Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Friday 4 January 2013

mata dah rabun

Tetapi menjahit masih kegemaran
Langsir mama sekarang ringkas2 saja..

Bila malam, mama ikat begini

Seminggu dua sebelum buka sekolah aktiviti menjahit pakaian diteruskan lagi... Baiki yang lama, jahit yang baru....Dah lama mamakerja menjahit... Dulu2 mama memang belanja dengan duit menjahit pakaian kawan2, langsir rumah mereka...Miss juga kerja menjahit ni...

Sebut aktiviti menjahit...mama memang terhutang budi dengan emak di kampung. Berkat deraan beliau mama mamapun menjadi tukang jahit kecil-kecilan.

Usia 12 tahun, mama kena belajar jahit tulang belut di leher baju kurung. jahit cangkuk kain... Alasan emak ialah "Siapa nak jahitkan kalau dah masuk asrama nanti?" Rupanya emak dah ada perancangan masa depan untuk anaknya.

Masuk tingkatan 1, belajar di SEMSAS ambil subjek  SRT (Seni Rumah Tangga). Ambil SRP ( PMR sekarang). Cuti sekolah duduk rumah... emak paksa kayuh mesin jahit... jahitkan baju moyang (masa tu moyang masih ada) Zaman dulu, takde elektrik...kayuh la mesin jahit tu...mesin jahit tepi pun takde... Lebih parah, mama kena jahit kelim betawi (2 kali jahit pada setiap bahagian baju)...Penyudahnya kena kelepet (lipat hujung baju dan lengan baju... jahit tangan lagi , sembat...

Heee... tak sukanya... susahnya... tapi emak peduli apa... memang dia paksa aje... Buat la sambil tengok tv (hitam putih time tu)...

Dah kahwin, mama tinggal dengan mertua... Dia pun menjahit... Mama dapat la belajar cara buat kebaya... Tiru2 dulu....Zaman mula bekerja... dapat la tambah pendapatan sikit2 dengan hasil jahitan...

Sejak anak empat mama terpaksa tinggal aktiviti kegemaran yang menjana pendapatan ni... perlu tumpu perhatian pada anak2 yang dah berderet...Menjahit dah bukan aktiviti harian tetapi bermusim seperti musim raya dan musim buka sekolah...



Ambil peluang buatkan mia baju baru selepas siap kain sekolah Lily.


Curi2 jahit juga untuk mama dan Dini.

Mata mama pun dah mula menunjukkan tanda2 orang tua... Dah mula rabun dekat. Mungkin terlalu banyak menjahir dan menghadap komputer...

Hmm.. mama perlu pertimbangkan CAROTOMAX Shaklee....Cari maklumat dan testimoni pengguna lain....Mama perlu tambah satu lagi rakan baik iaitu carotomax...Mudah-mudahan berhasil dan boleh la mama terus menjahit lagi melepaskan gian. Pakai cermin mata ni memang membosankan tapi terpaksa suapaya lebih terang pandangan bila bekerja dengan jarum dan benang...


Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
 
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan 
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput 
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Bagi yang turut berminat dengan carotomax, hubungi Ieja 0192247004
ID Shaklee 889811 

No comments:

Post a Comment