Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday 19 December 2013

jalan kaki utk sihat

Kehebatan aktiviti berjalan kaki.

Beberapa puluh tahun lalu, mama sempat menikmati hidup dengan arwah moyang mama. Kalsom namanya.. Anak sulung dan kedua juga sempat dengan arwah..

Dah sangat tua.. sehingga anak mama nak gelar apa ye.. kami pun tak pasti.. Nenek saya, anak panggil moyang, kalau moyang saya?? Kami ajar anak panggil Moyang Tua.. (ibu kpd moyang).

Maninggal pada usia sebenar 100 tahun lebih, walaupun dalam IC tercatat 90 tahun lebih kerana menurut mak.. moyang dikira tarikh lahirnya pada usia belasan tahun selepas tamat darurat dan peperangan.. Zaman Jepun, zaman komunis semua ada dalam lipatan sejarahnya.

Perkara yang saya nak kongsikan ialah... moyang kuat berjalan. Tiap hari dia berjalan kaki ke rumah anak2, cucu, dan kerap bermalam di rumah anak dan cucunya.. sehinggalah dia uzur dan tak mampu berjalan lagi.

Pernah diraikan dalam majlis warga emas. Bila ditanya wartawan kepada datuk saudara saya yg mengiringinya..."Dia masih boleh mendengar?Moyang yang sendiri pantas menjawab "Boleh..."

Lebih lucu bila wartawan tanya " Apa rahsia nenek lanjut usia? Ada petua pemakanan?" moyang jawab... "Makan nasi aje..."

Mama terfikir kalau la moyang jawab "Makan Shaklee...." mesti habis stok shaklee masa tu.. Hi hi.

Mama yakin rahsianya ialah banyak bergerak dan exercise. Dia suka sapu lamannya setiap hari...Moyang pun suka makan minum yang manis...bila hari raya, kami kejar ke rumah moyang utk minum air bikarbonat. Tinggi gula tuuu...

Tapi bila doktor periksa... moyang hanya kurang jelas penglihatan... yg lain semua tip top... tiada diabetes, tiada darah tinggi, tiada sakit jantung..

Kesimpulannya kawan2... jgn malas berjalan dan bergerak. Berjalan adalah senaman mudah. Jalan kaki ke kedai, ke masjid dan banyak lagi.

Selamat berjalan ye!!!

Mohon sedekah Alfatihah buat arwah. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment