Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Monday 17 June 2013

untuk anak

wahai anak,
maafkan mama andai mama tak pandai menyediakan hidangan yg enak, tapi mama tahu lauk kedai mana yg sedap.

maafkan mama andai tak menyediakan pakaian yang mahal kerana jahitan tangan mama sendiri itu mungkin sangat menjimatkan.

maafkan mama andai mama tak lunak menyanyi tetapi nyanyian mama mampu buat kamu semua ketawa geli hati.

maafkan mama andai mama tak pandai melukis tetapi mama tersenyum memandang contengan kamu di dinding macam artis.

maafkan mama kerana tak menyediakan rumah yang mewah tapi mama punya kasih sayang yang melimpah2

maafkan mama andai mama selalu berceramah walaupun mama tak dibayar seperti ustazah2.

wahai anak,
maafkan mama andai banyak yang mama inginkan tapi sedikit yang mama sumbangkan..

semuanya kerana anak hanya tahu apa isi hati mama bila anak2 nanti bergelar MAMA.

(catatan dari dapur walaupun bukan sebuah resepi)

No comments:

Post a Comment