Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Sunday, 30 December 2012

Saat anakku diserang sawan


7 tahun berlalu...

Malam tu Dalily asyik menangis, cuma suaranya tak kuat sangat. Rasa kepalanya dedar (panas sikit2). Minum susu pun kurang. Panjang rasanya masa berputar nak menunggu pagi..........

Di sebelah pagi pula mama arahkan Siti (bibik) mengemaskan baju anak2. Hari ini kita akan berangkat pulang selepas seminggu di kampung. Dini dan Dayana leka bermain dengan sepupu2 mereka.

"Bang, kita bawa Lily ke klinik harini. Badannya tak panas sangat tapi kita jumpa doktor ambik ubat pun jadilah" kataku pada suami. Suami pun setuju. Sekitar 10.30 pagi kami ke klinik di taman bersebelahan kampung. Pemeriksaan seperti biasa. Suhu badan Lily 38.5 darjah. Boleh tahan juga, mungkin panasnya terpendam di dalam...Doktor masukkan ke punggung Lily ubat Voren 250mg dan catatkan ubat yg perlu kami bawa pulang.

Sambil memangku Lily menunggu giliran membayar dan mendapat ubat.... mama tepuk2 lembut badan Lily...

Tiba2 badan Lily kejang  dan giginya mengetap2... Panik!!!! Mama terus bergegas masuk semula ke bilik doktor. Pada masa yang sama Lily sudah terberak2 dan najisnya menitis2 di lantai bilik rawatan tu... Lampin pakai buangnya dah tak mampu menampung kerana terlalu banyak najis yg keluar dan cair.

Mama terus memanggil-manggil nama Lily yang ketika itu berusia 11 bulan...sementara doktor dan pembantunya terus membuka baju dan membasahkan Lily dgn air paip. Mata Lily terbuntang ke atas.... Badan Lily biru dan keras seperti batang kayu...Mama dukung Lily sambil doktor terus basahkan badannya lagi.

Mama cuba tenangkan diri dan berfikir waras... Mama bisikkan pada dirinya sendiri..."Aku perlu redha jika anakku ini pergi (meninggal) hari ini..Aku perlu redha"

"Abang, azankan telinga anak!!!! Azankan telinga anak!!" suara mama agak tinggi.

Abah Lily pun panik.... tak terkata apa...

"Allahuakbar Allahuakbar! Allahuakbar Allahuakbar...." sehingga habis azan. mama dah tak peduli, mama azankan sendiri tepi telinga Lily. Mama tak mahu tunggu...

Doktor pun tak kisah. Dia terus juga basahkan badan Lily. Usap bahagian mata Lily. Semakin bait bait azan tu mama lontarkan keluar dari peti  suara mama.... badan Lily semakin kurang kejang, mula dari kaki, sudah tidak keras kaku lagi, badan pun mula mengendur dan lembut... Biru badannya dah kurang (seperti darahnya tadi berhenti mengalir seketika dan kini mengalir semula). Mama lega dan tarik nafas panjang.

"Abang, tolong belikan 'diapers', ambil selimut (selimut kecil yg dilipat jadi bantal) di kereta" mama tak fikir apa2 lagi, asyik mengarahkan Abah.

Abah pulak dah bercelaru fikiran agaknya, ikut saja arahan mama...Beli 'diapers' dan bawa selimut utk Lily.

Mata Lily pun dah mula tutup... Dia kelihatan seperti letih dan tidur.

Pesan Doktor, kalau panas lagi... bawa ke hospital terus.

Petang tu kami bawa Lily ke hospital kerana dia tak mahu minum dan badannya masih turun naik panasnya...Berkampung la mama di hospital selama 6 hari 5 malam. Sebabnya pun doktor tak dpt pastikan sangat... Buat ujian darah, periksa telinga. Cuma ada sikit jangkitan di telinga dan mungkin kuman tu dah tiba ke otak dan sebabkan sawan tu. Lily pulak  mcm biasa di hospital, terkedek2 berlatih berjalan. 

Sehingga aturan dan rawatan antibiotiknya selesai barulah kami pulang dan balik ke rumah di Selangor.

Alhamdulillah,umur Lily panjang dan masih bersama kami sekarang. Cuma memang dia lembik sikit...mudah sakit.  Mama ingat pesan doktor, hati2 bila Lily demam... terutama sementara umurnya capai 3 hingga 5 tahun. sawan tu masih boleh berulang. Voren dan paracetamol memang wajib mama simpan dalam peti ais. Lily pun dah 7 tahun, dah jarang sakit....

Lily ambil vit c kanak2 Shaklee, mealshake dan kdg2 vivix terutama bila demam atau selsema.

Begitulah mama... kejap jadi ibu, kejap jadi jururawat, he he... jadi muazzin pun jadilah... dah terdesakkk!!!

~ dicatatkan di Rumahku Syurgaku~

No comments:

Post a Comment