Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday, 14 February 2013

pengajaran dari si penjual kain




Mama memang suka sangat tengok kain pasang. kadang2 mama beli tak sempat jahit. Untuk melunaskan minat pada kain2 tu, kadang2 mama beli dan jual pada kawan2. Puas sebab dapat beli walaupun akhirnya tidak memilikinya.


Baru2 ni mama balik Kuantan pergi kedai kain.. Isy... kesiannya, baru lepas terbakar kerana litar pintas. 




Suami mama tanya pemilik kedai, "Ada insuran tak" Jawabnya "Itulah silap saya, tak de insuran..."
"Kali ni, saya ambil insuran dulu baru buka semula. Saya jual sebidang tanah utk mulakan semula perniagaan. Ini kemahiran saya, saya kena mula sekali lagi." Kedainya  masih penuh berjelaga tunggu utk baikpulih selepas perayaan Tahun Baru Cina.




Ayat tauke sangat memberi kesan kepada mama, maksud tersirat ialah kita kena buat perancangan sebelum lakukan sesuatu. satu lagi bawa maksud kita jangan putus asa dengan ujian yang menimpa..."Bagus2 " mama balas pendek.



Mama lupa pulak nak ambil gambar kedainya. He he sebab asyik ambil gambar kain2 nya. Malam tu juga mama upload gambar2 ke fb, kalau ada rakan2 yang nk menempah. Keesokan harinya mama pergi sekali lagi, shopping pulak utk diri sendiri..

Gambar hiasan di sini ialah koleksi kain2 yg mama sempat rakam dgn harapan dapat bantu membeli lebih banyak. Nampaknya pemilk kedai yang dah tua pun ada hasrat akan bangun semula dan sertai bisnes 'on line' utk pasarkan kain2nya. Tahniah... 


Senang la mama nanti. Memang setiap kali balik Kuantan, mama mesti bershopping kain, Teringat zaman muda2 dulu... beli kain, jual dan ambil tempahan sekali...

Ambil iktibar dari kisah di atas walaupun kecil pengajarannya bagi anda.

Dicatat di dapurku yang tak berasap...14 Feb 2013. 11.05 malam.


No comments:

Post a Comment