makanan tambahan sudah menjadi keperluan bagi yg sihat dan yg sakit. Adakah Adakah semua makanan tambahan benar-benar selamat? Shaklee adalah syarikat yg menjalankan R&D pada semua produknya dan dijamin selamat serta tiada kesan sampingan jika diambil dengan betul.
Shaklee membelanjakan beratus juta utk kajian dan lebih 50 tahun tempohnya....
Kerana itu saya sendiri tidak ragu-ragu utk makan produk Shklee malah sangat bangga untuk berkongsi manfaatnya dengan keluarga, kawan2 dan saudara mara yang memerlukan...

Wednesday, 7 November 2012

nk sihat, tak nak ubat




Berhabis utk sihat bukan utk berubat.


Bagi kawan2 yg masih muda dan anak kecil2, jgn lengah... jaga keluarga kita. Timbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu. Kita akan jumpa keputusan.


renungan



Makanan tambahan sudah menjadi keperluan bagi yg sihat dan yg sakit. Adakah Adakah semua makanan tambahan benar-benar selamat? Shaklee adalah syarikat yg menjalankan R&D pada semua produknya dan dijamin selamat serta tiada kesan sampingan jika diambil dengan betul.
Shaklee membelanjakan beratus juta utk kajian dan lebih 50 tahun tempohnya....
Kerana itu saya sendiri tidak ragu-ragu utk makan produk Shklee malah sangat bangga untuk berkongsi manfaatnya dengan keluarga, kawan2 dan saudara mara yang memerlukan...

 ingin sy petik visi dr forest c shaklee..." Saya ingin melahirkn sebuah sykt yg akan mengubah kehidupan setiap insan yg ia sentuh..ditulis visi ini pd thn 1915 lalu tertubuh sykt pd thn 1956.

Monday, 5 November 2012

ingat sebelum kena

Membina sesuatu yang baru mungkin susah tetapi membina semula sesuatu yang runtuh itu pasti lebih payah...Jadi, jaga kesihatan n diri dan keluarga sebelum sakit menjengah..

kesihatan

produk penjagaan kebersihan dan kesihatan layari http://www.youtube.com/watch?v=Bofxs5LZBXA
rancangan oprah.

Thursday, 4 October 2012

kata hatiku

Wanita selalunya sabar  menanggung kesakitan dan kesukaran demi anak2 dan keluarga... sehingga kadangkala tidak sedar mereka sedang mengabaikan kesihatan diri. Akhirnya tumbang tak berdaya.Serik bila jadi begini... tiba2 black out dan terus masuk ICU.... Minda saya rasa badan saya kuat menahan sakit... sehingga badan saya tolong padamkan suis di otak, terus tak sedar.

Apabila bangun saya tahu saya mungkin akan terjatuh lagi, tapi tak mesti pastikan tidak  jatuh tanpa persediaan dan manganggung kesakitan teruk. Semoga Allah sentiasa membantu saya...