Wednesday, 27 March 2013

Doa untuk ikhtiar dapat anak lelaki

Kisah bermula dengan anak sulung Nur D... bt...
kedua Nur D... bt ...lagi
ketiga Nur D.. bt ...lagi
ke 4 cadang nak namakan Adam atau Daud...

opps... Nur D... bt ...  lagi..pada usia 38 tahun. 

Akhirnya mama redha. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. 4 cahaya mata perempuan. Mama teringat perbualan dgn Dato' Doktor  Siti Zaleha semasa hamilkan Dini. "You nak anak berapa orang?" tanya doc Siti. "Lima", mama jawab ringkas.

"Kenapa lima... biasanya orang nak bilangan genap.." mungkin komen Doc Siti berdasarkan pengalamannya. "Entah la... memang rasa nak lima orang" jawab mama. Setiap kali hamil... Doc Siti scan kandungan mama... dan empat kali la keputusannya "Baby girl..." Dah penuh baju budak perempuan di rumah mama. Kalau Dini dengan Dayana... asyik sedondon.. Lama2 mama belikan lain2 fesyen supaya bila Dini besar, Dayana tak jemu kutip baju kakaknya... (Idea 'reuse' tetap terlaksana)

Mama pulak suka menjahit... macam2 rekaan dibuat dari kain2 perca dan kain2 penghabisan stok di kedai (murah sikit). Bila hari raya berderet baju perempuan yang siap dijahit.. paling sikit 2 pasang seorang. Meriah.. meriah...

Hmmm... mama memang tak mudah putus asa... Mama pasang niat "Jika ada rezeki lagi, ada la.... Kalau dah umur 40 tahun takde lagi rezeki... redha la.... Tak perlulah risaukan sangat"

Jun 2010... mama hantar bibik balik selepas setahun kontrak... Bibik ni yg kelima tinggal dengan mama termasuk 2 orang yang sempat 3 minggu dan sebulan (akibat tak lulus medical check up). Walaupun setahun mama rasa perlu hantar pulang kerana mama tak mampu membimbing dia seperti bibik2 yang lalu.. (Tak perlu lah diceritakan kisahnya... tak baik. mama pun dah redha)

Bulan November 2010 mama akan sambut usia 40 tahun... Hmmm... macam takde rezeki dah..tapi mama pernah pesan bila emak pegi Haji doakan anak lelaki utk mama. Lepas tu pak alang mama pergi haji mama pesan lagi. Tak apa la... Allah tahu yang terbaik... sekurang2nya mama ada 4 anak perempuan. Sudah lebih baik daripada orang yang tak ada zuriat.

Di samping itu, mama tetap berdoa kepada Allah swt jika ada rezeki mama. Bulan Ramadhan 2010 mama dan rakan2 bertadarrus seperti biasa dan adat la bagi wanita seorang demi seorang datang bulan dan cuti mengaji..Kebetulan kumpulan mama ketika itu bersama dengan BOSS besar. Dia dah menopous... asyik la bersaing dgn mama sebab mama aje yang tak datang2 BULAN nya...

Alahmdulillah... dalam bulan Ramadhan yang mulia dapat keputusan mama hamil lagi untuk anak kelima.. Kak Noorma kawan mama berkongsi dengan mama doa yang diamalkan untuk ikhtiar dapat anak lelaki.. nak dijadikan cerita, kak Noorma ada lima anak perempuan dan yang ke 6 baru dapat lelaki... 


Ini lah doanya

Mama dan suami pun amalkan doa yang diberi. Alhamdulillah rezeki itu daripada Allah, bila Doc Siti scan mama nampak dengan jelas al-'bird' baby dalam rahim mama. Cuma mama tak nak harap sangat tapi bila Doc bgtau "Baby boy ye...". mama senyum sendiri, dah tak excited sebab dah tak nak berharap sangat. Membesarlah baby tu dalam kandungan. Cuba baca terjemahan doa tu...Dalam doa yang mama amalkan tu, mama dah niatkan nak namakan dia Muhammad, maka bila lahirnya pada 3 mei 2011 (mama dah hampir 41 tahun) dia dinamakan Muhammad Adam. 




































































Syukur syukur syukur ya Allah.

Bagi ibu bapa di luar sana, jangan putus asa... terus berdoa kerana Allah mendengar doa kita.. Doa dengan yakin bahawa yang terbaik Allah akan berikan pada kita..

Semoga Adam terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. amin..

Baca lagi di set kesuburan 

4 comments:

  1. Assalamualaikum mama adam, saye tgh mengandung anak ke7. 6 anak sblom ni perempuan. Tq kongsi doa ni. Doakn saye dpt anak laki jgk ye... Bleh tak nak berkenalan dgn mama. Ni no saye 0185709097-fatin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdoa dgn bersungguh2 fatin. Allah maha mendengar. Maaf, lewat reply. Kdg2 urusan anak2 perlu diutamakan.

      Delete
  2. Assalammualaikum...minta share dalam fb boleh ..?

    ReplyDelete