Teringat kisah yang biras saya ceritakan semasa family gathering tadi. Dia bawa anaknya 2-3tahun ke klinik gigi kerana ada sikit berlubang. Macam2 cara dibuat utk pujuk anak duduk utk proses tampalan. Pening juga dibuatnya.
Apa saya nak kongsi hari ini?
Lewat mengambil kalsium mungkin merugikan kita dari banyak sudut, kesihatan dan kewangan utk rawatan.Yang paling tak sanggup ialah kesakitan yang terpaksa ditanggung apabila sakit gigi, cabut gigi, tampal gigi....Siapa setuju?
Itu belum kira pereputan tulang kita sepanjang usia kita. Mama-mama di luar sana, sedar tak kita banyak kehilangan kalsium semasa mengandung dan menyusukan bayi. Anak pertama...kedua...ketiga dan seterusnya.
Pada peringkat awal kita mungkin tidak menyedarinya tetapi jangan la tunggu sakit baru nak berubat. Amalkan pemakanan sihat sepanjang masa.
Disiplin???? Memang kena disiplin,kalau tak buat dari dulu,sekarang kena mulakan.
Alamak!!! Anak2 memerhatikan kita...meniru kita, mencontohi kita. Mama-mama fahamkan?
Pujuk???? Hmmm...sebelum pujuk anak, pujuk diri kita dulu utk amalkan yang sihat2.
Didik???? Mestididik diri dulu sebelum didik anak2.
Jadi, tak perlu cerita panjang2, renungkan, cari bahan, bertindak. jangan rugi kemudian...
Renungan : Kadangkala kita menanggung kerugian dan tak mampu membaiki keadaan tetapi jangan biarkan orang lain mengikut jejak langkah yang sama dan kita memerhatikan mereka terkapai2 kerugian seperti kita. Zalim!!!
No comments:
Post a Comment