Obesiti antara tanda awal penyakit kronik
Mari kongsi tanda2 obes.
Dari kebanyakan pembacaan saya, boleh disimpulkan 10 tanda.
sering merasakan sakit pada bahagian lutut meskipun semasa tidak berjalan kaki.sekalipun.
2. Sakit punggung
Perlu diingat sakit punggung juga berpunca dari masalah lain seperti pernah terjatuh dan kemalangan.
3. Depression
Merasa rendah diri, malu saat diukur badan semasa buat pakaian, takut keluar rumah menghadapi pandangan orang atau bimbang bila bertemu rakan lama, menghadiri majlis2.
4. Sukar berjalan
Termengah2 untuk sampai ke destinasi di tuju.
5. Susah melakukan aktiviti
Sukar bergerak, mudah penat, , kesulitan membongkok atau duduk bangun.
6. Rasa panas dalam perut
Kerap terasa panas dalam perut.
7. Ruam di lipatan kulit
Ini terjadi akibat berpeluh.
8. Nafas pendek
Nafas jadi lebih pendek dari keadaan tidak obes.
9. Mendengkur
Ini tidak disedari oleh si Obes.... kerana hanya terjadi semasa mereka "tidak sedarkan diri"
10. Berhenti bernafas
Ini yang paling ngeri...Tak usah cerita panjang2..
Bahaya obesiti
1. Diabetes
2. Mati mengejut
3. Kesuburan merosot
4. Masalah jantung
5. Darah tinggi
Langkah mengatasi obesiti
1. Amalan pemakanan yang sihat
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan
2. Aktiviti senaman yang teratur
Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.
Rujukan tambahan : http://hyperobesitiworld.blogspot.com
Terima kasih kerana sudi membaca. Sama2 berusaha ke arah kehidupan yang lebih sihat dan produktif.
Baca lanjut tentang set kurus Shaklee di http://cepatsihat.blogspot.com/search/label/set%20kurus
Catatan di Rumahku Syurgaku.
No comments:
Post a Comment