Lama tidak dapat meluangkan masa menulis. Seperti nasihat kepada anak2, Dahulukan yang penting.
Banyak tugasan yang perlu dibereskan. 24 jam terpaksa diagihkan baik2 utk kerja, anak2 dan rehat. Mama bimbang terleka dan mengabaikn anak2.
Kadang2 bila dah balik, sengaja duduk2 dan menemankan mereka terutamanya yang kecil.
2 bulan sekolah tadika.. kami sedari Damia ada masalah. masa cuti tahun baru Cina, hantar dia ke sekolah, mama perasan wataknya berubah. Mia yg lincah jd murung, diam terutama sekali bila sampai ke sekolahnya.
Tamat Februari suami beritahu cikgu Mia kata Mia slow, dia dah asingkan Mia. Terkejut!!! mama memang terkejut. Kesian Mia, diasingkan.
Setiap pagi Mia menangis tak mau sekolah. "Mia tak nak sekolah, Mia nak duduk rumah, Mia strong boleh tinggal d rumah sendiri."
"Eh eh.. Mia yang kepoh dan kecoh jadi begini?" Apa yang berlaku sebenarnya?
Mama pun berbual dengan Mia, menyoal siasat. Kata Mia, "Cikgu gemuk marah Mia" "Tiap hari cikgu gemuk marah Mia" Siapa cikgu G? kenapa Mia tak sebut namanya? Tak ingat nama cikgu la tu..
Satu hari, Mia tak ke sekolah dan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh. menangis dan sungguh2 tak nak sekolah. Puas abah Mia pujuk, tak berjaya.
Keesokan harinya, mama pujuk Mia, terpaksa kejut mia 6.30 pagi sedangkan mia sekolah pukul 8 pagi. Biasanya Mia mandi sendiri, hari itu, mama pujuk dan mandikan.
Pukul 6 pagi, saya mesti bangun,
terus gosok gigi mandi dan minum
salam pada ibu dan juga ayah,
terus ambil buku pergi sekolah.
jalan tepi2, jalan cepat2,
datang pagi2, bersihkan kelas
rajin la rajin, ingat kata guru,
jangan main2, jangan meniru.
Sambil mandikan mia mama bernyanyi.. lagu mama, adik dan mak usu nyanyi kecil2 sambil main buaian bawah rumah aki (datuk) 30 tahun dahulu.
Siap mandi, ajak mia pergi beli kuih kat gerai depan rumah. Mia seronok... hari itu Mia pergi sekolah. "Takpe, nanti mama, kakak dan abah akan ajar Mia sehingga pandai, cikgu Mia sayang murid pandai. Hari ni Mia pergi sekolah... mama berikan Mia pensel warna baru" mama memujuk Mia sambil mengikis pensel warna dan tulis nama Mia.
"Mia tengok ni, kira semua ada dua belas batang...mesti cukup dan penuh kotak tau!" pesan mama sambil Mia makan nasi lemak. " nanti Mia warnakan cantik2, cikgu suka la..." "Kalau kawan ambil, Mia beritahu cikgu ye.." tambah mama.
Mia jawab, " Tak nak, nanti Cikgu gemuk marah Mia, tiap hari dia marah Mia" Alamak, masalah juga..
Oppsss... dari mana dapat pensel warna baru? ha ha.. memang abah Mia simpan 3-4 kotak pensel warna baru bila anak baru mula sekolah kerana tahun lalu Lily (kakak Mia) meragam tiap pagi dek pensel warnanya tak cukup (hilang di sekolah). Jadi, tahun ni dah stand by supaya kami tak stress pagi2.
Sambung semula cerita Mia.
Hari Mia dapat pensel warna baru, Mia tak de masalah dan tak murung bila ditanya tentang sekolah. Pensel warna pun dibawa balik cukup.
Di tempat kerja mama tanya rakan sama ada anaknya yg bersekolah dengan Mia ada masalah. kata rakan memang cikgu yg agak gempal tu garang sangat. dia sendiri pernah dengar caranya mengarah dan memaksa murid. " Kalau suami saya dengar macam tu kak, dah lama dia tukarkan anak saya ke sekolah lain", komen kawan mama. Hmmm.. 3 orang anak mama sekolah di situ, semuanya seronok.. Sayangnya guru mereka dah bertukar/ berhenti... mungkin guru baru yang ajar Mia.
Seminggu ini Mia happy. Tiap hari belajar dengan buku2 yang dibelikan abahnya. Mama pulak mesti melayan dia belajar 100% tanpa buat tugas lain. Kalau tidak, Mia mogok. Alhamdulillah, Mia menunjukkan perkembangan yang baik. Di rumah, bila ditanya tentang sekolah dia respon dengan baik. Bila kami tanya " Cikgu G_ _ _ _ ajar Mia lagi?" Mia jawab, "Tak, cikgu G_ _ _ _ dah meninggal...Cikgu Mia sekarang cikgu Ana Muslim, dia baik, cikgu kurus"
Amboi! sedapnya ayat....
Mama tanya abah Mia tentang cikgu G_ _ _ _ Mia. Kata abah Mia cikgu tu ada tapi agaknya ajar murid 6 tahun. tak ajar Mia dan murid 5 tahun dah. Oooo patut la Mia happy dapat cikgu kurus...
Sehingga hari ini, mama masih berfikir2 kenapa setiap kali tanya, Mia kata cikgu G itu dah meninggal... Mungkin kesan dan traumanya membuatkan dia cuba melupakan cikgu G.. Harap semuanya berjalan lancar selepas ini.
Hari ini, Mia tunjukkan kertas ujian Matematik Mac. 100%??? Ok la tu... setakat kenal angka dan warnakan...
Semoga cikgu Mia tak kata Mia 'slow' lagi. Mama faham, tujuan cikgu tu baik, tapi mungkin istilah yang dipilih kurang sesuai...
Doa mama.. " ya Allah, bukakan pintu2 ilmuMu buat anak2ku... Jadikan mereka hambaMu yang sabar, belajar dan beramal untuk kebaikan sejagat.." Amin.
Doa mama.. " ya Allah, bukakan pintu2 ilmuMu buat anak2ku... Jadikan mereka hambaMu yang sabar, belajar dan beramal untuk kebaikan sejagat.." Amin.
No comments:
Post a Comment