Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday, 10 January 2013

Semua utk semua

Selepas melahirkan Dini, 14 tahun lalu...kami dapati banyak ruam merah yang gatal dibadannya.  Dr Ali (pakar kanak-kanak) tanya " Mummy pernah ada asthma ke?"

Mama terkejut "Ya, kenapa doktor"

Dr Ali senyum " Selalunya ruam2 ni ada kaitan juga dengan asthma"

Mama lebih terkejut.  Dalam hati mama berkata " Anakku berisiko asthma rupanya"
Dr Ali berpesan supaya kami elakkan perkara2 yang berkaitan dengan alahan pernafasan. jadi, memang dirumah kami takde karpet, tak bela kucing (walaupun mama sangat suka kucing dan kucing pun suka datang lepak luar rumah)

Syukurlah, Dini membesar dengan sihatnya tanpa mendapat asthma atau eczema. Tapi DPC Cream/ Triderm C sentiasa ada dalam simpanan. kalau ruam naik je, kami sapukan sedikit. Begitu juga dengan sabun Hibiscus.

Tapi itu 14 tahun lalu. Sekarang dengan Shaklee, kehidupan lebih bersih dengan persekitaran yang tidak terlalu menggunakan bahan2 berasaskan kimia yang membahayakan kesihatan dan pernafasan dalam jangka masa panjang.


Fresh laundry (sabun basuh) yang sangat handal dan jimat. Beli bulan Nov., 1 kotak baru habis. Ada juga pelembut kain yang tidak kurang jimatnya. Semuanya guna sikit2 saja. 

Dish wash yang mama guna juga jimat.. Faham aje la... sekeluarga 7 orang. Anak lima ni... macam2 makannya. Tak berenti dapur beroperasi. Pinggan asyik penuh sinki. Tapi dish wash membantu mama berjimat. Walaupun  pinggan mangkuk banyak, mama  gunakan 1 botol dish wash untuk 2 bulan. Kawan2 patut cuba. Tangan pun lembut dan kulit tidak kering.

Basic H juga mama simpan dirumah, di setiap bilik air. Kegunaannya pelbagai di rumah mama. Antaranya menurunkan suhu badan anak2 yang demam. Mengubati luka, buat mandi menghaluskan kulit badan, rawatan kaki dan kulit kaki. Juga mencuci dinding bilik air. Yang bagusnya ia tak merbahaya kepada anak2. Ha ha,  alasan untuk mintak mereka cuci tandas. Sesetengah testimoni pengguna di luar negara yang ada anak asthma, kekerapan serangan asthma dapat dikawal dengan tindakan mereka mengekalkan kebersihan tanpa cemar bahan kimia menggunakan Basic H. Kalau gatal2 dan naik ruam, mama  mandikan anak khusus dengan air yang dicampur 2 titis basic H. 
(Baca basic H)

Malam pulak mama urut badan anak2 dengan herbal blend multi purpose cream. Rasa segar dan juga mengelakkan ruam lampin. (Baca lanjut klik herbal blend multi purpose cream)

Produk2 ini sangat meyakinkan mama. Semuanya demi kesihatan keluarga dan anak2.

Anda semua patut cuba.

Hubungi Ieja 0192247004
Boleh juga gunakan ID 889811 untuk membeli shaklee


No comments:

Post a Comment