arwah nur akma
Kebelakangan ini, mama selalu kongsi tentang kisah2 masa sekolah mama dalam bidang sukan.. Semua tu dah jadi kenangan..
Ada satu perkara yang kadang2 menjengok pintu kenangan mama ni.. Arwah Nur Akma...
Arwah ada kaitan dengan pengalaman sukan mama.. Di sekolah, mama pernah jadi jurulatih pasukan bolajaring..Cuma bersara sejak 2010 kerana banyak tugas lain yg terpaksa dipikul yang memerlukan mama tinggalkan masa2 manis di padang dengan anak2 didik.
Mama kenal arwah sejak dia Tingkatan 3. Pemain posisi Goal Attack yang lincah. Pada pembabitan awal mama.. sukar juga nak dapat kepercayaan murid kerana bukan semua guru yang melatih ada pengalaman. Kadang murid2 ni yg tunjuk hebat dan ajar mama...sehingga mama 'terpaksa' selitkan pengalaman2 mama dalam lawak2 dan sembang dgn mereka. barulah mereka nak dengar arahan mama tetapi bukan arwah Akma.
2008 arwah di tingkatan 5. Pasukan kami mantap tetapi tak derezeki.. gagal ke pusingan kedua kerana kiraan jaringan. Pada mama pasukan tahun itu ada harapan.
Tahun 2009, mama dapat berita Arwah meninggal kerana hepatitis.. Masa tu dia dah selesai SPM. Kebetulan tahun tu buat kali pertama dalam sejarah sekolah kami mampu capai tempat kedua dalam daerah.. Semuanya atas kerjasama dan pupukan semangat kegagalan lalu semasa bersama batch arwah Nur Akma. Sempat juga jumpa dia memberitahu kejayaan adik2nya. tapi tak sangka mudanya dia dipilih pergi mengadap Ilahi.. Redha dengan pemergiannya. Semoga anak murid yang baik dan berdisiplin itu mendapat tempat di sisi Allah bersama orang2 yang beriman.
Alfatihah...
(sedang cari gambar lama utk dikongsi, Insyaallah..)
Dicatat oleh Ieja di rumahku syuggaku...
3.2.2013
No comments:
Post a Comment