Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Saturday, 2 February 2013

Angan-angan, kadang jadi kenyataan


Kalau lah dapur tak berpintu.. Ini lah design mama. Suami tak suka pecah sana sini... Tapi pada masa sama mama sedang berkempen utk pecahkan dinding buat pintu. Akhirnya suami setuju...
Ini lah kisah mama. Mama dah simpan lakaran mama ni sejak 
tahun 2010. Sejak Muhammad Adam dalam kandungan. Lama mama nak dapatkan tukang untuk baiki rumah yang banyak rosak. Maklumlah rumah kami bina sedikit demi sedikit dengan wang yang tak seberapa.

Syurga dunia seorang wanita adalah rumahnya...  Seronok nak baiki rumah. Perut dah makin memboyot...Anak2 pun suka tetapi penat juga mengisahkan habuk dan segalanya..

Cuti  sekolah panjang , rumah dibaiki bahagian demi bahagian. Sambil jaga anak inilah hasil kerja mama.. Melakarkan angan2 yang tak semua pun jadi kenyataan... banyak perancangan yang tak menjadi kerana faktor kos dan masa. Adam dalam perut mama tunggu masa aje nak lahir. Mama sibuk tolak tarik almari ke sana sini. Mana nak mengelap bila hari hujan.. Tilam basah, lantai berabuk, tutup sana tutup sini. mana nak masak? mana nak tidur?

Semua dah berakhir... Buruk macam manapun.. itulah syurga kami...



Pelan seluruh rumah. dgn 2 bilik air??? Anak ramai... Ini pun tak jadi buat. 


Kononnya nak tukar bilik anak jadi dapur keluar ke garaj.. Tak jadi.... remeh sangat... lewat siap nanti.  Yeah... lukis yg lain pulak... No problem..



Rekabentuk macam di atas tapi beza kedudukan sinki


Pandangan Angan-angan  4 dari arah pintu dapur.. Kononnya!!!! hampir sama dengan angan2 9.



Pandangan lakaran Angan-angan 3 tapi sebelah kiri dapur..Semua ni tak jadi buat pun. Angan2 la katakan!!!



Serupa dengan Angan-angan  3 dan Angan-angan 4 tapi  tanpa kabinet gantung buruk mama tu!!!


Hampir sama dengan lakaran Angan-angan 3...


Pandangan kiri dapur kalau lihat dari pintu... (Pembaca tak faham pun tak apa...) memang tinggal angan2 je...


Cadangan bilik air... Penuh imaginasi... Hu hu..



Ruang tamu....Serupa dengan hasilnya sekarang tapi tak letak meja makan...


Ini contoh lakaran mama yang sebenar bagi setiap gambar. sebelum preview imej..



Ini bilik anak2. Segitiga itu asalnya tingkap. mama tutup buat ruang susun buku anak2. (Bibik dah takde.. mama nak jimatkan penggunaan langsir...takut tak sempat tukar ganti dan cuci.)


Bagi ruang2 tertentu, mama kira luasnya supaya senang kira kepingan 'tile'... Bila pergi kedai mama tahu berapa keping nak beli berdasarkan saiz dan harga tile yang kami suka dan mampu. senang nk kira kos. Tile pun tak berlebihan.

Senyum sendiri mama fikirkan kerja gila mama melakar tiap hari di ruang kecil kami... kerana ruang lain kena 'renovate'. Puas hati..

Lepas ni boleh la padam file2 lakaran ni... Komputer dah sarat... 
Nota: Sepanjang mengomel di sini, Adam dah tumpahkan air, Adam dah sepahkan mainan...tapi misi diteruskan juga. Idea sedang datang... 

Agaknya bangga tak suami saya kalau dia tahu ini kerja isterinya?

Dicatat oleh : Ieja di Rumahku Syurgaku.

No comments:

Post a Comment