Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Friday, 25 January 2013

Ida jumpa permaisuri agung





































Gambar ini membawa seribu erti bagi kami sekeluarga. Ida adik mama jumpa Permaisuri Agung....
Masa ni Ida 12 tahun... Kami bukan faham apa2 sangat.. Ida terpilih jadi tokoh kanak2 negeri Pahang tahun itu..Penyampaiannya di peringkat kebangsaan...

Yang mama nak cerita ialah baju yang ida pakai tu... baju raya yang mak kami jahitkan..ida warna ungu, mama warna hijau, Angah warna biru ke? lupa dah..Baju tu paling baru. Sepasang tapi mungkin kain dah singkat... cikgu ida pinjamkan songketnya.

Biasa tengok tokoh kanak2 kan? Mereka pakai cantik dengan baju songket sepasang tapi kami tak mampu.. Dalam keadaan tergesa2, pakai saja apa yang ada..Selepang Ida tu pun tak sedondon kan? Pinjam juga... Itulah kami, kehidupan yang seadanya..Baju raya sepasang setahun dah sangat bahagia.

Masa ni, ayah dan mak pun tak hadir, yang ada motor buruk sahaja. Mana nak sampai ke Kuala Lumpur.. Jadi, kami tengok gambar saja la.. Semua cikgu yang uruskan. Mulianya hati cikgu2 Sek Keb Kampung Padang.















Gambar Mak dan ayah tersayang





Dalam kehidupan kanak2 kami, ayah dan mak sediakan perkara yang asas..Selain daripada itu, kami perlu usahakan sendiri. Ayah dan mak sekolah darjah 6 sahaja tapi 6 org daripada 7 anak mereka ke institut pengajian tinggi.. ..( Bagi org susah macam kami itu dah besar sangat..)

Semoga anak2 kami  mampu utk lebih berjaya dan pandai belajar hidup susah...

Pengalaman itu jadikan guru...

Dicatat oleh : Ieja di Rumahku Syurgaku. 25 Jan 2013.



1 comment:

  1. Thanks... empunya badan pun dah xde gambar ni... Kecik masa tu, x faham apa... Apa2 pun, syukur kerana berkat didikan ma dan ayah... dorongan kakak-kakak... dapatlah saya mengadap Tuanku Permaisuri Agung... juga didikan para guru... Terima kasih semua... Luv u all...

    ReplyDelete