Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Saturday, 9 March 2013

formula sihat Adam

..
Dalam membesarkan anak- anak 5 orang ni... mama dah cuba macam2 formula.. Daripada cara nak elak ruam lampin, cara nak hentikan anak menyusu badan bila mereka dah besar, cara nak ajar anak kenal huruf dan macam- macam lagi. Memang la jadi ibu perlu kreatif.

Untuk jaga kesihatan anak-anak pun macam2 caranya. 

4 dah besar sikit... sekarang yang kecil Adam.. sejak berhenti susu badan.. Adam selalu sakit.. mudah demam... memandangkan mama bekas pengidap asthma semasa kecil Adam menunjukkan tanda dan simptom utk asthma. Mungkin betul kata org tua anak.lelaki selalu ikut jejak ibunya. 

Mama dah dapat kenalpasti kelemahan Adam. Adam alah dengan habuk.. bulu haiwan dan sejuk yang melampau. Kalau 3 perkara ini terjadi contohnya adam minum ais byk.. Adam akan batuk teruk.. tak berhenti... tanpa kahak... jadi melihatnya pun mama tak tahan.. kalau boleh nak ambil batuk tu pindahkan pd mama. 

Jadi... mama mulakan rawatan Shaklee Untuk Adam.. mula2 mama ambil langkah tambahkan susu mealshake Shaklee ke dalam bekas susu adam. Tujuannya untuk meningkatkan selera makan. Kesannya yang mama dapat lihat ialah Adam selera makan dan tidak sembelit seperti kebiasaan.

Langkah terbaru mama ialah tambahkan nutriferon sebanyak 3 sachet ke dalam bekas susu Adam. Jadi setiap kali adam minum susu... semua bahan tu masuk bersama... nutriferon dikatakan membantu meningkatkan daya rintang terhadap penyakit... 

Ini semua hanya ikhtiar mama... Dalam membesarkan anak2 banyak lagi rintangannya... Jadi mama harap mama dapat elakkan Adam dari kerap sakit... maklumlah Adam ni harapan mama untuk jadi imam dalam keluarga... pembela kakak2nya yang berempat bila mama dan abahnya tiada nanti...Insyaallah..


Perkongsian mama ini hanya sekadar luahan pengalaman..Jadi.. jgn pula dianggap sebagai Panduan kesihatan kerana mama bukan pakar kesihatan... mama cuma seorang ibu yang berusaha...


Salam sayang. Jika ianya ilmu.. kongsikan...

Catatan di celah keriuhan anak2... Hmm... enjoy keriuhan ni sebelum seorang demi seorang dewasa dan jadi milik psangan mereka sehingga mama sunyi pulak nanti..






No comments:

Post a Comment