Cepat Sihat
Sunday, 9 December 2012
Kisah kegagalan dalam penyusuan ibu
Sebuah kisah benar tentang susu ibu.
Adam masa kecil memang bulat sebab dia menyusu badan. Saya takung susu setiap kali susukan Adam dalam pantang. Di tempat kerja saya pam susu jika bengkak susu. Masa tu memang beza dengan Sarah sepupu dia yang muda sikit dari dia...(Gambar atas)
Bulan Februari 2012.. Adam demam.. Masa tu Adam dah mula campur susu formula bila di rumah pengasuh. Saya dah tak dapat bekalkan susu ibu kerana semua stok susu saya dah habis. Semasa demam Adam hanya mahu susu ibu... tapi dia tak puas2, mungkin susu kurang sebab dia biasa dah campur susu. Saya gelisah memikirkan Adam. Search di internet tentang set penyusuan yang ibu Sarah ceritakan (Ibu Sarah -Ana Zaf far amalkan set penyusuan Shaklee seperti dicadangkan oleh kaunselor penyusuan).
Dalam susah hati begitu saya mengadu pada ibu baby Sarah, dia sanggup poskan set penyusuan itu... Saya dah tak sabar tunggu... saya call pengedar Shaklee dari Bukit Jelutong (Alin )... kalau boleh nak paksa dia hantar set BF tu malam itu juga. Akhirnya saya mengalah utk dapatkan pada keesokan harinya kerana ada produk yang tak cukup utk dihantar malam itu.
Lega bila dapat BF set itu... Saya berusaha menghasilkan banyak susu untuk Adam seperti kakak Damianya dulu...Cuma belum begitu berjaya.. mungkin belum mahir dan berdisiplin.
Rezeki ditentukan Allah swt jua...14 Februari saya pula demam teruk. Macam biasa saya bertahan demi anak2.. Saya rasa saya kuat dan saya mesti pastikan semuanya lancar untuk semua orang...
Akhirnya saya rebah juga... Di Sime Darby Subang Jaya saya pengsan dan dimasukkan ke ICU kerana demam denggi berdarah. Bermulalah pengalaman hidup dalam Wad (Bilik Kaca).. Siang dan malam semuanya sama...
Saya mimpikan anak2... saya bermimpi balik jumpa mereka. Saya mimpi bergembira berlari pulang ke rumah... Sambil tu saya mimpi juga tentang supplier2 yang selalu jumpa saya utk tempah barang (kacau je laaa....kerja pun tak dilupakan???)
Demam denggi menyebabkan saya kekurangan air dan dimasukkan berrbelas botol air. Tiap hari merayu nak balik rumah... Saya terkenangkan Adam, Hari ketiga saya masih rasa susu saya bengkak tapi doktor tidak berani lepaskan saya, tak juga galakkan Adam dibawa ke hospital...
Adam dirumah dijaga oleh ibu saya yang datang dari kampung (Rescue 911). Adam terpaksa minum susu formula... 3 hari sebelum saya pengsan pun saya dah tak mampu susukan Adam, tak berdaya.... Kakak2 Adam la yg asuh Adam selain dari dihantar ke pengasuh. Adam dilayan dengan susu formula sahaja kerana saya tak sempat stokkan susu ibu.
Pada masa saya pulang ke rumah, Adam dah tak mahu minum susu saya kerana susu dah kurang, dan Adam dah selesa dgn susu formula. Saya sangat harapkan Adam untuk meransang semula penghasilan susu...tetapi bukan rezeki Adam.. Akhirnya Adam berhenti BF.
Sarah pulak.. hingga sekarang masih BF... dan tengoklah gambar Sarah sekarang, bulat dan tembam. Adam pula dah kurus dan selalu sakit...
Bagaimanapun saya bersyukur dengan apa yang ada... Adam saya tetap rawat sebaik mungkin dan saya sedar berbeza dengan kakak Damianya yang tahan dan gagah melawan sakit. (mungkin susu ibu itu membantu mia)
Kisah yang saya hidangkan ini adalah kisah kegagalan dan juga kisah kejayaan. Saya kongsikan dengan anda semua agar anda boleh membuat langkah awal dan tidak berserah kepada nasib semata-mata. Biarlah kegagalan saya tidak berulang pada ibu2 lain.... Jadikan kecekalan dan kejayaan baby Sarah sebagai pendorong.
Yakinlah, berusaha dan berdoa...
Catatan oleh Ieja di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang. (8.45 malam, 9/12/2012)
Akan datang... kisah saya dan Shaklee selepas kena denggi... Tungguuu...
Ieja
sms/whatapps :019-2247004
fb :http://www.facebook.com/roslizasubang
page : http://www.facebook.com/SihatItuCantik
Labels:
set penyusuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment