Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday 10 January 2013

Plaster bantu hentikan anak dengan susu cap gantungnya



Asyik mempromosi penyusuan ibu...
teringat pengalaman nak memberhentikan damia menyusu masa mama hamilkan Adam. Waktu itu mia usia 2 tahun 4 bulan.

Mulanya mama susukan saja Mia walaupun tahu dah hamil lagi pada usia 40 tahun. Mia memang menyusu tanpa campur susu formula sejak lahir.

Akhirnya mama tak larat kerana masa tu mama belum kenal supplement Shaklee. Tenaga tak cukup, badan letih. Nak henti macam tu je... kesian Mia.

Mama ikut petua orang letak kopi kat puting...Ha ha Mia memang bijak... pahit sekejap je...Hmmm...lepas tu, sedapnya kopi susu....

Letak sirap.. Mia peduli apa... Sampai masanya  Mia tetap menghisap. (Ala2 sirap bandung la pulak)

Mia pun cepat bercakap...ada je jawabnya walaupun pelat.


Akhirnya... mama buat langkah2 ini.

Langkah 1 : Susukan Mia kenyang2.

Langkah 2 : Tampal plaster di .........(dot dot dot)

Langkah 3 : Berlakon sakit dan cerita pd Mia... mama sakit... dah luka... takboleh susukan Mia.

Mia faham... bila dia selak nk susu aje.... dia kesian kn mama...

Ada2 aje idea Mia

Plaster tu mama ganti setiap hari tanpa disedari oleh Mia...
Tiap hari mama mengadu sakit pd Mia agar Mia tak sempat merayu dan meminta. (nanti mama jadi sayu pulak).

Jadi Mia terus happy, dan MUNGKIN  dia rasa bangga kerana mengalah dengan mama demi memastikan mama tak sakit...Sambil tu mama puji2 Mia selalu. Mia pun melambung2 la rasa di puji2. He he he..

PLASTER ITU LA PENYELAMAT.

Akhirnya Mia berhenti secara sukarela. Dia jadi lupa pada susu cap gantungnya...

Sekarang Mia minum mealshake... masih mengekalkan kesihatan Mia seperti dulu.

Mia selalu ejek kakak2 " Kulit Mia ni cerah sebab minum mealshake... Kulit kakak tak cerah sebab tak minum mealshake..."

Bengang kakak2nya...

Utk ibu2 di luar sana... mungkin anda ada idea tersendiri tetapi mungkin cara mama ini berguna juga. Silakan cuba nasib.

Salam sayang Ieja..

No comments:

Post a Comment