Langkah untuk mengawal kesihatan wanita
1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita
Program Pendidikan Kesihatan Wanita adalah sangat penting dan ini sedang giat dilakukan secara berterusan oleh kerajaan melalui media-media elektronik.Pihak swasta melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela, syarikat-syarikat media cetak juga menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan wanita, serta menganjurkan bengkel, seminar, forum dan lain-lain.Pendedahan terhadap maklumat kesihatan dan penyakit yang berkaitan dengan wanita adalah sangat penting dan perlu di ulang siaran atau penyebarannya.
Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalahtinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.
2 Amalan pemakanan
Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.
Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganya tetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.
Wanita juga perlu mengawal pemakanan suami kerana makanan yang tidak seimbang dan tidak terkawal boleh menimbulkan berbagai-bagai jenis penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.Makanan kanak-kanak dan remaja juga perlu dijaga kerana tabiat makanan mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan TV dan media lain.Akhirnyha timbullah masalah seperti hyperactivity dikalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makanan sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam dan perisa dan pengawet.Obesity di kalangan remaja juga adalah satu gejala iklan pemakanan segera ala barat. Para ibu perlu mengawasi unsur-unsur ini tidak mempengaruhi tabiat makanan anak-anak mereka.
Riadah dan gerak tubuh
Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidret dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.
Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.
Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.
Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.
Menangkis tekanan jiwa atau stress
Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentukpada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal.
Kebanyakan daripada kesan tekanan mental dan emosi timbul akibat daripada kelemahan iman kita yang seterusnya menyebabkan penyakit jiwa, diantaranyasifat-sifat tamak, riak atau bangga diri, sombong dan angkuh, keras hati dan pemarah dan suka melayani kehendak nafsu dan syahwat tanpa batasan.Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment