Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Wednesday 30 January 2013

Cepat Sihat: basic H Satu utk semua tugas

Cepat Sihat: basic H Satu utk semua tugas: Beli 1 botol. Apa gunanya? 1. Mandikan anak bila demam 2. Colekkan pd ulcer dlm mulut 3. rendam dan buang toksik pd sayuran dan buahan ...

Cepat Sihat: Sukarnya terima hakikat keguguran

Cepat Sihat: Sukarnya terima hakikat keguguran: Usia anak sudah 4 tahun. Mama hamil lagi. Seronok bukan main lagi untuk menunggu kalau-kalau dapat bayi lelaki. Mama lalui kehidup...

Cepat Sihat: nak kulit cerah

Cepat Sihat: nak kulit cerah: Produk yang satu ini sangat best kerana mencerah sekata dan tidak tinggalkan kesan gris...Mesti cuba...cepat hilangkan kesan parut..Harga...

nak kulit cerah


Produk yang satu ini sangat best kerana mencerah sekata dan tidak tinggalkan kesan gris...Mesti cuba...cepat hilangkan kesan parut..Harga istimewa.. Stok sedia ada menanti anda. 
Call/sms 0192247004

Sunday 27 January 2013

Sukarnya terima hakikat keguguran





Usia anak sudah 4 tahun. Mama hamil lagi. Seronok bukan main lagi untuk menunggu kalau-kalau dapat bayi lelaki.

Mama lalui kehidupan seperti biasa tetapi hati mama asyik berkata "Ah, tak perlu jumpa doktor dulu, tunggu 3-4 bulan. Bukan tak biasa hamil. Setakat ni tak ada masalah pun" Pelik! Mama sangat yakin...

Seperti biasa mama memang bukan jenis yang tak alami alahan waktu hamil. Mama biasa lasak. Masa disyaki hamil anak kedua, mama masih main bolajaring bersama murid di padang, nun di Damansara Jaya. Tak ada masalah langsung. Sehinggakan semasa sarat anak ke 2, doktor risau kerana bukaan pintu rahim sudah mencapai 4 cm sdgkan mama ada masa 20 hari lagi untuk bersalin. Masa tu pun mama yakin, rasa sihat walaupun rakan2 risau dan berpesan supaya mama bawa bekalan pakaian baby dan selimut setiap hari. 10 hari sebelum tarikh bersalin, mama dah jalani "induction" gara-gara doktor risau mama nanti tiba-tiba sakit dan terus melahirkan dalam bilik darjah.

Hamil kali ketiga juga mama lasak pada usia 33 tahun sehingga pada hari yang jadi kenangan itu, mama uruskan anak-anak didik untuk sesi penggambaran kelas, mama rasa sedikit tak selesa. Bila di periksa ada tanda2 coklat tetapi bukan darah.

"Hah?" Berdebar hati mama dan mama termenung di Bilik guru. Terserempak dengan Ana yang biasa alami pendarahan bersalin, mama bercerita...

" kak, kalau darah fresh.. masih ok, tak risau sangat tapi kalau keluar coklat2 macam tu, lebih baik cepat periksa dengan doktor..." Macam-macam lagi nasihat Ana.. mama jadi panik sedikit.

Malam itu, mama berkunjung ke klinik berhampiran. Kebetulan pula doktornya adalah rakan sama universiti dulu. "Hmmm... takde denyutan jantung, saiz pun sangat kecil berbanding karungnya.." Ulas Doktor Linda.

Hati mama memang kental dalam keadaan terdesak. Mama tenang dan dengar teliti setiap patah yang keluar dari mulut doktor. "Kita tunggu seminggu lagi la.." kata doktor. Mama dan suami akur dengan nasihat doktor.

Mama berehat seperti dinasihatkan tetapi pada hari Ahad tu, mama mohon berjumpa doktor lain untuk yakinkan diri. Kami ke doktor perbidanan... Sah.. kandungan mama memang tak menjadi.. Pada usia 12 minggu.. baru tahu. "Mis-abortion" Kata doktor. "You jangan risau atau sedih, keadaan begini selalunya terjadi kerana ada masalah pada kandungan. jadi ia tidak terus berkembang sepeti kebiasaan, seperti ada kerosakan dan kalau terus berkembang pun mungkin ia ada masalah..." Doktor menerangkan. Seterusnya beliau jelaskan prosedur D&C. Mama akur sahaja, semua perasaan bercampur-campur. Sedih, redha, kecewa, risau... silih berganti.




Sambil menunggu ditolak ke ruang bersalin...atau dalam kes mama ruang D&C, fikiran mama melayang. Seminggu lalu mama masih ingat dengan jelas satu mimpi mama. Mama berlari ke sana sini mencari anak kecil mama yang hilang sedangkan 2 orang anak ada bersama dengan mama. Jadi, siapa yang mama cari? Selepas itu, mama terasa segala perasaan hamil dan keletihan akibat hamil itu sudah seperti tiada. Macam pertalian perasaan dengan kandungan mama berkurangan. Bila mama bekerja mama rasa sihat, seperti tidak sedar mama hamil. Ada juga rasa hairan tapi mama anggap memang mama biasa lasak. Jatuh masa bersalin pun mama oka sahaja...(pengalaman sebelum ni)

Rupa-rupanya semua itu tanda atau isyarat dia sudah tiada. Nak jadikan cerita, mama pernah bawa anak kedua ke klinik semasa demam dan bertanya doktor perlukah mama scan kandungan.. Doktor berkenaan kata, tak perlu, baru sangat lagi. Jadi, mama tak pernah tahu sama ada kandungan mama pernah bernyawa atau tidak. Dari segi perasaan memang seperti ada tetapi akhirnya hilang walaupun perut diusap-usap seperti kehamilan mama yang biasa.

Mama cuba redha dan terima hakikat tetapi hati mama tuhan saja yang tahu. Menangisnya di dalam.. mama seolah-olah menyalahkan orang lain... Ibarat sedang membina istana tetapi tiba-tiba ia runtuh hancur bertaburan di tanah. Berat sungguh untuk memerima hakikat mama sudah ada pengalaman keguguran...tidak seperti emak mama.

Seterusnya mama layan hati dan paksa diri berehat walaupun selepas 2 hari, mama rasa dah segar dan boleh aktif semula..Bercerita dengan anak kedua, mama beritahu dia.."Adik tak jadi datang jumpa kita... Dia dah pergi jumpa tuhan.. Dia  suruh kita tunggu adik lain datang..." Kalau boleh menangis, mama memang nak menangis tetapi memberi kefahaman kepada anak kecil di depan mata itu lebih  penting. Mama rasa seperti mama nak batalkan janji untuk belikan dia mainan sedangkan dia sangat ternanti-nanti akan mainan tersebut.

3 budak yang lahir selepas mama alami keguguran.. Dah besar..

Alhamdulillah, seterusnya kami mendapat baby lagi dan lagi dan lagi sebagai gantinyai... Biarlah dia kembali kepada tuhannya...jika itu yang lebih baik...Sesekali terdetik juga di ingatan.

Bagi rakan-rakan yang masih mempunyai perancangan untuk hamil, jaga diri dan kandungan, ambil supplement utk ketahanan dan kekuatan kerana tubuh kita dimakan usia. Kalau semasa usia 20 an kita segar, memasuki usia 30an adalah berbeza, jangan menganggapnya sama. Mama selalu nasihatkan kawan-kawan, kalau dah lewat gatang bulan periksa, jika tahu hamil ,senang nak jaga, jika tahun tak hamil, itupun tak mengapa...Takut tersalah langkah seperti mama.



Tenang dan damai meneliti wajah anak2 terutama ketika tidur. Seronok mendakap semasa mereka kecil dan sesungguhnya dakapan ibu adalah dakapan yang menenangkan dan mengubatkan resah hati mereka..


Salam sayang, sayangi anak2 kita...permata utk digilap dan dijaga.
Dicatat di Rumahku Syurgaku 4.15 pagi 28 januari 2013


basic H Satu utk semua tugas

Beli 1 botol. Apa gunanya?
1. Mandikan anak bila demam
2. Colekkan pd ulcer dlm mulut
3. rendam dan buang toksik pd sayuran dan buahan
4. Cuci bilik air
5. cuci cermin 
6. Sembur ke kawasan yg dihurungi lalat
7. Sembur ke kawasan kegemaran lipas
8. Sapu pada luka
9. cuci dapur dan kotoran degil
10. Cuci dakwat
11. Cuci kesan minyak
12. Hapuskan kutu kepala
13. Sapu pada bahagian kena minyak panas
14. mop lantai
15. baja pada pokok
16. Halau serangga perosak tanaman
17. Mandi utk hapuskan daki
18. colekkan pada jerawat
19. tajamkan pisau
Dan banyak lagi. Saya juga banyak pengalaman menggunakannya.
Yg penting kalau ada keluarga yg asma dan alah pd chemical, Basic H adalah bebas chemical. Belilah 1.. tak rugipun. Jimat lagi..Saya ada 2 botol di rumah. digunakan serentak sbb selalu berebut.
Yang pasti, 1 botol pun belum habis sejak September.
BASIC H ADALAH
SATU UTK SEMUA
HUBUNGI 0192247004.

Saturday 26 January 2013

khasiat shaklee


Rakan2 yg sudah mengamalkan Shaklee tentu dpt merasakan perbezaan slps ber Shaklee. 
Biasanya komen mrk
1. Segar
2. Cergas
3. Bertenaga
4. Subur...hmm tambah la ummat.
5. Buang air lancar
6. Otak ligat berfikir..produktif
7. Dpt kawal tekanan
8. Mesra pengguna
9. Mesra alam
1. 1 jenis utk semua golongan..
Saya saksikn sendiri krn ramai mereka bekerja d sekeliling saya. Yg dulu lesu dah nampak ceria. Yg dulu byk masalah nmpk mcm mampu pikul beban masalahnya. Yg hamil pun bergilir2 cuti bersalin nanti. Yg grk slow sudah laju. Yg senyap jd yakin bersuara...Kita kongsi sesama kwn dan keluarga.
Syukur kpd Allah. Semuanya pemberiaan NYA. Kita dpt apa yg kita usahakan.. yg masih ragu2, tanya la kawan.

Pilihan rawat sendi dgn Ekstrak jagung, bukan cengkerang hasil laut

Dalam Joint Health Tablet Shaklee, Ekstrek Jagung membantu mengekalkan tulang rawan.Ekstrek jagung ini membekalkan glukosamina yang berfungsi meningkatkan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Jadi bg yg ellergik dgn seafood atau bimbang glucosamine yg diambil mendatangkan allergik, pilihlah joint health tablet... cepat2..

Petikan dari wiki.answer.com
"Since glucosamine is usually derived from shellfish, those allergic to shellfish or who have kosher concerns may wish to avoid it. However, since glucosamine is derived from the shells of these animals while the allergen is within the flesh of the animals, it is probably safe even for those with shellfish allergy. Alternative sources using fungal fermentation of corn are available"

Read more:http://wiki.answers.com/Q/What_is_glucosamine#ixzz2Irpsjfqx



Dengan Joint Health, sekali anda cuba anda tidak akan kecewa.. Berilah peluang utk sendi kita menyumbang kepada kehidupan kita yang lebih aktif..

Hubungi Ieja 0192247004


Friday 25 January 2013

Basic H Pelbagai guna

Basic H ada banyak gunanya. Berbekalkan kos yang rendah, manfaatnya sangat banyak. Apa yang dikongsikan ini baru sebahagian kecil daripanya.







Basic H mencuci kotoran degil pd berus botol. Puas dah try dgn sabun biasa...di sini buktinya, berjaya. Basic H ni tak bahaya.
 air dgn 10 titikbasic h sahaja utk kotoran degil... biar sekejap.... cuci dgn berus kecil. cubalah. kesan macam clorox tapi chemical free...

jadi berus lama ini boleh diguna semula... nak beli berus tupperware ni kena membeli 1 set eco botol kan?



Basic H pelbagai guna.. Dari pengalaman saya sendiri. Susunan gambar ialah bukti, basic H tidak bahaya pada kulit. bahkan merawat luka dgn pantas..elak jangkitan kuman, luka cepat cantum, mudah, jimat... ibu2 patut simpan 1 di rumah.. kalau kena air panas pun boleh sapu...


Basic H pelbagai guna
1. kesan sambal tumis di pakaian
2. basahkan dengan air paip
3. sapu sikit basic H
4. bilas dan dapat hasilnya...

Nota: sebenarnya untuk fabrik, boleh juga guna pencuci pakaian iaitu Fresh Laundry. Cara dalam gambar bg pengguna yg hanya simpan basic H.

Hubungi Ieja 0192247004 utk tempahan. harga istimewa menanti.




Ida jumpa permaisuri agung





































Gambar ini membawa seribu erti bagi kami sekeluarga. Ida adik mama jumpa Permaisuri Agung....
Masa ni Ida 12 tahun... Kami bukan faham apa2 sangat.. Ida terpilih jadi tokoh kanak2 negeri Pahang tahun itu..Penyampaiannya di peringkat kebangsaan...

Yang mama nak cerita ialah baju yang ida pakai tu... baju raya yang mak kami jahitkan..ida warna ungu, mama warna hijau, Angah warna biru ke? lupa dah..Baju tu paling baru. Sepasang tapi mungkin kain dah singkat... cikgu ida pinjamkan songketnya.

Biasa tengok tokoh kanak2 kan? Mereka pakai cantik dengan baju songket sepasang tapi kami tak mampu.. Dalam keadaan tergesa2, pakai saja apa yang ada..Selepang Ida tu pun tak sedondon kan? Pinjam juga... Itulah kami, kehidupan yang seadanya..Baju raya sepasang setahun dah sangat bahagia.

Masa ni, ayah dan mak pun tak hadir, yang ada motor buruk sahaja. Mana nak sampai ke Kuala Lumpur.. Jadi, kami tengok gambar saja la.. Semua cikgu yang uruskan. Mulianya hati cikgu2 Sek Keb Kampung Padang.















Gambar Mak dan ayah tersayang





Dalam kehidupan kanak2 kami, ayah dan mak sediakan perkara yang asas..Selain daripada itu, kami perlu usahakan sendiri. Ayah dan mak sekolah darjah 6 sahaja tapi 6 org daripada 7 anak mereka ke institut pengajian tinggi.. ..( Bagi org susah macam kami itu dah besar sangat..)

Semoga anak2 kami  mampu utk lebih berjaya dan pandai belajar hidup susah...

Pengalaman itu jadikan guru...

Dicatat oleh : Ieja di Rumahku Syurgaku. 25 Jan 2013.



ke garisan penamat


Sekitar merentas desa sekolah..25 Jan 2013. Gambar ehsan si  pemiliknya..terima kasih.



Tahun2 yang lalu sebelum berShaklee, Dini hanya mampu capai tempat ke 20++ dalam kategorinya.
Tahun ni Alhamdulillah dgn 2-3 latihan saja di sekolah Dini dah lonjak ke tempat ke 8. Moga dia maju dalam pelajaran seperti acara sukannya. Terfikir juga bila Dini bina staminanya... Jawapan yang mama temui mungkin kerana Dini dah konsisten dengan Shaklee. Tahun lalu kami sekeluarga belum kenal Shaklee.

Di rumah Dini dan adiknya adalah pembantu mama. Sebelum tidur mereka gosok baju adik2, sediakan kelengkapan Adam utk ke rumah pengasuh. Pagi mereka hantar barang2 adik, baju sekolah adik dan Adam ke rumah pengasuh di belakang rumah kami. Selain daripada tu, seperti anak2 lain mereka perlu siapkan kerja sekolah dan menyertai aktiviti sekolah.


Dini menuju garisan penamat. Bangga denganmu anakku... No 8 itu lebih bagus dari 80, 18... Tapi no 1 itu paling bagus...Cuba lagi.


Sekolah sampai 3 ptg. Latihan sukan sampai 4.30 ptg. Balik nk tolong mama, buat kerja sekolah, jaga adik... Memang kena ada tenaga extra....

Syukur, mereka ber 'VIVIX' tiap hari sekarang. Tapi ada juga yang culas...Biasa lah. Kalau ada yang tak sihat lagi la mama beri 2 kali VIVIX sehari.

Semoga mereka mampu berjaya dalam segala bidang yang mereka ceburi di samping menjadi isteri2 solehah satu masa nanti.

Gambar mama semasa sekitar usia Dini.. Tahun 1986.

Kalau tahun depan anak2 mampu capai juara, mama dah tak boleh bangga dengan rekod mama masa sekolah 25-26 tahun lalu...Tiada halangan utk berjaya jika kita fokus dan bersungguh dalam segala perkara. Kejayaan itu manis rasanya.

KADANG KALA KITA BERLARI DI BELAKANG, TETAPI KITA MAMPU MEMOTONG UNTUK BERADA DI DEPAN...
SEMUANYA ADALAH KAWALAN MINDA..

Sayang anakku...

Utk para Athlit, diperkenalkan Performance Drink dari Shaklee..

Performance® Maximum


Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan
Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.









Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)


• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi 0192247004 utk tempahan atau boleh beli sendiri dgn harga ahli dgn ID 889811



Wednesday 23 January 2013

singkir lemak, toksin dan najis





Pembersihan Kolon

Anda perlu membersihkan kolon kerana ...

Tiada siapa yang mahu menyimpan satu pembetung najis yang kotor di  dalam badannya?


Badan kita perlu menyingkirkan sisa. Persekitaran Dan makanan  kita kini  adalah penuh dengan bahan kimia toksik. Satu kolon bersih adalah penting untuk kesihatan yang baik.

Toksin akan meracun seluruh tubuh. Jadi operasi pembersihan kita wajar bermula di kolon.

Tetapi - Kenapa anda perlu membersihkan kolon?




Gambar bahagian dalam usus yg bersih





Gambar dalam usus yang kotor

Diet kita banyak lemak - terutamanya terlalu banyak lemak tepu.

Lemak yang berlebihan menjadikan najis melekit. Bayangkan  gris yang melekat kepada segala-galanya dan sukar dicuci. Gunakan imaginasi kreatif kita... Heee...ia melekat di seluruh perjalanannya dan akhirnya berkumpul di kolon. Di sini lah serat membantu utk memegang lemak dan membawanya keluar apabila kita membuang najis.

Johns Hopkins Colon Pusat Kanser dan Mayo Clinic telah menyatakan dengan jelas bahawa peningkatan lemak tepu dalam diet dan kurang  serat meningkatkan risiko kanser kolon. Banyak yang boleh disebabkan oleh lebihan najis melekat kepada dinding kolon.

Ingat - tiada proses badan yang sempurna. Jika segala-galanya di dalam badan berjalan dengan sempurna, kita tidak akan jatuh sakit atau menjadi tua. Kerana itu diet seimbang  sangat penting.

Sumber rujukan :pillfreevitamins.com

Masalah sembelit

Faktor pemilihan diet mempengaruhi keadaan ini. Bila dah terjadi... susah la.. Kotoran lewat disingkirkan.. Toksin berpeluang merebak...

Jadi kawal pembuangan najis dengan Herb Lax. Dgn herb lax kita tak risau terjadi cirit birit atau sebagainya. Ia hanya mengatur badan kita utk menyahkan najis dari kolon. Apabila proses pembersihan selesai, kunjungan ke tandas akan segera berhenti.. Perut rasa kempis, badan rasa lega... kepala pun tak pening. Buang angin pun tak busuk sgt.

Secara tak langsung, dapat faedah kelangsingan...



Baca pula pengalaman pertama kali herb lax

Hubungi Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811

Tuesday 22 January 2013

Tubuh ibarat bunga





























Sedap dipandang bunga yang segar
Dipupuk dibaja disiram dijaga
Kalau tak tahu kita belajar
Sudah belajar amalkan pula

Kalau tak tahu kita belajar
Sudah belajar amalkan pula
Tubuh badan jangan dibiar
Kelak padah hidup merana

Tubuh badan jangan dibiar
Kelak padah hidup merana
Amalkan Shaklee, segar dan bugar
Boleh kongsi dengan keluarga


Amalkan Shaklee segar dan bugar
Boleh kongsi dengan keluarga
Ibarat tanaman dilingkungi pagar
Shaklee melindung dari bahana


Ibarat tanaman dilingkungi pagar
Shaklee melindung dari bahana
Jagalah kesihatan penuh sabar
Daripada Allah dipohon kurnia



selamat malam semua.. semoga tidur lena...



Cepat Sihat: Mak, lintah gigit saya

Cepat Sihat: Mak, lintah gigit saya: "LINTAH" Cuba rakan2 'search' di internet..."lintah" dan tegok gambar2nya. Mama memang tak attach gambar di sini sbb takut u all lihat g...

Mak, lintah gigit saya


"LINTAH"

Cuba rakan2 'search' di internet..."lintah" dan tegok gambar2nya. Aku memang tak attach gambar di sini sbb takut u all lihat gambar tu... dan tak terus membaca sbb kegelian tahap gaban...

Banyak kebaikan lintah..antaranya untuk kecantikan dan kesihatan. Bagi yang berani dan hati cekal boleh la cuba.. cuma cari maklumat betul2 dulu sebelum memulakan tindakan.

Kenapa aku fobia dgn lintah?

Masa kecik2 aku memang membesar di sawah padi.. aku masih boleh bayangkan suasana gotong royong org kampung kami bila musim mencedong( menanam padi) dan musim menuai.. Zaman kanak2ku mmg pelbagai sikit, tapi dgn cara org kampung la...

Ketika umur 11-12 tahun aku ulang alik ke sawah setiap kali balik sekolah untuk menghalau burung yang makan padi.. Begitu sekali kami jaga rezeki kami yang tak seberapa...Buat kerja sekolah di pondok sawah. Berlatih menyanyi terjerit2 juga di sawah...Burung cepat lari dengar suara yang 'sangat merdu' itu...

Berbalik tentang lintah, masa kecik2.. sebelum menanam padi kami bersihkan sawah... (itu kerja org dewasa la...) Apa kerja kami budak2? ha ha kami kerja berlari meniti batas, tangkap pepatung, kejar anak katak...Bila penat, lapar... bekalan mmg dah banyak dibawa. Dulu bawa bekal ke sawah mcm kita gi picnic zaman sekarang...

Nak jadi kisah, satu hari aku dgn angah ( adik) dan mak Usu seronok berendam mengikut Aki (gelaran atuk saya) dan mak andak (masa tu mak andak belum kawin.. sekarang dah bercucu) bersihkan rumput dan sampah dalam sawah yang berair. Dah syok2 main air sawah, aku pun naik ke batas. Masa berendam aku lipat seluar panjang sehingga ke peha (umurku 9-10 tahun lebih kurang) tak la seksi sgt... ha ha.

" Hahhh!!!!!  LINTAHHHHHH" pekikku...

Aku tenampak lintah tu terlekat di peha kiriku.... Awww.... geliiiii...........Aku lari tak cukup tanah...Seluruh sawah padi Aki aku lari... tak tahu nak tuju ke mana, tak tahu nk mintak tolong siapa..Orang lain pun tercengang la... Entah2 gelakkan aku pun tak tau la...

Bila aku berhenti... tengok peha.... "Eh! dah takde" Adoi dah pegi mana pulak lintah ni.... Dulu kami selalu dengar cerita lintah masuk dalam badan dan membiak... Huii... serammmm.

Syukur... lintah tu dah jatuh. Setahu aku, kalau lintah dah mula menghisap darah... dia tak mudah tanggal.. kecuali dah kenyang... (Heee... macam vampire!!!). Hmm mungkin lintah tu terkejut dgn jeritanku.. Agaknya itu la juga asalnya aku ni jadi athlit  jarak jauh di sekolah.. (berlatih tgh sawahhh... ha ha ha)

Tapi mak usu lagi dahsyat!!! Pernah sekali tu.. kerana takutkan lintah yang lekat dijari kakinya... mak usu cuba buang dgn pisau pemotong padi... Mujur Mak Usu tak potong jari dia sendiri..


Gambar hiasan. Sawah dibajak sebelum tanaman padi dimulakan.

Petua tanggalkan lintah yg menggigit
Kata orang tua, ludah lintah tu.. Air liur kita buat dia lemah... dan jatuh sendiri... Berguna air liur kita ye...Apa tak nya, kalau kita potong pun dia payah nak mati... tak percaya try la...

Ternak lintah?
Lintah kdg2 digunakan dalam rawatan kosmetik.
Aku pernah tengok ternakan lintah dia... Dalam tangki... Beranak2 lintah tu.... Tapi aku dah tak kisah sangat sebab aku dah tua dan dah faham...

Bagi yang takut nak rawat diri dengan lintah, jom la kita makan supplement Shaklee. Nak sihat? Nak kulit cantik? Nak ubat sakit sendi? Semuanya Inshaa Allah boleh diusahakan..  Baca la post2 dalam blog mama ni... macam2 ada... ibarat kedai runcit..



Salam sayang,   Illalliqa'....

Dicatat di Rumahku Syurgaku...


Monday 21 January 2013

Cepat Sihat: awet muda... langsing.. bertenaga

Cepat Sihat: awet muda... langsing.. bertenaga: Lagi gambar pengguna Shaklee Collagen Powder Lihat kesan Shaklee Collagen Powder pada mama yang umurnya hampir 50 tahun ni..  Pat...

awet muda... langsing.. bertenaga

Lagi gambar pengguna Shaklee Collagen Powder









Lihat kesan Shaklee Collagen Powder pada mama yang umurnya hampir 50 tahun ni..  Patutlah beliau sangat setia dengan produk ini. Kebelakangan ini beliau ditegur rakan2 kerana wajah tidak begitu dimamah usia. Orang kampung kata "Awet muda" Ini gambar beliau... kalau lihat beliau dengan anak daranya.. macam adik beradik. Hmm... lebih kurang akak sulung dgn adik bongsu la... Beliau dapat rasa kesannya selepas 2-3 minggu gunakan SCP.  

Saya pernah terbaca rakan sekuliahnya dulu mengulas mama ini nampak muda mcm zaman belajar dulu .. (Biar betull... 20 tahun tu..)
























Mari sama2 kongsi kebaikan Kolagen Shaklee... Membekal tenaga, lancarkan pembuangan najis, kurangkan kekenduran kulit. Jadi garis2 muka semakin kurang jelas, pigmentasi semakin pudar...Badan rasa ringan dan bonusnya ia  blh melangsingkan badan...

Seperti mama ini...dah cuba baru tahu. Jom lakukan utk kepuasan diri sendiri. Dapat dua faedah, sihat dan cantikkkk.

"Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan...Kami hanya berkongsi apa yang baik, bukan dengan tujuan bermegah2... Tapi, kalau bercerita dengan disertakan bukti.. itu lebih menyerlahkan kebenaran cerita.. Insyaalah itulah tujuan kami"

Terimakasih atas ehsan si pemilik testimoni.

Hubungi Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811

Dicatat di Rumahku Syurga ku...

Sunday 20 January 2013

ikan bilis tempoyak

lauk ringkas hari ini

ikan bilis masak lemak tempoyak

bahan2

  1. ikan bilis
  2. bawang tumbuk/mesin dan sikit bwg besar potong
  3. tempoyak
  4. kunyit serbuk
  5. cili api
  6. garam
  7. bawang potong
  8. daun kunyit d luar rumah
  9. daun  kesum dalam pasu
  10. serai tepi rumah
  11. santan pekat
Basuh bahan, masuk semua dalam peruik. Masak dan makan....

Saturday 19 January 2013

terima kasih daun keladi


Mama mengalu-alukan kunjungan rakan2 sekalian.

Mohon jasa baik rakan pengunjung untuk 'join this site' di kanan ruang penulisan ini... Budi baik anda semua jadi ingatan. 

Terima kasih daun keladi.. Kalau boleh kunjunglah lagi.

Orang tua jalan bertongkat,
Saya memang tak pandai memikat.

Cakpung! cakpung!

Ikhlas...



Kesan kolagen powder Shaklee pada wajah.

Nak share dengan rakan2  kesan Shaklee Collagen powder.



Gambar 1 : Awal Disember 2012. Mata nampak letih.



Gambar 2 : Pertengahan  Disember 2012



Gambar 3 : Hujung Disember 2012





Gambar 4 : 18 Januari 2013







Nampaknya ia berkesan untuk 
1. Mengurangkan bengkak bawah mata. 
2. Membuat garis senyuman di tepi hidung tidak terlalu ketara.
3. Menaikkan dan menyokong sedikit struktur wajah yg telah jatuh akibat tarikan graviti.

Ralat dalam gambar ialah kadar pencahayaan yang tidak serupa tapi itu tidak mengubah kesan garis pada wajah.

Bagi pengguna kolagen, jgn lupa rakam gambar sebelum dan selepas. Baru anda nampak kesannya dengan jelas.

Untuk penerangan dan jual beli hubungi ieja 0192247004, sms atau pm.

ID Shaklee 889811

Friday 18 January 2013

anak kecil lebih percayakan gurunya

Seronok memandang anak2 bergelimpangan tidur. Dah puas kejar mereka lompat katil, bergumpal adik beradik, berguling. Darah mama ni turun... naik... turun... naik...Gelak, gelak, waaaa... nangis pulak...Hee...cuping telinga ni dah rasa kembang macam telinga gajah... Anak oh Anak...

Asalnya dulu, mama susah nak dapat anak... Dah dapat anak satu... masih menyusukan baby sulung... baby kedua dah tak sabar menunggu dalam rahim mama... Stress, penat... mama dok membebel kat suami...(macam salahkan dia sorag je...) Abis.. nak salahkan siapa? Mama terdiam bila suami kata " Istighfar... ingat Allah... Dia punya kuasa" Oppss... mama terkedu..

Hmm. dah 5 anak mama..macam2 kisah, macam2 idea, macam2 keletah.

Tapi yg mama tahu, bila mereka masuk sekolah cikgu mereka adalah org kepercayaan mereka.. Mama kata la apapun, tetap tak percaya... 

Bila mereka meragam, mama akan angkat telefon rumah dan berlakon cakap dengan cikgu mereka dan sampaikan mesej dari cikgu mereka kononnya... Bila anak2 dah besar.. mereka pulak yang berlakon jadi cikgu. Call rumah, bagi adiknya bercakap... kononnya cikgu telefon menasihat si kecil.. Ha ha .. kira tipu ke macam tu??? Hee... berdosaaa..

Kalau ikutkan mereka semuanya mereka cerita pada cikgu.

Antaranya..."Cikgu, saya dapat adik, mama saya dah ada baby..." seronoknya kongsi cerita dgn cikgu.

Satu hari adik ipar mama yg kebetulan mengajar di sekolah rendah datang. Sambil tersenyum2... dia bercerita bahawa rakannya mengikik2 gelihati bercerita ttg gelagat anak mama. Di sekolah, dia bererita pada cikgunya.." Cikgu, semalam gigi saya tercabut.. berdarah... mama saya simpankan....bla bla bla" Mana la cikgunya tak gelak..


Hati2 dgn anak2 kecil kita... semua dia lapor pd cikgu dia...

Lu fikir la sendiri.


Moga cepat dapat zuriat

Hidup ini penuh dengan harapan.. Bagi yang sudah mendirikan rumahtangga... hilai tangis anak2 diimpikan utk mewarnai kehidupan sehari2. Bagaimanapun, ada yang agak sukar utk mencapai hasrat memiliki cahaya mata. Mama tahu apa rasanya bila disoal2 tentang "Bila nk dapat baby?" Resah, gelisah, mengharap, menanti semuanya bercampur2. Setiap bulan mendoakan tak datang bulan.. Tup tup datang jugaaa...

Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkat kan dengan mengambil multivitamin dan multimineral Jadi, mari kita tambah info ttg Set kesuburan Shaklee. mana tahu ia dapat meransang minda utk ikhtiar mencapai apa yang dihajati.. Redha, usaha dan tawakkal. Berdoalah kepada Allah di samping usaha tanpa jemu.







ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas. Maksudnya utk kesihatan badan siapa2 pun boleh ambil.


1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang bernilai dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan  kepada sel. Kalau sel sihat barulah mudah berlaku persenyawaan benih. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Multivitamin Shaklee ialah Vita Lea yang InshaaAllah akan menampung kekurangan2 yang terdapat dalam keperluan mutrien tubuh individu. Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.  Bayangkan mesin yang kurang lancar jika di servis, di minyak pelincirkan, elok la dia....(he he he.. teringat enjin kat bengkel)
3. Vitamin C
Vitamin C penting dalam proses  pembinaan dan pemulihan sel2. tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel termasuk sel sperma. 


4. B Complex 
Mengandungi asid folik utk keperluan awal kehamilan. Ia juga terkenal sebagai agen anti stress... kalau kurang stress baru lah mesin dan motor tak mogok...Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Utk galakkan  kesuburan

Boleh tambah...
5. Alfalfa 
Membantu dalam hal2 kewanitaan terutamanya utk atasi masalah keputihan. 
Diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium). Turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). 

6. GLA 
Lebih terfokus utk kesuburan wanita. Ia dikatakan dapat meningkatkan cecair kesuburan utk memudahkan sperma hidup lebih lama dalam tiub fallopio sekaligus membantu proses persenyawaan.Diamalkan oleh wanita, terutama utnuk mengatasi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 

7. Zink 
Meningkatkan  kesuburan lelaki dgn cara memberi lebih daya utk sperma. Maklumlah.. yg gagah saja boleh bertahan. Zink merupakan zat yang  penting bagi  pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke sasarannya iaitu ovum. 


 8. Vitamin E 
Menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. 


Cara pemakanan supplements
Untuk Suami
Optimum : Vita-lea, B-comp, vita-C, vita-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.

Minimum : B-Comp, Vita-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri
Optimum : Vita-lea, B-comp, vita-C, vita-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,

Alfalfa - 3-5 biji sehari.
 Minimum : B-Comp, Vita-E & Zinc - 1 biji sehari, danAlfalfa - 3-5 biji sehari.

Thursday 17 January 2013

Zaman kanak2: mengaji dan misteri kereta biru

Dah hampir 1 pagi... dah puas memujuk adam tido. Ke sana sini adam merayau.. tup2 adam masuk dengan tab menonton video Barney.. Mia dah lama belayar dalam mimpinya...maklum la esok mia nak sekolah. mama senyum sendiri teringatkan soalan mia pagi tadi sejurus terjaga dari tidur.

"Mama, hari ni sekolah?" tanya Mia,
"Sekolah...." jawab mama sambil bersiap.
"Hee.. kenapa banyak hari kena sekolah ?" Mia mengomel lagi.
Mama terus mendekati Mia." Masa baby macam Adam budak tak sekolah, bila besar macam Mia dan kakak2...kena sekolah, bila lebih besar kena kerja macam abah dan mama"

Mia terus termenung di katilnya...Kemudian tertidur semula.

Lepas maghrib tadi ajar Mia mengaji...Mia memang liat sikit... Mama cakap sepatah... Mia dah jawab panjang berjela2. Akhirnya Mia duduk juga dengan Muqaddamnya. Itupun bila mama keluar perintah "Kak Dini!!!! bawa rotan ke sini!!!", 

Hmm... semua anak ada perangai masing2. Mia banyak iku stail Yana, selamba dan banyak alasan bila suruh belajar. Lily pulak ikut Dini, Taat, tekun dan ikut arahan bila suruh belajar. "Tak Pe la.. Lily dulu byk belajar sendiri, mama bantu2 aje. Sekarang giliran mama kena masuk campur hal Mia. Kalau tak, bimbang  tak tau Alif Ba ta Mia ni" mama berkata dalam hati. Kelas mengaji Mia tadi jalan lancar walaupun dgn sedikit ugutan.

Bagaimana mama tahu mengaji?

He he.. pengalaman yang manis, pahit masam, suka, duka terpaksa, rela... semua ada. Zaman mama dulu kenal alif ba ta hingga bacaan Juzuk Amma di muqaddam memang mak dan ayah yang ajar. Dah lancar mengaji baru mama belajar dengan Tok Andak. 

Masa mengaji dengan ayah dan ma.. Garang wooo.... Satu malam mama ngantuk depan muqaddam.. Maklum la main waktu siang, melompat sana sini, main baling selipar, polis sentri.. macam2.

"Zup! zap!" "Aduh!!!" mama jerit dalam hati aje. Sebab tersengguk2 depan muqaddam, ayah rembat jari mama dengan kain lap meja. Hui! apa sempat je org tua dulu2... mana belajar psikologi..Mujur tak kena penampar jepun!! Mama ingat masa tu mak sedang membuang kulit kacang tanah yang digorengnya... Mama ngaji terus dgn tersedu2...Sakit wooo... 

Mujarab! Hilang mengantuk serta merta. Mama habiskan bacaan dan simpan muqaddam. Terus dekat dengan nyiru mama membuang selaput kacang goreng. Sendu mama dah berkurangan... Ada sikit terisak2.. macam orang tercekik tulang pulak. Mak tak kata apa... Itu penangan ayah, kalau mak pun lebih kurang sama je... memang Hitler belaka ibu bapa mama dulu..

Tiba2 ayah menghampiri mama yg berusia sekitar 5-6 tahun masa tu... Eh eh, ayah bawakan minyak utk sapu pada jari mama. Memang sayuuu... 3 jari mama bengkak...Semua senyappp... tak ada siapa bercakap, takde siapa beri komen..

Tapi... itu lah tanda kasihnya...kalau dia tak buat begitu, mungkin mama tak tau mengaji... macam mana nak sembahyang? macam mana nak ajar anak2 sendiri kenal alif ba ta?

Mengaji dgn Tok Andak

Darjah 1, ayah hantar mengaji dengan Tok Andak di hilir kampung. Jauh suraunya dari rumah mama. Mama dah boleh ngaji lancar, Seterusnya mama naik baca  Quran dan  diberi kepercayaan untuk ajar adik2 dan kawan2 yang masih merangkak. Kami sanggup aje sebab nak cepat habis dan pergi tumpang tengok tv kat rumah tok ngah Gayah sebelah surau. masa tu siapa datang awal, dapat no satu, ngaji dulu, habis dulu.. Hooray boleh tengok tv (cerita man from atlantis, incredible hulk.. antara yg famous zaman itu)

Kami jalan jauh utk pergi mengaji. nak kira berapa batu mama tak pandai pulak...tapi jauh la... masa datang ke surau, ikut jalan dalam kebun2.. tak panas. Jalannya lorong kecil  utk 1 manusia  je... tepinya semak samun memang tak leh jalan saing2, kena berbaris. Jalan ni lalu kawasan tak jauh dari kubur...He he he. jadi, kami tak suka balik ikut jalan ni.  Kdg2 babi melintas la.. Terkejut badak kami semua..

Jadi kalau ramai yg datang malam tu dari kawasan kami, hujung sebelah sini kampung, kami berani balik jalan yang sama. kalau tak, kami pakat2 balik ikut jalan satu lagi, susur tepi jalan raya.. Tapi zaman dulu, mana ada kenderaan malam2...

Banyak pengalamannya... Hujan dalam perjalanan malam2... kadang hujan air batu. Sampai rumah kami basah kuyup. minum kopi panas... Jumpa ular di lenyek kereta,  yang hidup menjalar lintas jalan pun kami dah biasa... Berbekalkan torch light, kami jalan balik kdg2 10 org... berani!!! Zaman dulu kami takut hantu!!!, tak bimbangkan org jahat.


Tapi yang tak bestnya ada hari yg kdg2 ramai kawan tak datang mengaji. Bila nak balik, seram la sikit...

Pengalaman misteri kereta biru..
Malam tu mmg ramai kawan  tak datang mengaji. Cuma mama, Angah (adik perempuan mama) dan Mat Jamlus (skrg kami panggil Pak Mat jamlus) Dari surau, tgk tv rumah tok ngah... tamat cerita, kami bertiga pun keluar untuk berjalan pulang. Pot pet pot pet berbual, kami sampai di kawasan batas paya utk naik bukit menuju jalan raya. Mama bawa lampu suluh...

Tiba2! kami nampak di jalan raya sana, sebuah kereta biru berhenti. kami masih jauh utk tiba ke jalan raya tersebut. Pak Mat suluh ke arah jalan betul2 ke arah kereta tu. Pintunya dibuka dan kemudian ditutup. Kami terhenti!! Eh eh, takde orang.. 

Apa lagi... kami buka langkah seribu patah balik ke rumah Tok Ngah Gayah. Pucat lesi ketakutan. Malam tu kami nekad takkan balik selagi takde orang ambik. Akhirnya ayah datang dengan motor dan follow kami yg berjalan kaki bertiga.. Nak naik tak muat moto...

Ha ha ha... lucu bila fikirkan kembali...

Susah payah cari ilmu dulu2. 

Nota : Rakan2 mengaji yg teringat dan dapat di catat Mak Busu, pak tam, mat jamlus, ayu, intan, baha, zana kak semik, burhan, denan... dan lain2 yang mungkin tak tercoret di sini..

Dicoret di Rumahku Syurgaku.