Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Friday 10 July 2015

Baju raya saya


Dengan mesin jahit buruk bonda.
Satu ketika banyak ceritanya.
Pakaian kami dijahitnya sendiri.
Ringkas tapi tetap cantik di mata.
Kami anak-anak yang tak mengerti.
Berapa harga atau apa jenama.

Bagi kami, baju baru itu paling hebat.
Bila nak raya sahaja kami dapat.
Kain murah berkat tabungan 20 sen sehari.
Dalam botol bedak lama, dikorek setahun sekali.
Itulah usaha bonda.
Untuk buat semua orang gembira.

Kawan berbaju baru, kami juga ada.
Berhari raya bersama-sama
Sampai hujung kampung kami teroka.

Makin tahun rezeki bertambah baik.
2 pasang baju cantik.
Bonda reka dan bonda jahit.
Dari pagi hingga petang kami pakai bagai model cilik.

Hari raya mahal ertinya.
Dah puasa sebulan beria-ia.
Pakai baju baru megahnya rasa.
Ibarat mimpi menjadi tuan puteri dari istana.
-TAMAT-



Ilham menulis tiba saat mengusahakan baju raya buat anak-anak.

Terkenang masa dulu..

11 julai 2015.
Depan mesin2 jahitku.


No comments:

Post a Comment