Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Sunday 26 November 2017

Tengkujuhku.
*************

Sejuk . Hujan turun tak henti2. Perut selalu berkeroncong. Apa saja hidangan adalah menu enak yang paling hebat. Walau sekadar ubi dan pisang rebus, lempeng ubi atau lempeng dadar. Hasilnya pastilah perut berhenti menyanyi.

Baju sejuk disarung semula. Maka sejuk pun dah  kurang terasa. Ma selalu pesan pakai baju nipis sahaja.  Kemudian sarunglah baju sejuk di luarnya. Baju nipiskan mudah dikeringkan nanti.

Ayah dah mula rentangkan tali dari tiang tepi dinding kanan ke tingkap rumah. Dapatlah ayah siapkan dua tiga jalur. "Nanti baju yang separuh kering tu jemur kat sini." pesan ayah. Ruang tamu kecil dah berubah jadi macam bazar. Bazar hujung tahun lagaknya.

Di dapur.. ma menghidupkan dapur arang.. hati2 dengan guni arangnya. Takut basah kena tempias hujan dan api susah nak menyala. Di sekeliling pondok kecil beratap zink itu ayah dah buat ampaian juga. Tali dari tiang ke tiang. Ikut firasatnya.. bila dapur berbara bolehlah menumpang kering kain2 lampin adik.

Pada masa yang sama ibu ayam tepi pondok mula rasa  gelisah.. "Eh, apa pulak byk kain2 di tempat aku mengeram ni.." mungkin itu yg berlegar di fikiran si ayam.. terkelip2 matanya.. Nak ditinggalkan, telur2nya masih menunggu hari. Maka redha sahaja si ibu ayam menanti kehadiran cahaya matanya di situ.

Tiba2 adik merengek. Aku berlari ke arah yangisannya. Ah.. dah basah lagi. Sejuk2 ni adik kerap betul kencing. Lapik yang ma buat dari kain batik lama ditukar, seluar juga diganti. Kain kencing diasingkan dari yang lain. Wajib dikincah2 (celup dlm air) supaya air kencingnya keluar dari kain. Kemudian baru boleh dibasuh, dibilas dan diperah sekuat mampu supaya cepat keringnya.

Aku ke ampaian tepi tangga rumah. Di situ sidaian untuk kain2 yang basah. Biar airnya menitik habis dahulu. Selesai fasa itu, esoknya kain akan dipindah ke dalam rumah. Menunggu kering seadanya.. untuk adik, kain dibawa ke ampaian tepi dapur supaya adik tak kembung memakai pakaian yg tak cukup kering dan garing.

Hari ini, tengkujuh dah mula menampakkan bayangnya. Hujan di sana sini. Yang berbeza ialah tak ada lagi 'bazar kain hujung tahun', tak ada lagi ampaian tepi dapur arang. Semua sudah jadi kenangan. Mesin basuh beroperasi tiap hari. Arahan 'spin' memudahkan tugasan. Kain pun separuh kering tanpa perahan tangan. Lebih mudah lagi, kedai dobi dah ada merata. Masuk syiling berputar la pengeringnya. Kain cukup kering rasa berhaba. Lelap dan lenalah anak2 kecil. Tak risau kembung dan kerap kencing.

Tengkujuh.. datangnya masih sama.
Sambutan untuknya sahaja yang berbeza.

#tengkujuh_dan_aku
#iejasubang

No comments:

Post a Comment