Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday, 10 January 2013

Semua utk semua

Selepas melahirkan Dini, 14 tahun lalu...kami dapati banyak ruam merah yang gatal dibadannya.  Dr Ali (pakar kanak-kanak) tanya " Mummy pernah ada asthma ke?"

Mama terkejut "Ya, kenapa doktor"

Dr Ali senyum " Selalunya ruam2 ni ada kaitan juga dengan asthma"

Mama lebih terkejut.  Dalam hati mama berkata " Anakku berisiko asthma rupanya"
Dr Ali berpesan supaya kami elakkan perkara2 yang berkaitan dengan alahan pernafasan. jadi, memang dirumah kami takde karpet, tak bela kucing (walaupun mama sangat suka kucing dan kucing pun suka datang lepak luar rumah)

Syukurlah, Dini membesar dengan sihatnya tanpa mendapat asthma atau eczema. Tapi DPC Cream/ Triderm C sentiasa ada dalam simpanan. kalau ruam naik je, kami sapukan sedikit. Begitu juga dengan sabun Hibiscus.

Tapi itu 14 tahun lalu. Sekarang dengan Shaklee, kehidupan lebih bersih dengan persekitaran yang tidak terlalu menggunakan bahan2 berasaskan kimia yang membahayakan kesihatan dan pernafasan dalam jangka masa panjang.


Fresh laundry (sabun basuh) yang sangat handal dan jimat. Beli bulan Nov., 1 kotak baru habis. Ada juga pelembut kain yang tidak kurang jimatnya. Semuanya guna sikit2 saja. 

Dish wash yang mama guna juga jimat.. Faham aje la... sekeluarga 7 orang. Anak lima ni... macam2 makannya. Tak berenti dapur beroperasi. Pinggan asyik penuh sinki. Tapi dish wash membantu mama berjimat. Walaupun  pinggan mangkuk banyak, mama  gunakan 1 botol dish wash untuk 2 bulan. Kawan2 patut cuba. Tangan pun lembut dan kulit tidak kering.

Basic H juga mama simpan dirumah, di setiap bilik air. Kegunaannya pelbagai di rumah mama. Antaranya menurunkan suhu badan anak2 yang demam. Mengubati luka, buat mandi menghaluskan kulit badan, rawatan kaki dan kulit kaki. Juga mencuci dinding bilik air. Yang bagusnya ia tak merbahaya kepada anak2. Ha ha,  alasan untuk mintak mereka cuci tandas. Sesetengah testimoni pengguna di luar negara yang ada anak asthma, kekerapan serangan asthma dapat dikawal dengan tindakan mereka mengekalkan kebersihan tanpa cemar bahan kimia menggunakan Basic H. Kalau gatal2 dan naik ruam, mama  mandikan anak khusus dengan air yang dicampur 2 titis basic H. 
(Baca basic H)

Malam pulak mama urut badan anak2 dengan herbal blend multi purpose cream. Rasa segar dan juga mengelakkan ruam lampin. (Baca lanjut klik herbal blend multi purpose cream)

Produk2 ini sangat meyakinkan mama. Semuanya demi kesihatan keluarga dan anak2.

Anda semua patut cuba.

Hubungi Ieja 0192247004
Boleh juga gunakan ID 889811 untuk membeli shaklee


Mengenal anak2




Anak ramai... Kadang2 pening dengan gelagat yang macam2. mama baca banyak bahan kerana perlu kenal watak anak2, perlu terima kelebihan dan kekurangan mereka.
Anak Sulung

Sifat : Kecenderungan sifat anak pertama adalah Bersikap dan berpikiran lebih dewasa. Anak Sulung adalah tulang belakang keluarga sehingga anak Sulung akan berpikiran lebih kritis (umumnya memiliki daya analisa yang lebih kuat). Anak pertama sebetulnya banyak ilmunya di dalam dirinya namun tidak banyak dikeluarkan oleh ucapan. Sifat baik anak Sulung yang lain adalah jarang memukul karena sifatnya agak serius. Sifat buruk anak Sulung adalah paling banyak pertimbanagn dan paling memilih. Sehinggakan jodoh adik2 pun dia sibuk mengkaji sama.

Jodoh : Paling ideal Anak Sulung dengan anak Bungsu. Namun dengan anak tengah pun ok...

Anak Tengah
Sifat : Anak Tengah memiliki sifat  lebih bebas, dan lebih mudah berekspresi dalam perkataan dan tindakan. Mudah memberi komen. Sifat baik anak Tengah adalah sangat ramah dan mudah bergaul atau menyesuaikan diri dengan orang lain sehingga dengan mudah disukai banyak orang, disamping itu memiliki jiwa seni lebih tinggi daripada anak yang lain. Sifat kurang baiknya adalah emosi lebih tinggi, mudah untuk berkonflik dengan orang lain. Biasanya Anak Tengah paling mudah berkomunikasi atau akrab juga dengan anak tengah tapi juga mudah  konflik juga dengan anak tengah itu sendiri.
Jodoh : Anak tengah kurang sesuai dengan anak tunggal. Untuk jodoh Anak Tengah lebih sesuai dengan anak Sulung atau bungsu.

Anak Bongsu
Sifat : Tipikal umum dari anak bongsu adalah manja. Anak Bongsu yang manja kurang sesuai untuk jadi seorang pemimpin. Kebaikan anak Bongsu ini umumnya berbadan paling sihat, jarang mengalami sakit apalagi yang berat-berat, dan paling awet muda diantara anak-anak yang lain. Sifat buruk dari anak Bungsu adalah boros dan kurang suka menabung.
Jodoh : Dalam hal jodoh Anak Bongsu sesuai dengan semuanya, namun paling ideal dengan anak sulung atau yang bersikap dan berpemikiran dewasa
Pesan mama pada diri sendiri, "Manusia dicipta Allah berbagai adunan watak dan kelakuan. jadi, terimalah setiap individu sebagai dirinya dan bukan sebagai apa yang kita mahukan. Sedangkan lahir dari rahim ibu yang sama pun anak2 itu berbeza2 apa lagi insan yang  bukan bersaudara dan tiada pertalian darah"

Buat anak2 : Mama berusaha dan masih terus belajar mengenal kamu semua. Kalian adalah permata pelbagai rupa dan bentuk milik mama yang Allah anugerahkan untuk dijaga, digilap dan dilindungi.

Salam kasih sayang..

Friday, 4 January 2013

mata dah rabun

Tetapi menjahit masih kegemaran
Langsir mama sekarang ringkas2 saja..

Bila malam, mama ikat begini

Seminggu dua sebelum buka sekolah aktiviti menjahit pakaian diteruskan lagi... Baiki yang lama, jahit yang baru....Dah lama mamakerja menjahit... Dulu2 mama memang belanja dengan duit menjahit pakaian kawan2, langsir rumah mereka...Miss juga kerja menjahit ni...

Sebut aktiviti menjahit...mama memang terhutang budi dengan emak di kampung. Berkat deraan beliau mama mamapun menjadi tukang jahit kecil-kecilan.

Usia 12 tahun, mama kena belajar jahit tulang belut di leher baju kurung. jahit cangkuk kain... Alasan emak ialah "Siapa nak jahitkan kalau dah masuk asrama nanti?" Rupanya emak dah ada perancangan masa depan untuk anaknya.

Masuk tingkatan 1, belajar di SEMSAS ambil subjek  SRT (Seni Rumah Tangga). Ambil SRP ( PMR sekarang). Cuti sekolah duduk rumah... emak paksa kayuh mesin jahit... jahitkan baju moyang (masa tu moyang masih ada) Zaman dulu, takde elektrik...kayuh la mesin jahit tu...mesin jahit tepi pun takde... Lebih parah, mama kena jahit kelim betawi (2 kali jahit pada setiap bahagian baju)...Penyudahnya kena kelepet (lipat hujung baju dan lengan baju... jahit tangan lagi , sembat...

Heee... tak sukanya... susahnya... tapi emak peduli apa... memang dia paksa aje... Buat la sambil tengok tv (hitam putih time tu)...

Dah kahwin, mama tinggal dengan mertua... Dia pun menjahit... Mama dapat la belajar cara buat kebaya... Tiru2 dulu....Zaman mula bekerja... dapat la tambah pendapatan sikit2 dengan hasil jahitan...

Sejak anak empat mama terpaksa tinggal aktiviti kegemaran yang menjana pendapatan ni... perlu tumpu perhatian pada anak2 yang dah berderet...Menjahit dah bukan aktiviti harian tetapi bermusim seperti musim raya dan musim buka sekolah...



Ambil peluang buatkan mia baju baru selepas siap kain sekolah Lily.


Curi2 jahit juga untuk mama dan Dini.

Mata mama pun dah mula menunjukkan tanda2 orang tua... Dah mula rabun dekat. Mungkin terlalu banyak menjahir dan menghadap komputer...

Hmm.. mama perlu pertimbangkan CAROTOMAX Shaklee....Cari maklumat dan testimoni pengguna lain....Mama perlu tambah satu lagi rakan baik iaitu carotomax...Mudah-mudahan berhasil dan boleh la mama terus menjahit lagi melepaskan gian. Pakai cermin mata ni memang membosankan tapi terpaksa suapaya lebih terang pandangan bila bekerja dengan jarum dan benang...


Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
 
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan 
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput 
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Bagi yang turut berminat dengan carotomax, hubungi Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811 

suruh abah cari mama baru

Hari ini saya nak berpesan kepada emak2...Jangan sebarang cakap dengan anak2 anda. Anak kita bijak bercakap walaupun belum bijak berfikir.

Ini dialog antara mama dengan Dayana masa usia Dayana 4tahun.


Mama minta tolong Dayana membantu.


Mama: kakak, tolong mama bla bla bla....
Dayana : ala nanti la...
Mama : tak sian mama ni? nanti letih, sakit, kalau mama takde macam mana?
Dayana : suruh abah cari mama baru.....
Mama : (dalam hati)%$*@$#^^^ kurang asam punya anak..

Abah pulak bersorak gembira...serupa je anak dengan abah.

Thursday, 3 January 2013

Cepat Sihat: Catatan balik kampung

Cepat Sihat: Catatan balik kampung: Kisah 1: Petang2 di kampungku Kampung Padang Semua yang bergelar kanak2 akan solat asar secepat yang boleh... dengar azan aje dah siap...

Cepat Sihat: Vivix ubati selsema

Cepat Sihat: Vivix ubati selsema: Hari Isnin lalu.. cadangan nak menghabiskan hari2 akhir anak cuti sekolah... Jahit uniform baru, kebun pun nak intai2 juga... Alang2 dah tab...

Vivix ubati selsema

Hari Isnin lalu.. cadangan nak menghabiskan hari2 akhir anak cuti sekolah... Jahit uniform baru, kebun pun nak intai2 juga... Alang2 dah tabur benih sayur dengan Dini si sulung.

"Acchooommm!! Acchoomm!!..." Amboi bersahut2 pulak. kejap Dini, kejap Lily, kejap Yana..bersin macam nak tercabut hidung.

"Alamak... nak buka sekolah ni.. kena sihat." bebelan mama pagi2 buta lagi.

"Mulai hari ni, semua kena vivix..." mama dah keluarkan arahan.

Mama masuk dapur, bancuh 2 sudu Vivix dengan air masak. Mama hulurkan pada Dini, Yana dan Lily bergilir2. " Selawat sebelum minum" arah mama lagi. Semua menurut perintah. Haa puas hati mama.


Petang tu.. mama tinggalkan sekejap jahitan di mesin jahit... Jenguk ke bilik anak2... " Macam mana? selsema kurang tak?" soal mama. "Dini? Yana?" Mama pandang anak2 seorang demi seorang menagih jawapan.
"Ok sikit mama, rasa kurang dah" balas Dini. " Yana pun ok, kurang dah acchoom..." Yana sambung jawapan Dini" "Malam ni sekali lagi, mama banyak kerja nak siapkan ni" kata mama pula. " Ok" balas kedua2nya.

Malam itu, semua anak perempuan mama arahkan ber "vivix". Sambil hulurkan cawan berisi vivix,mama berpesan "Niatkan baik2, mudah-mudahan semuapenyakit dalam dan luar sembuh, Biarlah mama labur duit sikit asalkan anak2 semua sihat tapi janagan sekali2 culas dan buang ke sinki... Ubat memang tak berapa sedap. Vivix ni ok, , rasa buah2 je, apa susahnya nak minum?" mama mengulas panjang.

Selasa, Rabu dan hari ini, semua mesti ambil vivix termasuk Mia yang melompat2 mintak.
Alhamdulillah, mohon Allah izinkan semua penyakit yang dah singgah sikit2 pada anak2 hilang dan kalau ada rezeki dapat pulak bantu bekal tenaga dengan vivix untuk tubuh dan minda mereka.

Manusia mampu berusaha tetapi Allah yang mengizinkan hasilnya.

Baca lagi di vivix