Asalnya dulu, mama susah nak dapat anak... Dah dapat anak satu... masih menyusukan baby sulung... baby kedua dah tak sabar menunggu dalam rahim mama... Stress, penat... mama dok membebel kat suami...(macam salahkan dia sorag je...) Abis.. nak salahkan siapa? Mama terdiam bila suami kata " Istighfar... ingat Allah... Dia punya kuasa" Oppss... mama terkedu..
Hmm. dah 5 anak mama..macam2 kisah, macam2 idea, macam2 keletah.
Tapi yg mama tahu, bila mereka masuk sekolah cikgu mereka adalah org kepercayaan mereka.. Mama kata la apapun, tetap tak percaya...
Bila mereka meragam, mama akan angkat telefon rumah dan berlakon cakap dengan cikgu mereka dan sampaikan mesej dari cikgu mereka kononnya... Bila anak2 dah besar.. mereka pulak yang berlakon jadi cikgu. Call rumah, bagi adiknya bercakap... kononnya cikgu telefon menasihat si kecil.. Ha ha .. kira tipu ke macam tu??? Hee... berdosaaa..
Kalau ikutkan mereka semuanya mereka cerita pada cikgu.
Antaranya..."Cikgu, saya dapat adik, mama saya dah ada baby..." seronoknya kongsi cerita dgn cikgu.
Satu hari adik ipar mama yg kebetulan mengajar di sekolah rendah datang. Sambil tersenyum2... dia bercerita bahawa rakannya mengikik2 gelihati bercerita ttg gelagat anak mama. Di sekolah, dia bererita pada cikgunya.." Cikgu, semalam gigi saya tercabut.. berdarah... mama saya simpankan....bla bla bla" Mana la cikgunya tak gelak..
Hati2 dgn anak2 kecil kita... semua dia lapor pd cikgu dia...
Lu fikir la sendiri.
No comments:
Post a Comment