Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Saturday, 2 February 2013

sakit lutut


Osteoarthritis  dikenali sebagai sakit sendi.  Sendi  ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Osteoarthritis  berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini  menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas.. Seterusnya terjadi pula kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi  memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang perlu.

Lutut adalah bahagian sendi yang selalu berlaku keradangan. Maklumlah lutut itu adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita. Jadi tidak hairanlah jika orang yang mengalami obesiti lebih kerap mengalami sakit sendi lutut.

Dari bacaan mama, berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

1. Sakit pada sendi yang terlibat.
2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
4. Adanya pembesaran tulang sendi.

Kesemua tanda di atas pernah mama alami.
Sakit pada sendi sehingga rasa sengal yg amat ketara, bila lutut membengkak, memang sukar utk dilurus dan dibengkokkan. Kadang2 tak tahu bagaimana untuk menyurutkan bengkak itu...


Satu hari program di tempat kerja, kami didedahkan dengan permainan-permainan... bermula dengan acara olahraga, lempar cakera, rejam lembing, 4x100 meter, lontar peluru, lompat tinggi  dan lompat jauh.

Sesi kedua pula kami mengenali badminton,   bolajaring dan hoki... Emak2 budak dah berpeluang begitu, mama dan kawan2 pun terlupa diri seketika... main sakan macam zaman sekolah...

Hmm... balik rumah semua sakit.. terutamanya lutut...bengkak... Alamak kecederaan lama sudah kembali.

Asalnya lutut kiri ni kena langgar masa main sofbol. Usia 17 tahun. Mama jadi catcher di 'home base'. Bola sampai dari fielder mama sambut dgn jayanya...serentak dengan itu, lawan yang sedang menuju home base utk tamatkan larian tak sempat elak. DUMMM....tu dia catcher dah tumbang... langgar dari tepi lutut kiri...BUKAN LANGGAR DAN LARI TAPI LARI DAN LANGGAR!!! Mama diusung balik ke asrama.. Seminggu lutut bengkak... duduk 'sick bay'. Pastu baik... aktif macam biasa hingga masuk universiti masih ligat di padang.

Masa wakil team bolajaring USM, kami selalu berlatih dan main persahabatan dgn pasukan lain.. Makcik2 dah semuanya. Bekas2 pemain negeri, negara gamaknya. Tua tapi hebat. lagi sekali player lawan langgar. maklum la masa tu badan mama ni nipis kecik.. Becky (pelajar pertukaran dari London)  yang sempat join pasukan USM... menggelarkan mama "Tiny little thing". Pemain yang langgar mama tu badan dah 'tebal'...Dah usia... Lebih gempal dari mama sekarang. Aduh masa 'centre pass'.. bergegar semua tulang mama kena langgar dengan dia..



Tapi semua tu asam garam bersukan...

Dah masuk 35 tahun ke atas... semua dah bagi isyarat...cepat lenguh, sakit pinggang, tengkuk ... macam2...Hidup terganggu.

Bayangkan.. waktu itu mama sudah merayu pada suami utk temankan mama  jumpa pakar. Andainya pembedahan disarankan... mama sanggup..

ha ha... nasib tak sempat kena pisau bedah. Tq suami kerana tak cepat bawakan ke hospital.. Ada hikmahnya...

Adik cadangkan JHT, mama ambil aje.. dah tak tau cara mana nak berubat...

Hasilnya memang sangat baik. Sebulan kemudian mama dan pulih 70 %. Dan sekarang dah ok terutama sekali lutut. Sejak bertemu Joint Health Tablet, segalanya berubah. Mama sangat yakin utk mempromosikannya kerana sudah terbukti pada diri sendiri..

bagi rakan2 pembaca, kalau anda sendiri atau keluarga malah rakan alami masalah sakit sendi terutama lutut... cuba lah Joint Health Tablet ini. Insyaallah tak kecewa. 




sms/call/whatsapp 0192247004 utk perkongsian lanjut dan bekalan produk shaklee...

No comments:

Post a Comment