Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Sunday, 25 November 2012

Catatan balik kampung


Kisah 1: Petang2 di kampungku Kampung Padang

Semua yang bergelar kanak2 akan solat asar secepat yang boleh... dengar azan aje dah siap berwudhuk... solat tengah ruang tamu nenek je ramai2.... 

Hari 1: sejuk perut nenek dan mama2 ni melihat telatah mereka. Anak2 soleh dan solehah agaknya.

Hari 2: " cepat2 solat. jom2 kita solat asar" Mama2 hairan jugak!!! Solat zuhur tak pulak macam ni....

Hari 3: "Siapa dalam bilik air lama sangat ni... org nak wudhuk, solat asar, nanti lewat.." Mama-mama 100 kali bahkan 1000 kali hairan dan rasa misteri dgn perangai anak2 kami.

Hari 4: "Siapa tak solat asar tak leh turun main yek!!!" 

Oh pengumuman sudah dibuat.... Baru la mama-mama tahu kenapa semua anak solat asar awal waktu, tak perlu suruh2, tak perlu desak2...Hmmm alahai, solat kerana Allah atau kerana nak melompat di luar????  Sabar je la mama-mama... Mereka perlu alasan utk lakukan sesuatu..


Kisah 2: Main badminton perlu raket dan shaklee????

Damia dan sepupu2 sedang bermain badminton di laman rumah nenek. Riuh rendah tak terkata... sehingga kami yang tua2 ni pun terpaksa kuatkan  suara (agar didengar oleh mereka)

Tiba2 Mia bising...." Bagi mia shaklee tu.... bagi mia shaklee tu..."
Kami hairan dan tertanya2.

Mia sambung lagi, "Cepatlah dah naik atas pokok durian!!!! Bagi mia Shaklee tu..."

Eh eh,  lebih2 lagi la hairan... Shaklee??? atas pokok durian????





Makteh pun jenguk ke laman, "Kenapa Mia?"

Mia jawab sambil tangannya menunjuk ke dahan durian, " Tu... mia nak shaklee tu....."

Tiba2 Makteh ketawa sehingga merah mata. " Kenapa? " Itu je mama tanya.

Makteh ketawa lagi....

Makteh tunjuk ke dahan durian....

Mama pun gelak sama...

Rupanya shaklee yang mia sebut tu merujuk kepada shuttlecock (bulu tangkis)... 

Di mana silapnya?....ha ha ha.
                                         

1 comment:

  1. mungkin mia hanya teringat "sha..." shuttle jadi shaklee...

    ReplyDelete