Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Friday, 11 January 2013

bersatu bekerjasama, satu untuk semua


Motto di atas mama cipta untuk team kerja mama.
Januari 2012... rasa tugas yang dipikul sangat mencabar dengan kehadiran boss baru.

Mama sedar perubahan yang dibawa dengan tujuan kebaikan tetapi aduh... rasa terkejar2 mengejar perkara yang selama ini tidak disedari tertinggal dan tak faham nak buat.

Kadang2 bekerja dalam pasukan, kita mengharapkan kerjasama... tetapi tidak semua yang kita harap itu terjadi seperti diharapkan. Manusia itukan pelbagai ragam.


Sedih kerana anak buah yang agak berpengalaman tidak sudi berkongsi bahan... mama bertungkus lumus membuat persediaan utk anak buah lain. Masa tu mama rabun IT (bukan buta IT terus). Baru belajar download bahan. Baru pandai sikit2 ber email... (Malu la...tapi cerita jugak) 


Signal internet pun belum maju sgt di tempat kerja... Multitasking....penat..
Berjaya juga akhirnya. Mama pun mengutus bahan kepada anak2 buah dan untuk pertama kali mama taipkan di bawah sekali "Bersatu Bekerjasama"

Sehingga la mama tersadai kena denggi, bila mama balik rumah baca email grup.. anak buah dok mention Motto itu. maksudnya ia meninggalkan kesan di hati segelintir mereka.. Bagusss...
2013, mama dah tambah motto pasukan kami kepada "Bersatu Bekerjasama, Satu Untuk Semua"   Mama memang respek semangat kebanyakan mereka.. cari bahan, kongsi, cari lagi, baiki dan kongsi lagi... sehingga pasukan lain kdg2 complain... "Asyik2 bahan korang je naik kat dlm grup e mail tu.. kami kena la delete.." He he.. sorry.. Anak buah ku produktif bangatttt..
Mereka sangat bertimbang rasa dengan beban tugas mama yang banyak. (mama pun slow agaknya...) Kebanyakan mereka adik2 yang masih 20an dan 30an..Seronok kerja sama2 begitu...Yang tak faham kami ajar, yang tak sedar kami ingatkan, yang hilang kami cari, yang tak ada kami bina... 

Semua kami buat sambil ketawa... Cuci berus cat berpuluh2 dengan thinner, hias dewan, buat taman mini segera (satu petang saja.. beli bunga.. set up taman). Lagi...kira alatan utk gotong royong, susun bengkel utk hari orientasi, kerja2 dokumentasi..semuanya  tak mampu dicatat di sini... sekecil2nya pun adalah kenangan indah bg mama semasa bekerja dgn kalian. 




Buat rakan2, jasa kalian dikenang... Azura, Normah, Ana M, Ani, Bada, Kak Sue E, Zie, Echa, Fida, Min (yg dah terbang ke Sabah) Kak Rahana, Noriah, Sidah dan Bad. 
 Ramai dah yang boleh jadi pelapis....

Bersatu bekerjasama, satu untuk semua...kenangan pahit tu dah jadi tawar dek hati2 tulus rakan2 sekalian. Semoga 2013 ini kita semua lebih cemerlang. 

Shaklee juga menyatukan kami... mana yang tak larat, tak sihat... nak cantikkan kulit, nak tambah zuriat... semua mama supply supaya anak buah mama sihat semuanya.

Petua: Kalau ditimpa kesukaran, jadikan ia satu titik permulaan perkara baru. Kalau rasa orang nak sabotaj dan gagalkan kita, ambil itu sebagai pembakar semangat utk lebih berjaya.



No comments:

Post a Comment