Dialog yang tak boleh dilupakan.
Mama : Mia solat dulu
Orang solat nanti nampak wajah bercahaya..
Lily : Ya kan mama? Mia tu selalu nak elakkan solat.
Mama : Jangan Mia.. nanti muka tak bercahaya..
Mia : Hmm... muka mama tu pun gelap je....
Sabar je...
Mama tak tau nak jawab dah...
Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan
Showing posts with label Kisah anak. Show all posts
Showing posts with label Kisah anak. Show all posts
Monday, 25 May 2015
Tuesday, 21 April 2015
Saturday, 14 February 2015
syiling 60 sen
Peristiwa hujung minggu.
Anak : Emak, saya tak dapat beli pembaris RM1.60.
Emak : Kenapa ? Bukankah kamu dah ada RM1.60?
Makcik : Ye, makcik pun dah tambahkan 60 sen.
Pak Alang : Eh, kamu pun minta 60 sen daripada Pak Alang tempoh hari.
(Semua orang tertanya-tanya.)
Anak : Masalahnya... semua orang berikan saya 10 sen dan 20sen.. tak ada yang bagi 'duit 60 sen'..
Emak, Makcik dan Pak Alang ketawa...
Rupa-rupanya si anak menunggu wang syiling 60 sen. Hahaha..Duit Malaysia memang tak ada syiling 60 sen wahai anakku sayang Damia.
Penyiasatan tamat...!!!
Anak : Emak, saya tak dapat beli pembaris RM1.60.
Emak : Kenapa ? Bukankah kamu dah ada RM1.60?
Makcik : Ye, makcik pun dah tambahkan 60 sen.
Pak Alang : Eh, kamu pun minta 60 sen daripada Pak Alang tempoh hari.
(Semua orang tertanya-tanya.)
Anak : Masalahnya... semua orang berikan saya 10 sen dan 20sen.. tak ada yang bagi 'duit 60 sen'..
Emak, Makcik dan Pak Alang ketawa...
Rupa-rupanya si anak menunggu wang syiling 60 sen. Hahaha..Duit Malaysia memang tak ada syiling 60 sen wahai anakku sayang Damia.
Penyiasatan tamat...!!!
Friday, 6 February 2015
Solat Zuhur vs Solat Jumaat
Mia dah darjah 1.
Hari ini pulak hari Jumaat..
Mia ke sekolah petang agak lewat iaitu 2 ptg.
Jadi sempatlah mama suruh Mia solat Zuhur di rumah..
Semasa abah Mia mkn tengahari tadi.. Mia menyoal. "Abah, solat Jumaat berapa rakaat?".
"Dua.." jawab abahnya..
Mia diam sahaja...
Abah Mia dah ke masjid... Sampailah masa Mia diajak solat..Mia pun berhujah..
"Tak adillah..Mia solat 4 rakaat, orang kat masjid solat 2 rakaat je.."
Alamak.. macam mana nak jawab?
Haha.. panjang lebar mama jawab untuk Mia.. kalau u all..jawab apa agaknya?
Cuba share jika ada idea...
Hari ini pulak hari Jumaat..
Mia ke sekolah petang agak lewat iaitu 2 ptg.
Jadi sempatlah mama suruh Mia solat Zuhur di rumah..
Semasa abah Mia mkn tengahari tadi.. Mia menyoal. "Abah, solat Jumaat berapa rakaat?".
"Dua.." jawab abahnya..
Mia diam sahaja...
Abah Mia dah ke masjid... Sampailah masa Mia diajak solat..Mia pun berhujah..
"Tak adillah..Mia solat 4 rakaat, orang kat masjid solat 2 rakaat je.."
Alamak.. macam mana nak jawab?
Haha.. panjang lebar mama jawab untuk Mia.. kalau u all..jawab apa agaknya?
Cuba share jika ada idea...
Wednesday, 21 January 2015
Menghentikan kebisingan anak-anak
Petua ZOMBIE....
Bila Damia lari ke sana sini.. mama jadi rimas.
Damia kata "Mia lari sebab Adam jadi zombie..."
Ok... maka mama dgn sukahatinya cadangkan.. "Jom Mia, kita jadi zombie jugak.. "
Diringkaskan kisah... sudah ada 3 zombie dan tiada lagi yg kena kejar...
Kisah pun tamat sebab zombie2 kecik penat dan tidur!!!
Bila Damia lari ke sana sini.. mama jadi rimas.
Damia kata "Mia lari sebab Adam jadi zombie..."
Ok... maka mama dgn sukahatinya cadangkan.. "Jom Mia, kita jadi zombie jugak.. "
Diringkaskan kisah... sudah ada 3 zombie dan tiada lagi yg kena kejar...
![]() |
| Gambar hiasan : Lukisan Elsa Frozen oleh kakak Lily |
Kisah pun tamat sebab zombie2 kecik penat dan tidur!!!
Monday, 19 January 2015
berhenti lampin pakai buang
Si hero kecik..Muhammad Adam memang tak suka lipas. Kalau kata ada lipas.. Adam mmg tak jengah le tempat tu..
Hari ini mama cuba lagi untuk memisahkan Adam dari lampin pakai buangnya... dah 3 tahun lebih.. masih lg tak mahu lupakan diapers.. kalau dipakaikan seluar dalam pun.. ditanggalkan dan dicarinya juga diapers...
Hari ni..Adam terpaksa mama temberangkan sikit...
"Adam, tadi mama rasa mama nampak lipas pergi dekat plastik pampers Adam laa.. "
Adam terus batalkan hasrat nak pergi mengambil diaper..tercengang.. serba salah.
Mama pun sambung temberang.. "Hmm.. mama tak nak gi ambil pampers Adam.. mama tak nak jumpa lipas tu...Adam pergi la ambil..."
Adam geleng kepala.. Mama pun peluk dia sambil puji seluar merah yang cantik... lipas takde seluar cantik macam Adam.. biar la lipas pakai diaper... tak cantik..
Adam angguk dan senyum..
Akhirnya tidur tengahari..TANPA DIAPER for the first time ... sejak lahir.. haha.. terukkan mama dia? Gagal memujuk Adam selama ni...
Bila Adam terjaga.. berkejarlah bawa dia gi tandas... selamat 1 pusingan.. kejap lagi kena berkejar lagi..
Takpe.. yg penting Adam mesti dipisahkan dari lampin PAKAI BUANG nya... Insyaallah.. doakan mama berjaya.
SORRY ADAM.. DAH BESAR NANTI MAMA CERITAKAN PADA ADAM.. SALAH SATU PEMBOHONGAN YG MAMA BUAT.. huhu..
"Adam!!!! Jom gi toilet "
Hari ini mama cuba lagi untuk memisahkan Adam dari lampin pakai buangnya... dah 3 tahun lebih.. masih lg tak mahu lupakan diapers.. kalau dipakaikan seluar dalam pun.. ditanggalkan dan dicarinya juga diapers...
Hari ni..Adam terpaksa mama temberangkan sikit...
"Adam, tadi mama rasa mama nampak lipas pergi dekat plastik pampers Adam laa.. "
Adam terus batalkan hasrat nak pergi mengambil diaper..tercengang.. serba salah.
Mama pun sambung temberang.. "Hmm.. mama tak nak gi ambil pampers Adam.. mama tak nak jumpa lipas tu...Adam pergi la ambil..."
Adam geleng kepala.. Mama pun peluk dia sambil puji seluar merah yang cantik... lipas takde seluar cantik macam Adam.. biar la lipas pakai diaper... tak cantik..
Adam angguk dan senyum..
Akhirnya tidur tengahari..TANPA DIAPER for the first time ... sejak lahir.. haha.. terukkan mama dia? Gagal memujuk Adam selama ni...
Bila Adam terjaga.. berkejarlah bawa dia gi tandas... selamat 1 pusingan.. kejap lagi kena berkejar lagi..
Takpe.. yg penting Adam mesti dipisahkan dari lampin PAKAI BUANG nya... Insyaallah.. doakan mama berjaya.
SORRY ADAM.. DAH BESAR NANTI MAMA CERITAKAN PADA ADAM.. SALAH SATU PEMBOHONGAN YG MAMA BUAT.. huhu..
"Adam!!!! Jom gi toilet "
Sunday, 15 December 2013
supplement shaklee utk anak
Anak2 kita memang dilahirkan dgn keupayaan minda dan fizikal yang berlainan namun kita bersyukur dgn kurniaan ilahi. Sesungguhnya ada insan lain yang lebih diuji.
Ingat tak masa kita hamil.. sejauh manakah kita jaga pemakanan kita? Banyak faktor yg mempengaruhi masa lampau kita, termasuklah pengetahuan, taraf ekonomi kita..capaian maklumat pemakanan dan macam2 lagi.
Ok la.. biarkan yang lepas tu berlalu dan kita redha.
Kita fikirkan langkah di depan kita. Dgn rezeki yg Allah berikan.. mari kita sediakan set kesihatan fizikal dan minda utk anak2. Ikut kemampuan, ikut keperluan.. Kita bantu apa yang termampu utk masa depan anak2. Semoga Allah swt memberi hasil yang lumayan diatas kesedaran dan usaha kita ini.
Ingat tak kisah awal tahun Damia?
Alhamdulillah, kami berusaha setakat mampu dan berikan dia supplement Shaklee..
Damia jadi murid cemerlang dengan peratusnya 100%. Kami mengusik Mia, "Soalan semua senag2 kot..."
Mia kata " Bukan Mia dah pandai".Mia peduli apa. Bila tanya soalan periksa senang ke susah, Mia jawab"Entah la Mia tak tau, Mia tulis dan warna je"
Mia yg asalnya suruh mama lukis gambar princess dan kek pun dapat nombor 2 mewarna. Cukup la tu... Rezeki kan?
Mama dan abah bersyukur.
Baca kisah awal Damia di sini takut-ke-sekolah

Anak takde mood, selalu letih, mengantuk, senggugut, stress..
Hubungi utk info lanjut. Sms/w.app 0192247004 atau pm.
Ingat tak masa kita hamil.. sejauh manakah kita jaga pemakanan kita? Banyak faktor yg mempengaruhi masa lampau kita, termasuklah pengetahuan, taraf ekonomi kita..capaian maklumat pemakanan dan macam2 lagi.
Ok la.. biarkan yang lepas tu berlalu dan kita redha.
Kita fikirkan langkah di depan kita. Dgn rezeki yg Allah berikan.. mari kita sediakan set kesihatan fizikal dan minda utk anak2. Ikut kemampuan, ikut keperluan.. Kita bantu apa yang termampu utk masa depan anak2. Semoga Allah swt memberi hasil yang lumayan diatas kesedaran dan usaha kita ini.
Ingat tak kisah awal tahun Damia?
Alhamdulillah, kami berusaha setakat mampu dan berikan dia supplement Shaklee..
Damia jadi murid cemerlang dengan peratusnya 100%. Kami mengusik Mia, "Soalan semua senag2 kot..."
Mia kata " Bukan Mia dah pandai".Mia peduli apa. Bila tanya soalan periksa senang ke susah, Mia jawab"Entah la Mia tak tau, Mia tulis dan warna je"
Mia yg asalnya suruh mama lukis gambar princess dan kek pun dapat nombor 2 mewarna. Cukup la tu... Rezeki kan?
Mama dan abah bersyukur.
Baca kisah awal Damia di sini takut-ke-sekolah

Anak takde mood, selalu letih, mengantuk, senggugut, stress..
Hubungi utk info lanjut. Sms/w.app 0192247004 atau pm.
antara lawak emak dan abah
Lawak emak
Mak : kalau bela lalang dapat apa?
Anak : semak!!
Mak : belalang!!
(Ini kira lawak manja dgn budak2.)
Tapi lawak abah
Abah : kalau letak jem dalam balang dapat apa?
Anak : ????
Mak : JEMBALANG!!!
(Lawak abah memang lawak GANAS!! Bukan fikir luar kotak..tapi kena fikirkn jawapan di luar kewarasan OTAK)
satu lagi..
Anak : Abah, macam mana nak lukis gambar hantu?
Abah : Senang je.. tengok kakak kamu bangun tido, lukis gambar dia, jadilah gambar hantu tu...
Anak : (Confuse)
Mak : kalau bela lalang dapat apa?
Anak : semak!!
Mak : belalang!!
(Ini kira lawak manja dgn budak2.)
Tapi lawak abah
Abah : kalau letak jem dalam balang dapat apa?
Anak : ????
Mak : JEMBALANG!!!
(Lawak abah memang lawak GANAS!! Bukan fikir luar kotak..tapi kena fikirkn jawapan di luar kewarasan OTAK)
satu lagi..
Anak : Abah, macam mana nak lukis gambar hantu?
Abah : Senang je.. tengok kakak kamu bangun tido, lukis gambar dia, jadilah gambar hantu tu...
Anak : (Confuse)
Sunday, 11 August 2013
anyam sarung ketupat.
Imbas semula... sebelum raya
Kursus anyam ketupat..
Jom anak2ku..

Cik kak.. muka kena manis.. baru la menjadi ketupatnya... serius benor!!!

damia bangun pagi2..
"Wah banyaknya TUPAI...!!"
tukar perkataan lagi ...

SelePas QC.. dayana lulus. Lega ..ada tenaga pengajar baru utk thn depan.

Percubaan... rupa ada.. rasa tak tau laaa..

Kursus anyam ketupat..
Jom anak2ku..

Cik kak.. muka kena manis.. baru la menjadi ketupatnya... serius benor!!!

damia bangun pagi2..
"Wah banyaknya TUPAI...!!"
tukar perkataan lagi ...

SelePas QC.. dayana lulus. Lega ..ada tenaga pengajar baru utk thn depan.

Percubaan... rupa ada.. rasa tak tau laaa..

waktu solat
Di Kuantan.
Lily : Mak.. dah boleh solat ke? Azan kat masjid dah tamat.
Mak : Boleh la.
Tiba2.. azan di TV berkumandang (bg kawasan Kuala Lumpur/ selangor)
Lily : Boleh ke lily solat sekarang? Lily kan org selangor?
Mak: oww... kih kih kih..(dalam hati kata.. telitinya lily)
Lily : Mak.. dah boleh solat ke? Azan kat masjid dah tamat.
Mak : Boleh la.
Tiba2.. azan di TV berkumandang (bg kawasan Kuala Lumpur/ selangor)
Lily : Boleh ke lily solat sekarang? Lily kan org selangor?
Mak: oww... kih kih kih..(dalam hati kata.. telitinya lily)
Wednesday, 27 March 2013
Doa untuk ikhtiar dapat anak lelaki
Kisah bermula dengan anak sulung Nur D... bt...
kedua Nur D... bt ...lagi
ketiga Nur D.. bt ...lagi
ke 4 cadang nak namakan Adam atau Daud...
opps... Nur D... bt ... lagi..pada usia 38 tahun.
Akhirnya mama redha. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. 4 cahaya mata perempuan. Mama teringat perbualan dgn Dato' Doktor Siti Zaleha semasa hamilkan Dini. "You nak anak berapa orang?" tanya doc Siti. "Lima", mama jawab ringkas.
"Kenapa lima... biasanya orang nak bilangan genap.." mungkin komen Doc Siti berdasarkan pengalamannya. "Entah la... memang rasa nak lima orang" jawab mama. Setiap kali hamil... Doc Siti scan kandungan mama... dan empat kali la keputusannya "Baby girl..." Dah penuh baju budak perempuan di rumah mama. Kalau Dini dengan Dayana... asyik sedondon.. Lama2 mama belikan lain2 fesyen supaya bila Dini besar, Dayana tak jemu kutip baju kakaknya... (Idea 'reuse' tetap terlaksana)
Mama pulak suka menjahit... macam2 rekaan dibuat dari kain2 perca dan kain2 penghabisan stok di kedai (murah sikit). Bila hari raya berderet baju perempuan yang siap dijahit.. paling sikit 2 pasang seorang. Meriah.. meriah...
Hmmm... mama memang tak mudah putus asa... Mama pasang niat "Jika ada rezeki lagi, ada la.... Kalau dah umur 40 tahun takde lagi rezeki... redha la.... Tak perlulah risaukan sangat"
Jun 2010... mama hantar bibik balik selepas setahun kontrak... Bibik ni yg kelima tinggal dengan mama termasuk 2 orang yang sempat 3 minggu dan sebulan (akibat tak lulus medical check up). Walaupun setahun mama rasa perlu hantar pulang kerana mama tak mampu membimbing dia seperti bibik2 yang lalu.. (Tak perlu lah diceritakan kisahnya... tak baik. mama pun dah redha)
Bulan November 2010 mama akan sambut usia 40 tahun... Hmmm... macam takde rezeki dah..tapi mama pernah pesan bila emak pegi Haji doakan anak lelaki utk mama. Lepas tu pak alang mama pergi haji mama pesan lagi. Tak apa la... Allah tahu yang terbaik... sekurang2nya mama ada 4 anak perempuan. Sudah lebih baik daripada orang yang tak ada zuriat.
Di samping itu, mama tetap berdoa kepada Allah swt jika ada rezeki mama. Bulan Ramadhan 2010 mama dan rakan2 bertadarrus seperti biasa dan adat la bagi wanita seorang demi seorang datang bulan dan cuti mengaji..Kebetulan kumpulan mama ketika itu bersama dengan BOSS besar. Dia dah menopous... asyik la bersaing dgn mama sebab mama aje yang tak datang2 BULAN nya...
Alahmdulillah... dalam bulan Ramadhan yang mulia dapat keputusan mama hamil lagi untuk anak kelima.. Kak Noorma kawan mama berkongsi dengan mama doa yang diamalkan untuk ikhtiar dapat anak lelaki.. nak dijadikan cerita, kak Noorma ada lima anak perempuan dan yang ke 6 baru dapat lelaki...
Ini lah doanya
Mama dan suami pun amalkan doa yang diberi. Alhamdulillah rezeki itu daripada Allah, bila Doc Siti scan mama nampak dengan jelas al-'bird' baby dalam rahim mama. Cuma mama tak nak harap sangat tapi bila Doc bgtau "Baby boy ye...". mama senyum sendiri, dah tak excited sebab dah tak nak berharap sangat. Membesarlah baby tu dalam kandungan. Cuba baca terjemahan doa tu...Dalam doa yang mama amalkan tu, mama dah niatkan nak namakan dia Muhammad, maka bila lahirnya pada 3 mei 2011 (mama dah hampir 41 tahun) dia dinamakan Muhammad Adam.
Syukur syukur syukur ya Allah.
Bagi ibu bapa di luar sana, jangan putus asa... terus berdoa kerana Allah mendengar doa kita.. Doa dengan yakin bahawa yang terbaik Allah akan berikan pada kita..
Semoga Adam terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. amin..
Baca lagi di set kesuburan
Thursday, 21 March 2013
takut ke sekolah
Lama tidak dapat meluangkan masa menulis. Seperti nasihat kepada anak2, Dahulukan yang penting.
Banyak tugasan yang perlu dibereskan. 24 jam terpaksa diagihkan baik2 utk kerja, anak2 dan rehat. Mama bimbang terleka dan mengabaikn anak2.
Kadang2 bila dah balik, sengaja duduk2 dan menemankan mereka terutamanya yang kecil.
2 bulan sekolah tadika.. kami sedari Damia ada masalah. masa cuti tahun baru Cina, hantar dia ke sekolah, mama perasan wataknya berubah. Mia yg lincah jd murung, diam terutama sekali bila sampai ke sekolahnya.
Tamat Februari suami beritahu cikgu Mia kata Mia slow, dia dah asingkan Mia. Terkejut!!! mama memang terkejut. Kesian Mia, diasingkan.
Setiap pagi Mia menangis tak mau sekolah. "Mia tak nak sekolah, Mia nak duduk rumah, Mia strong boleh tinggal d rumah sendiri."
"Eh eh.. Mia yang kepoh dan kecoh jadi begini?" Apa yang berlaku sebenarnya?
Mama pun berbual dengan Mia, menyoal siasat. Kata Mia, "Cikgu gemuk marah Mia" "Tiap hari cikgu gemuk marah Mia" Siapa cikgu G? kenapa Mia tak sebut namanya? Tak ingat nama cikgu la tu..
Satu hari, Mia tak ke sekolah dan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh. menangis dan sungguh2 tak nak sekolah. Puas abah Mia pujuk, tak berjaya.
Keesokan harinya, mama pujuk Mia, terpaksa kejut mia 6.30 pagi sedangkan mia sekolah pukul 8 pagi. Biasanya Mia mandi sendiri, hari itu, mama pujuk dan mandikan.
Pukul 6 pagi, saya mesti bangun,
terus gosok gigi mandi dan minum
salam pada ibu dan juga ayah,
terus ambil buku pergi sekolah.
jalan tepi2, jalan cepat2,
datang pagi2, bersihkan kelas
rajin la rajin, ingat kata guru,
jangan main2, jangan meniru.
Sambil mandikan mia mama bernyanyi.. lagu mama, adik dan mak usu nyanyi kecil2 sambil main buaian bawah rumah aki (datuk) 30 tahun dahulu.
Siap mandi, ajak mia pergi beli kuih kat gerai depan rumah. Mia seronok... hari itu Mia pergi sekolah. "Takpe, nanti mama, kakak dan abah akan ajar Mia sehingga pandai, cikgu Mia sayang murid pandai. Hari ni Mia pergi sekolah... mama berikan Mia pensel warna baru" mama memujuk Mia sambil mengikis pensel warna dan tulis nama Mia.
"Mia tengok ni, kira semua ada dua belas batang...mesti cukup dan penuh kotak tau!" pesan mama sambil Mia makan nasi lemak. " nanti Mia warnakan cantik2, cikgu suka la..." "Kalau kawan ambil, Mia beritahu cikgu ye.." tambah mama.
Mia jawab, " Tak nak, nanti Cikgu gemuk marah Mia, tiap hari dia marah Mia" Alamak, masalah juga..
Oppsss... dari mana dapat pensel warna baru? ha ha.. memang abah Mia simpan 3-4 kotak pensel warna baru bila anak baru mula sekolah kerana tahun lalu Lily (kakak Mia) meragam tiap pagi dek pensel warnanya tak cukup (hilang di sekolah). Jadi, tahun ni dah stand by supaya kami tak stress pagi2.
Sambung semula cerita Mia.
Hari Mia dapat pensel warna baru, Mia tak de masalah dan tak murung bila ditanya tentang sekolah. Pensel warna pun dibawa balik cukup.
Di tempat kerja mama tanya rakan sama ada anaknya yg bersekolah dengan Mia ada masalah. kata rakan memang cikgu yg agak gempal tu garang sangat. dia sendiri pernah dengar caranya mengarah dan memaksa murid. " Kalau suami saya dengar macam tu kak, dah lama dia tukarkan anak saya ke sekolah lain", komen kawan mama. Hmmm.. 3 orang anak mama sekolah di situ, semuanya seronok.. Sayangnya guru mereka dah bertukar/ berhenti... mungkin guru baru yang ajar Mia.
Seminggu ini Mia happy. Tiap hari belajar dengan buku2 yang dibelikan abahnya. Mama pulak mesti melayan dia belajar 100% tanpa buat tugas lain. Kalau tidak, Mia mogok. Alhamdulillah, Mia menunjukkan perkembangan yang baik. Di rumah, bila ditanya tentang sekolah dia respon dengan baik. Bila kami tanya " Cikgu G_ _ _ _ ajar Mia lagi?" Mia jawab, "Tak, cikgu G_ _ _ _ dah meninggal...Cikgu Mia sekarang cikgu Ana Muslim, dia baik, cikgu kurus"
Amboi! sedapnya ayat....
Mama tanya abah Mia tentang cikgu G_ _ _ _ Mia. Kata abah Mia cikgu tu ada tapi agaknya ajar murid 6 tahun. tak ajar Mia dan murid 5 tahun dah. Oooo patut la Mia happy dapat cikgu kurus...
Sehingga hari ini, mama masih berfikir2 kenapa setiap kali tanya, Mia kata cikgu G itu dah meninggal... Mungkin kesan dan traumanya membuatkan dia cuba melupakan cikgu G.. Harap semuanya berjalan lancar selepas ini.
Hari ini, Mia tunjukkan kertas ujian Matematik Mac. 100%??? Ok la tu... setakat kenal angka dan warnakan...
Semoga cikgu Mia tak kata Mia 'slow' lagi. Mama faham, tujuan cikgu tu baik, tapi mungkin istilah yang dipilih kurang sesuai...
Doa mama.. " ya Allah, bukakan pintu2 ilmuMu buat anak2ku... Jadikan mereka hambaMu yang sabar, belajar dan beramal untuk kebaikan sejagat.." Amin.
Doa mama.. " ya Allah, bukakan pintu2 ilmuMu buat anak2ku... Jadikan mereka hambaMu yang sabar, belajar dan beramal untuk kebaikan sejagat.." Amin.
Wednesday, 27 February 2013
Curiga bila diam, lega bila bising
Sambil bekerja di dapur... terdengar suara Adam dan Mia bermain di bilik. Timbul rasa curiga kerana happy sangat bunyinya...
Mama tak jenguk tetapi hanya bertanya... "Mia, main apa dengan adik tu? Panjat katil ke? Nanti Adam jatuh...."
"Tak mak, panjat almari je...." pantas Mia menjawab. Aduhhh...Mama pun apa lagi... berlari jenguk ke bilik...Urut dada tengok mereka berdua.
Memang betul la... kanak2 kalau bising lebih baik daripada senyap... sebab bila senyap tu.. kerjanya lebih hebat dan kita tak tersdar tapi bila bising sempat jugak kita bertanya khabar dek kerana terkejut dengan jerik pekiknya.
Satu hari.. terdengar tangisan Adam di dapur. "Eh, tadi Dini jaga adiknya" hati mama berkata.
"Dini... kenapa usik adik tu... suka sangat dengar adik nangis?" mama menyoal dari bilik.
Senyap tiada jawapan, masih terdengar tangisan Adam...Mama dah hilang sabar, keluar dari bilik. Masyaallah... Adam menangis sebab dah basah kuyup kerana gagal dalam percubaan menuang air ke gelas. Dia panjat meja ketika kakaknya tertidur...
Dah banyak kali Adam ditangkap memanjat meja dan menuang air sampai tumpah.
Syukur sempat diselamatkan . Kalau tak bertelur lagi dahi Adam..
Dicatat di dapur tempat dapat ilham.
Friday, 25 January 2013
ke garisan penamat
Sekitar merentas desa sekolah..25 Jan 2013. Gambar ehsan si pemiliknya..terima kasih.
Tahun2 yang lalu sebelum berShaklee, Dini hanya mampu capai tempat ke 20++ dalam kategorinya.
Tahun ni Alhamdulillah dgn 2-3 latihan saja di sekolah Dini dah lonjak ke tempat ke 8. Moga dia maju dalam pelajaran seperti acara sukannya. Terfikir juga bila Dini bina staminanya... Jawapan yang mama temui mungkin kerana Dini dah konsisten dengan Shaklee. Tahun lalu kami sekeluarga belum kenal Shaklee.
Di rumah Dini dan adiknya adalah pembantu mama. Sebelum tidur mereka gosok baju adik2, sediakan kelengkapan Adam utk ke rumah pengasuh. Pagi mereka hantar barang2 adik, baju sekolah adik dan Adam ke rumah pengasuh di belakang rumah kami. Selain daripada tu, seperti anak2 lain mereka perlu siapkan kerja sekolah dan menyertai aktiviti sekolah.
Dini menuju garisan penamat. Bangga denganmu anakku... No 8 itu lebih bagus dari 80, 18... Tapi no 1 itu paling bagus...Cuba lagi.
Sekolah sampai 3 ptg. Latihan sukan sampai 4.30 ptg. Balik nk tolong mama, buat kerja sekolah, jaga adik... Memang kena ada tenaga extra....
Syukur, mereka ber 'VIVIX' tiap hari sekarang. Tapi ada juga yang culas...Biasa lah. Kalau ada yang tak sihat lagi la mama beri 2 kali VIVIX sehari.
Semoga mereka mampu berjaya dalam segala bidang yang mereka ceburi di samping menjadi isteri2 solehah satu masa nanti.
Gambar mama semasa sekitar usia Dini.. Tahun 1986.
KADANG KALA KITA BERLARI DI BELAKANG, TETAPI KITA MAMPU MEMOTONG UNTUK BERADA DI DEPAN...
SEMUANYA ADALAH KAWALAN MINDA..
Sayang anakku...
Utk para Athlit, diperkenalkan Performance Drink dari Shaklee..
Performance® Maximum
Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan
Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.
Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi 0192247004 utk tempahan atau boleh beli sendiri dgn harga ahli dgn ID 889811
Friday, 18 January 2013
anak kecil lebih percayakan gurunya
Seronok memandang anak2 bergelimpangan tidur. Dah puas kejar mereka lompat katil, bergumpal adik beradik, berguling. Darah mama ni turun... naik... turun... naik...Gelak, gelak, waaaa... nangis pulak...Hee...cuping telinga ni dah rasa kembang macam telinga gajah... Anak oh Anak...
Asalnya dulu, mama susah nak dapat anak... Dah dapat anak satu... masih menyusukan baby sulung... baby kedua dah tak sabar menunggu dalam rahim mama... Stress, penat... mama dok membebel kat suami...(macam salahkan dia sorag je...) Abis.. nak salahkan siapa? Mama terdiam bila suami kata " Istighfar... ingat Allah... Dia punya kuasa" Oppss... mama terkedu..
Hmm. dah 5 anak mama..macam2 kisah, macam2 idea, macam2 keletah.
Tapi yg mama tahu, bila mereka masuk sekolah cikgu mereka adalah org kepercayaan mereka.. Mama kata la apapun, tetap tak percaya...
Bila mereka meragam, mama akan angkat telefon rumah dan berlakon cakap dengan cikgu mereka dan sampaikan mesej dari cikgu mereka kononnya... Bila anak2 dah besar.. mereka pulak yang berlakon jadi cikgu. Call rumah, bagi adiknya bercakap... kononnya cikgu telefon menasihat si kecil.. Ha ha .. kira tipu ke macam tu??? Hee... berdosaaa..
Kalau ikutkan mereka semuanya mereka cerita pada cikgu.
Antaranya..."Cikgu, saya dapat adik, mama saya dah ada baby..." seronoknya kongsi cerita dgn cikgu.
Satu hari adik ipar mama yg kebetulan mengajar di sekolah rendah datang. Sambil tersenyum2... dia bercerita bahawa rakannya mengikik2 gelihati bercerita ttg gelagat anak mama. Di sekolah, dia bererita pada cikgunya.." Cikgu, semalam gigi saya tercabut.. berdarah... mama saya simpankan....bla bla bla" Mana la cikgunya tak gelak..
Hati2 dgn anak2 kecil kita... semua dia lapor pd cikgu dia...
Lu fikir la sendiri.
Thursday, 10 January 2013
Kucing, ikan dan penyapu...
Renungkan dialog di bawah...
Anak: Mama kalau saya jadi kucing, mama jadi apa?
Mama : Mama jd la ikannya utk kucing boleh makan...
Ayah : Kalau ayah jadi kucing?
Anak : Mama jadi la penyapunya supaya ayah tak curi makanan saya...
Ha ha ha... padan muka...
Anak: Mama kalau saya jadi kucing, mama jadi apa?
Mama : Mama jd la ikannya utk kucing boleh makan...
Ayah : Kalau ayah jadi kucing?
Anak : Mama jadi la penyapunya supaya ayah tak curi makanan saya...
Ha ha ha... padan muka...
Plaster bantu hentikan anak dengan susu cap gantungnya
Asyik mempromosi penyusuan ibu...
teringat pengalaman nak memberhentikan damia menyusu masa mama hamilkan Adam. Waktu itu mia usia 2 tahun 4 bulan.
Mulanya mama susukan saja Mia walaupun tahu dah hamil lagi pada usia 40 tahun. Mia memang menyusu tanpa campur susu formula sejak lahir.
Akhirnya mama tak larat kerana masa tu mama belum kenal supplement Shaklee. Tenaga tak cukup, badan letih. Nak henti macam tu je... kesian Mia.
Mama ikut petua orang letak kopi kat puting...Ha ha Mia memang bijak... pahit sekejap je...Hmmm...lepas tu, sedapnya kopi susu....
Letak sirap.. Mia peduli apa... Sampai masanya Mia tetap menghisap. (Ala2 sirap bandung la pulak)
Mia pun cepat bercakap...ada je jawabnya walaupun pelat.
Akhirnya... mama buat langkah2 ini.
Langkah 1 : Susukan Mia kenyang2.
Langkah 2 : Tampal plaster di .........(dot dot dot)
Langkah 3 : Berlakon sakit dan cerita pd Mia... mama sakit... dah luka... takboleh susukan Mia.
Mia faham... bila dia selak nk susu aje.... dia kesian kn mama...
Ada2 aje idea Mia
Plaster tu mama ganti setiap hari tanpa disedari oleh Mia...
Tiap hari mama mengadu sakit pd Mia agar Mia tak sempat merayu dan meminta. (nanti mama jadi sayu pulak).
Jadi Mia terus happy, dan MUNGKIN dia rasa bangga kerana mengalah dengan mama demi memastikan mama tak sakit...Sambil tu mama puji2 Mia selalu. Mia pun melambung2 la rasa di puji2. He he he..
PLASTER ITU LA PENYELAMAT.
Akhirnya Mia berhenti secara sukarela. Dia jadi lupa pada susu cap gantungnya...
Sekarang Mia minum mealshake... masih mengekalkan kesihatan Mia seperti dulu.
Mia selalu ejek kakak2 " Kulit Mia ni cerah sebab minum mealshake... Kulit kakak tak cerah sebab tak minum mealshake..."
Utk ibu2 di luar sana... mungkin anda ada idea tersendiri tetapi mungkin cara mama ini berguna juga. Silakan cuba nasib.
Salam sayang Ieja..
Friday, 4 January 2013
suruh abah cari mama baru
Hari ini saya nak berpesan kepada emak2...Jangan sebarang cakap dengan anak2 anda. Anak kita bijak bercakap walaupun belum bijak berfikir.
Ini dialog antara mama dengan Dayana masa usia Dayana 4tahun.
Mama minta tolong Dayana membantu.
Mama: kakak, tolong mama bla bla bla....
Dayana : ala nanti la...
Mama : tak sian mama ni? nanti letih, sakit, kalau mama takde macam mana?
Dayana : suruh abah cari mama baru.....
Mama : (dalam hati)%$*@$#^^^ kurang asam punya anak..
Abah pulak bersorak gembira...serupa je anak dengan abah.
Ini dialog antara mama dengan Dayana masa usia Dayana 4tahun.
Mama minta tolong Dayana membantu.
Mama: kakak, tolong mama bla bla bla....
Dayana : ala nanti la...
Mama : tak sian mama ni? nanti letih, sakit, kalau mama takde macam mana?
Dayana : suruh abah cari mama baru.....
Mama : (dalam hati)%$*@$#^^^ kurang asam punya anak..
Abah pulak bersorak gembira...serupa je anak dengan abah.
Sunday, 30 December 2012
Saat anakku diserang sawan
7 tahun berlalu...
Malam tu Dalily asyik menangis, cuma suaranya tak kuat sangat. Rasa kepalanya dedar (panas sikit2). Minum susu pun kurang. Panjang rasanya masa berputar nak menunggu pagi..........
Di sebelah pagi pula mama arahkan Siti (bibik) mengemaskan baju anak2. Hari ini kita akan berangkat pulang selepas seminggu di kampung. Dini dan Dayana leka bermain dengan sepupu2 mereka.
"Bang, kita bawa Lily ke klinik harini. Badannya tak panas sangat tapi kita jumpa doktor ambik ubat pun jadilah" kataku pada suami. Suami pun setuju. Sekitar 10.30 pagi kami ke klinik di taman bersebelahan kampung. Pemeriksaan seperti biasa. Suhu badan Lily 38.5 darjah. Boleh tahan juga, mungkin panasnya terpendam di dalam...Doktor masukkan ke punggung Lily ubat Voren 250mg dan catatkan ubat yg perlu kami bawa pulang.
Sambil memangku Lily menunggu giliran membayar dan mendapat ubat.... mama tepuk2 lembut badan Lily...
Tiba2 badan Lily kejang dan giginya mengetap2... Panik!!!! Mama terus bergegas masuk semula ke bilik doktor. Pada masa yang sama Lily sudah terberak2 dan najisnya menitis2 di lantai bilik rawatan tu... Lampin pakai buangnya dah tak mampu menampung kerana terlalu banyak najis yg keluar dan cair.
Mama terus memanggil-manggil nama Lily yang ketika itu berusia 11 bulan...sementara doktor dan pembantunya terus membuka baju dan membasahkan Lily dgn air paip. Mata Lily terbuntang ke atas.... Badan Lily biru dan keras seperti batang kayu...Mama dukung Lily sambil doktor terus basahkan badannya lagi.
Mama cuba tenangkan diri dan berfikir waras... Mama bisikkan pada dirinya sendiri..."Aku perlu redha jika anakku ini pergi (meninggal) hari ini..Aku perlu redha"
"Abang, azankan telinga anak!!!! Azankan telinga anak!!" suara mama agak tinggi.
Abah Lily pun panik.... tak terkata apa...
"Allahuakbar Allahuakbar! Allahuakbar Allahuakbar...." sehingga habis azan. mama dah tak peduli, mama azankan sendiri tepi telinga Lily. Mama tak mahu tunggu...
Doktor pun tak kisah. Dia terus juga basahkan badan Lily. Usap bahagian mata Lily. Semakin bait bait azan tu mama lontarkan keluar dari peti suara mama.... badan Lily semakin kurang kejang, mula dari kaki, sudah tidak keras kaku lagi, badan pun mula mengendur dan lembut... Biru badannya dah kurang (seperti darahnya tadi berhenti mengalir seketika dan kini mengalir semula). Mama lega dan tarik nafas panjang.
"Abang, tolong belikan 'diapers', ambil selimut (selimut kecil yg dilipat jadi bantal) di kereta" mama tak fikir apa2 lagi, asyik mengarahkan Abah.
Abah pulak dah bercelaru fikiran agaknya, ikut saja arahan mama...Beli 'diapers' dan bawa selimut utk Lily.
Mata Lily pun dah mula tutup... Dia kelihatan seperti letih dan tidur.
Pesan Doktor, kalau panas lagi... bawa ke hospital terus.
Petang tu kami bawa Lily ke hospital kerana dia tak mahu minum dan badannya masih turun naik panasnya...Berkampung la mama di hospital selama 6 hari 5 malam. Sebabnya pun doktor tak dpt pastikan sangat... Buat ujian darah, periksa telinga. Cuma ada sikit jangkitan di telinga dan mungkin kuman tu dah tiba ke otak dan sebabkan sawan tu. Lily pulak mcm biasa di hospital, terkedek2 berlatih berjalan.
Sehingga aturan dan rawatan antibiotiknya selesai barulah kami pulang dan balik ke rumah di Selangor.
Alhamdulillah,umur Lily panjang dan masih bersama kami sekarang. Cuma memang dia lembik sikit...mudah sakit. Mama ingat pesan doktor, hati2 bila Lily demam... terutama sementara umurnya capai 3 hingga 5 tahun. sawan tu masih boleh berulang. Voren dan paracetamol memang wajib mama simpan dalam peti ais. Lily pun dah 7 tahun, dah jarang sakit....
Lily ambil vit c kanak2 Shaklee, mealshake dan kdg2 vivix terutama bila demam atau selsema.
Begitulah mama... kejap jadi ibu, kejap jadi jururawat, he he... jadi muazzin pun jadilah... dah terdesakkk!!!
~ dicatatkan di Rumahku Syurgaku~
Thursday, 27 December 2012
ubat paling mujarab
Terkenang masa dulu
Satu hari yang sangat meletihkan... Berlaku 8 tahun lalu tetapi masih segar dalam ingatan...Penat melatih pasukan di padang, balik pun jalan kaki . Senaman yang berlebihan...
Sebelah malam pula, melayani kedua2 anak yang sedang lasak dan belum bijak sangat berfikir. (Sekarang dah anak 5)

"Haa.. dapat idea", mama senyum sendiri. "Dayana, mari picit kaki mama. Yana pandai urutkan?" kata mama. " Dini, anak mama yang pandai mengemas, tolong mama susunkan mainan tu..." sambung mama lagi. Anak2 terhenti seketika.. dan yang ajaibnya mereka menurut perintah kali ini. " Ha ha", ketawa mama dalam hati. "Berhasil nampaknya"
Mama baring sambil Dayana dengan taatnya mengurut kaki mama. Lega rasanya mama dapat berehat seketika. " Wah, bagus Nana urut kaki mama... sedap betul. Pandai Nana ni...." puji mama. Memang Dayana mewarisi sedikit sebanyak bakat arwah moyangnya yang terkenal sebagai bidan kampung waktu mama masih kecil. " Sayang, mereka tak sempat bertemu moyang mereka",Fikiran mama masih melayang ke zaman kanak2nya. "Takdir... walaupun tak bertemu bakat tetap diwarisi", bisik hati mama lagi sambil mulut mengukir secalit senyuman.
" Hmm.. bagus Nana urut", fikiran mama beralih kepada Dayana yang sedang leka mengurut dengan penuh semangat. " Nana guna minyak apa? " tanya mama.
"AIR LIUR.... MAMA" balas Dayana. Tersentak mama bingkas bangun dari baringnya... " Alamak!!!" Baru mama teringat yang dia menyuruh Dayana tanpa menghulurkan minyak urut... "Tipah tertipu!!!" jerit hati mama disusuli ketawa kuat si abah yang asyik menonton TV dari tadi. Hilang segala lenguh mama dek terkejut Dayana urut dengan air liur...
Ha ha ha... Memang la mujarabnya ubat bergantung juga kepada keyakinan dan kesungguhan. Hinggakan air liur pun dirasakan bagai ubat yang melegakan lenguh urat saraf. Sekarang mereka dah pun besar... dan memang Dayana yang kerap diarahkan picit belakang bila mama lenguh tapi bukan dengan air liur... Dini pulak masih dengan bakat mengemasnya.
- kenangan silam dicatat di Rumahku Syurgaku~ 27 Dis 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)













