Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts

Wednesday, 29 July 2015

keringkan kasut sekolah dengan mudah

Assalamualaikum.
Moga ceria bersama keluarga, sahabat dan yang tersayang.

Hari ini mama nak kongsi sedikit petua membersihkan dan mengeringkan kasut sekolah dengan mudah.


Nak perkenalkan sabun basuhan Shaklee Fresh Laundry Concentrate. Bukan semata-mata untuk cuci pakaian tapi bagi mama banyak sangat gunanya.. antaranya mama suka gunakan sedikit untuk cuci lantai bilik air dan tandas. Wah.. ia seperti menyerap semua bau yang kurang enak tu.. Tak wangi tapi segar dan tak langsung tinggal bau bilik air.
(Info lengkap Fresh Laundry)

BASUH KASUT

Kasut kotor Mia.. Ini pun kira bersih la sikit dari biasa.


Dah disumbat dengan kain

Jemur tepi tingkap je..
Jadi, untuk basuh kasut.. boleh juga ambil air sisa dari basuhan pakaian.. guna semula untuk merendam kasut sekolah tu sekejap.

Lepas tu.. cuci macam biasa.. memang bersih..
Ni yang dah kering

Okay.. nak keringkan pulak..
Ambil kain buruknyang bersih.. terbaik ialah kain yang kuat menyerap air seperti tuala lama, kain batik lama dan t-shirt cotton.

Masukkan dalam kasut hingga padat..sejam kemudian keluarkan kain tu. Kita akan lihat kain tu dah serap air dari kasut..seterusnya boleh jemur atau letak tingkap atau pintu. Slps 4-5 jam kasut dah kering.

Tak perlulah jemur di terik matahari kecuali kalau nak matikan kuman atau sebagainya. Suka hatilah..

Kasut jadi bersih kerana air2 yang ada saki baki kotoran dah serap ke kain buruk. Memang beza sangat kasut yang dikeringkan cara ini dengan yang dijemur di panas matahari.

Selalunya anak- anak mama tak kapur pun. Jimat dan lagi bagus sebab bentuk kasut pun terjaga.

Di sini mama dah sertakan gambar.

Selamat mencuba..

(Idea ni timbul kerana Dalily pernah menangis risaukan kasutnya basah.. sedangkan esok dah nak sekolah. Sejak itu cara ni dah jadi wajib pulak)

Selamat mencuba.

Untuk tempahan FRESH LAUNDRY CONCENTRATE.. hubungi Ieja 019 2247004.



Saturday, 15 June 2013

pemilihan makan pesakit diabetes



Kunci diet utk penyakit diabetes ialah mengawal gula di dalam darah.

4 kategori makanan 

1. Bebas makan
Semua sayur hijau kecuali sayur berkanji
Semua cecair dan minuman tanpa gula
Perasa dan perencah spt remaph ratus dsb.

2. Makanan perlu sukat
Kumpulan karbohidrat
Nasi dan bijirin
Segala roti
Mi, bihun, pasta
Sayuran berkanji
Buahan
Kekacang

3. Perlu elak
Semua mknn manis
Makanan tinggi lemak tepu- santan, minyak sapi, butter, Lemak trans - majerin, makanan diproses, lelemak
Kolestrol- organ dalaman, kuning telur, makanan laut, daging merah

4. Makanan yg digalakkan
Yg tinggi serat.

Photo: Kunci diet utk penyakit diabetes ialah mengawal gula di dalam darah.

4 kategori makanan 

1. Bebas makan
Semua sayur hijau kecuali sayur berkanji
Semua cecair dan minuman tanpa gula
Perasa dan perencah spt remaph ratus dsb.

2. Makanan perlu sukat
Kumpulan karbohidrat
Nasi dan bijirin
Segala roti
Mi, bihun, pasta
Sayuran berkanji
Buahan
Kekacang

3. Perlu elak
Semua mknn manis
Makanan tinggi lemak tepu- santan, minyak sapi, butter, Lemak trans - majerin, makanan diproses, lelemak
Kolestrol- organ dalaman, kuning telur, makanan laut, daging merah

4. Makanan yg digalakkan
Yg tinggi serat.

Sama2 amalkan..

Sihat Itu Cantik.

Sama2 amalkan..

punca kulit kendur


Photo: Punca kulit kedut dan kendur

A. Faktor usia
Usia meningkat, paras hormon bsdan berkurangan. Bg wanita, hormon estrogen memainkan peranan penting utk menghasilkan kolagen. Apabila menopaus, hormon berkurang diikuti dgn kehilangan keanjalan kulit.

B. Graviti
Daya tarikan graviti menarik objek ke bumi. Begiru juga kesannya kepada kulit manusia.

C. Pancaran matahari
Pancaran kuat matahari menyebabkan proses pengoksidan (oxidative stress)

D. Kekurangan air
Air penting utk keanjalan kulit sekiranya badan mengalami dehidrasi, kulit akan mengendur dan berkedut.

E. Kurang vitamin
Kulit perlukan vitamin A dan C utk mwnghasilkan kolagen.
 Jd kekurangan vitamin A dab C juga memberi peluang utk kulit kendur.

F. Tabiat berulang
Tabiat suka tidur arah tertentu setiap kali meninggalkan kedut, garis dan kesan. Contoh lain ialah sikap suka mengerutkan dahi akan meninggalkan kesan yg kekal.

Perlukan produk utk atasi kekenduran? Contact Sihat Itu Cantik.. 019-2247004.


Punca kulit kedut dan kendur

A. Faktor usia
Usia meningkat, paras hormon bsdan berkurangan. Bg wanita, hormon estrogen memainkan peranan penting utk menghasilkan kolagen. Apabila menopaus, hormon berkurang diikuti dgn kehilangan keanjalan kulit.

B. Graviti
Daya tarikan graviti menarik objek ke bumi. Begitu juga kesannya kepada kulit manusia.

C. Pancaran matahari
Pancaran kuat matahari menyebabkan proses pengoksidan (oxidative stress)

D. Kekurangan air
Air penting utk keanjalan kulit sekiranya badan mengalami dehidrasi, kulit akan mengendur dan berkedut.

E. Kurang vitamin
Kulit perlukan vitamin A dan C utk mwnghasilkan kolagen.
Jd kekurangan vitamin A dab C juga memberi peluang utk kulit kendur.

F. Tabiat berulang
Tabiat suka tidur arah tertentu setiap kali meninggalkan kedut, garis dan kesan. Contoh lain ialah sikap suka mengerutkan dahi akan meninggalkan kesan yg kekal.



Cara mengatasi




Untuk pertanyaan tentang produk, hubungi

Rosliza Kamaludin

kekal langsing

Tip badan kekal langsing

1. Jika ambil produk pelangsingan, ambil secara berterusan utk memastikan faedahnya.

2. Pemakaian korset... rasa macam menyiksa juga la..kan?

3. Buat aktiviti yang sesuai asalkan tidak memudaratkan spt jogging, aerobik & exercise

4. Amalkan makanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Jika tiada usaha tiada la hasil...
Betul tak?
Cubalah praktikkan.

Monday, 8 April 2013

kelahiran anak secara 'induction'

Sejurus kelahiran anak sulung.

Yang no 2 ni memang mulut riuh dan kepoh sampai sekarang...


Assalamualaikum.

Hari ini nak kongsi pengalaman melahirkan cahaya mata kami yang berlima. 

5 kali pengalaman bersalin, 5 kali juga mama jalani proses 'induction of labour'.

Lucu terkenang tawaran doktor masa nak bersalin anak ke 4. "You nak tunggu seminggu lagi boleh" Mama jawab, tak perlu la doc. Dah 3 orang sebelum ni penat saya tunggu tapi kena 'induce' juga. Kita set tarikh induce aje la"

Menunggu tarikh induction anak ke 3, mama pergi berkebun secara kecil-kecilan di luar rumah. Hmm... masih tak muncul rasa sakit bersalin, esoknya ikut tempahan tarikh mama pergi hospital  serah diri utk proses 'induction' juga.


Haa... giliran anak ke lima pulak, harap-harap merasa sakit nak bersalin (gilakan? Org tak nak sakit, kita nak merasa) Ada juga 2 kali terasa 'contraction', call suami balik tapi bila dia sampai ke rumah, 'contraction' pun hilang. Kami kena acah aje rupanya...

Yang tak best tentang pengalaman ni ialah, ibu selalu risau dan tak boleh lena tidur malam kerana dah lewat dari tarikh tapi baby belum lahir juga. 

Maka tugas ibu ialah selalu semak denyutan jantung dan bilangan gerakan baby. Kalau rasa terlalu risau pergilah ke klinik dan minta doktor buat pemeriksaan. Kalau dah tak boleh tidur, bagus kita solat  dan berdoa mohon Allah permudahkan dan beri ketenangan kepada kita.

Sebelum bersalin selalunya mama kemas rumah, siap2... sebab nak berpantang nanti tak boleh nak berkemas dah. Mama tolak almari, katil, ubah perabot sana sini.. Semuanya mama buat supaya lebih mudah bersalin kononnya. 

Caranya??? Mama tolak perabot2 tinggi dengan bahagian belakang badan kerana perut dah bulat macam bola besar!!!

"Buk.... buk nggak takut kerja berat2?" soal pembantu rumah semasa menunggu kelahiran anak ke 4. Maya yang masih bujang agak hairan dengan gelagat mama? 
"Takut jugak... sebab tu, bila penat saya rehat dulu...." jawab mama pula.

Apa pun mama buat, mama tetap bersalin secara 'induction'. Jalan buka paling besar pun 2 cm, selebih dari itu, baby mungkin berusaha tetapi tak berjaya memecahkan selaput mentuban tu..

Dah serah diri di hospital, selaput mentuban akan dipecahkan oleh doktor. Ubat dimasukkan ke pangkal rahim untuk membantu rahim melembut dan membuka laluan untuk proses kelahiran. Selepas beberapa ketika, barulah rasa sakit datang. Haa... saat ni rasa macam kita senggugut teruk... yang pasti mama perlu bertahan menanggung sakit tu selagi bukaan belum cukup besar untuk proses kelahiran. Masa ni la yang dikatakan orang, 'induction' itu sakit. 

Cara nak hadapi saat2 ini yang mama dapat dari pengalaman mama, ialah

1. Baring mengiring ke kiri dan ubah ke kanan bila penat unuk bantu bukaan lebih cepat. (Ikut ajaran bidan2 yang menjaga mama semaalsa sakit)

2. Banyakkan berdoa sepanjang proses itu. Ingat pada Allah, mohon diberi kemudahan bagi diri sendiri dan bayi kita. (antaranya doa yang diajar ustaz sebagai amalan masa hamil supaya dimudahkan)
Masa sakit, lidah tak berhenti mohon Allah mudahkan untuk mama dan baby. Takde lain dlm doa dan hati.. tu je.. nk baca pjg2 tak sempat la.. tgh sakit kan...

3. Ibu jangan teran terlalu awal walaupun sakit tu datang. Dialog yang pasti mama dengar ialah suami akan kata, "Sakit? jangan teran dulu. Tunggu bukaan cukup besar"  (ni panduan dia dpt masa mama bersalin anak sulung) Bagus juga ada org pesan2. Kalau tidak, rasa nak teran je bg keluar segala sakit. (Hihi..) Sebabnya kalau mama teran terlalu awal gara2 cuba menghilangkan sakit, dinding laluan kelahiran akan bengkak dan laluan keluar bayi nanti jadi sempit.. Itu yang mama faham bila dipesan oleh doktor dan bidan2 yang menjaga mama sejak anak yang pertama.

4. Kuatkan semangat untuk bersalin secara 'normal" dan jangan mengaku kalah sehingga terpaksa ditolak ke bilik pembedahan pula. Kaedah 'induction' ada kala mengambil masa, jadi tak hairan kalau ibu jadi letih dan tak berdaya. Jadi jagalah makan minum di saat2 hampir bersalin supaya cukup tenaga. Alhamdulillah dengan saiz badan mama yang kecil ni, tenaga teran mama mampu lakukan untuk kelahiran anak-anak 3kg lebih dan Damia seberat 4.14 kg.

Kesimpulannya, kita mampu lakukan dengan baik walaupun  sakit 5-6 jam... sementara tiba masa melahirkan. 

Jangan risau, bila baby lahir, semua sakit akan hilang...senyum je yang terukir.

Berfikiran positif dalam.apa jua keadaan. Redha dan tabah dengan ujian2. Ujian tak serupa utk setiap ibu. Yg terbaik Allah beri utk kita.

Salam.
Moga dapat menjadi sedikit panduan..


Sunday, 16 December 2012

Proses urutan wajah

Sekadar menjalankan tanggungjawab kita menyebarkan ilmu yang bermanfaat, saya ingin kongsikan dengan pengunjung blog ni Proses Urutan Wajah.




Cubalah.. Kaedah inikan percuma.

Saturday, 8 December 2012

panduan mkn vitamin



Setuju tak kalau saya katakan setiap yang dilakukan mesti dlakukan dengan aturan yang betul supaya hasilnya berkualiti.

Makan vitamin atau makanan tambahan juga sama kaedahnya.. kalau tak betul, hasilnya tidak begitu memberansangkan..

Ada segelintir pemngguna vitamain yang tidak mendapat manfaat daripada vitamin yang dimakan.

Amalkan ini...

1. Minum banyak air kosong. Air manis meningkatkan kepekatan darah, blh sebabkan kegemukan. Air kosong membantu penyerapan vitamin oleh badan kita.

2. Agihkan pengambilan vitamin suapaya tidak diambil serentak dan terlalu byk pada satu2 masa. jangan makan vitamin sebelum tidur kerana kita tidak minum semasa tidur kecuali dalam mimpi... (he he). Makan byk vitamin serentak, membebankan organ dan buah pinggang pada satu masa.



3. Jangan makan vitamin dengan ubat. Jarakkan pengambilan 1-2 jam antara vitamin dengan ubat doktor.


4. Kurangkan ambil kafein. Ia melunturkan kesan vitamin yg dimakan. Seolah2 anda makan vitamin  yang kosong dan tiada faedah sedangkan kita bayar mahal utk semua vitamin kita.


5. Multivitamin yang lengkap dgn zat besi jgn dimakan dengan minuman  bersusu. Vitamin E tidak dimakan dengan alfalfa kerana Alfalfa mengganggu penyerapan Vitamin E.



Kesimpulan : Belajar, hayati dan amalkan cara yang betul


Hubungi Ieja 
sms/whatsapp : 019-2247004

ID Shaklee 889811
fb: http://www.facebook.com/roslizasubang
page : http://www.facebook.com/SihatItuCantik




Thursday, 11 October 2012

SAYANG SUAMI

SAYANG SUAMI


sayang2 suami... apabila terpaksa outstation bekalkan pek2 harian supplementnya... tanda kasih dititipkan bersama. semoga tugasannya berjalan lancar. Insyaallah.

Sunday, 7 October 2012

MINUM AIR KOSONG

CARA MINUM ANDA....

Bayangkan perut kita ni tangki air... kalau kita isi air banyak2 tanpa kawalan (pelampung dalam tangki air).. akhirnya melimpah kan? Air yg melimpah dah tak dapat dimanfaatkan...

Begitulah badan kita... Kalau kita minum banyak secara sekaligus... kita cepat buangkan... Cuba minum banyak dalam kaedah yang kerap... ia dapat di serap perlahan2 oleh badan (dalam ayat yg mudah). Bekalan  biar berterusan...bukan macam banjir kilat....

(Petua di atas dikongsi daripada Mr Chong Senjasa Ent)