Cuba rakan2 'search' di internet..."lintah" dan tegok gambar2nya. Aku memang tak attach gambar di sini sbb takut u all lihat gambar tu... dan tak terus membaca sbb kegelian tahap gaban...
Banyak kebaikan lintah..antaranya untuk kecantikan dan kesihatan. Bagi yang berani dan hati cekal boleh la cuba.. cuma cari maklumat betul2 dulu sebelum memulakan tindakan.
Kenapa aku fobia dgn lintah?
Masa kecik2 aku memang membesar di sawah padi.. aku masih boleh bayangkan suasana gotong royong org kampung kami bila musim mencedong( menanam padi) dan musim menuai.. Zaman kanak2ku mmg pelbagai sikit, tapi dgn cara org kampung la...
Ketika umur 11-12 tahun aku ulang alik ke sawah setiap kali balik sekolah untuk menghalau burung yang makan padi.. Begitu sekali kami jaga rezeki kami yang tak seberapa...Buat kerja sekolah di pondok sawah. Berlatih menyanyi terjerit2 juga di sawah...Burung cepat lari dengar suara yang 'sangat merdu' itu...
Berbalik tentang lintah, masa kecik2.. sebelum menanam padi kami bersihkan sawah... (itu kerja org dewasa la...) Apa kerja kami budak2? ha ha kami kerja berlari meniti batas, tangkap pepatung, kejar anak katak...Bila penat, lapar... bekalan mmg dah banyak dibawa. Dulu bawa bekal ke sawah mcm kita gi picnic zaman sekarang...
Nak jadi kisah, satu hari aku dgn angah ( adik) dan mak Usu seronok berendam mengikut Aki (gelaran atuk saya) dan mak andak (masa tu mak andak belum kawin.. sekarang dah bercucu) bersihkan rumput dan sampah dalam sawah yang berair. Dah syok2 main air sawah, aku pun naik ke batas. Masa berendam aku lipat seluar panjang sehingga ke peha (umurku 9-10 tahun lebih kurang) tak la seksi sgt... ha ha.
" Hahhh!!!!! LINTAHHHHHH" pekikku...
Aku tenampak lintah tu terlekat di peha kiriku.... Awww.... geliiiii...........Aku lari tak cukup tanah...Seluruh sawah padi Aki aku lari... tak tahu nak tuju ke mana, tak tahu nk mintak tolong siapa..Orang lain pun tercengang la... Entah2 gelakkan aku pun tak tau la...
Bila aku berhenti... tengok peha.... "Eh! dah takde" Adoi dah pegi mana pulak lintah ni.... Dulu kami selalu dengar cerita lintah masuk dalam badan dan membiak... Huii... serammmm.
Syukur... lintah tu dah jatuh. Setahu aku, kalau lintah dah mula menghisap darah... dia tak mudah tanggal.. kecuali dah kenyang... (Heee... macam vampire!!!). Hmm mungkin lintah tu terkejut dgn jeritanku.. Agaknya itu la juga asalnya aku ni jadi athlit jarak jauh di sekolah.. (berlatih tgh sawahhh... ha ha ha)
Tapi mak usu lagi dahsyat!!! Pernah sekali tu.. kerana takutkan lintah yang lekat dijari kakinya... mak usu cuba buang dgn pisau pemotong padi... Mujur Mak Usu tak potong jari dia sendiri..
Gambar hiasan. Sawah dibajak sebelum tanaman padi dimulakan.
Petua tanggalkan lintah yg menggigit
Kata orang tua, ludah lintah tu.. Air liur kita buat dia lemah... dan jatuh sendiri... Berguna air liur kita ye...Apa tak nya, kalau kita potong pun dia payah nak mati... tak percaya try la...
Ternak lintah?
Lintah kdg2 digunakan dalam rawatan kosmetik.
Aku pernah tengok ternakan lintah dia... Dalam tangki... Beranak2 lintah tu.... Tapi aku dah tak kisah sangat sebab aku dah tua dan dah faham...
Bagi yang takut nak rawat diri dengan lintah, jom la kita makan supplement Shaklee. Nak sihat? Nak kulit cantik? Nak ubat sakit sendi? Semuanya Inshaa Allah boleh diusahakan.. Baca la post2 dalam blog mama ni... macam2 ada... ibarat kedai runcit..
Salam sayang, Illalliqa'....
Dicatat di Rumahku Syurgaku...
No comments:
Post a Comment