Cepat Sihat
Saturday, 12 January 2013
bayi saya menangis... Apa maksudnya?
1. Kelaparan
Kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Perut baby kecil... jadi mereka cepat kenyang dan lapar semula. Sabarlah mummy2 semua. Kadang2 kita tertidur sambil duduk di kerusi. Itulah pengorbanan seorang ibu. Waktu ini juga sokongan ayah sangat penting.
2. Rasa tidak selesa.
Mungkin baby basah, pakaiannya tidak selesa... jadi bila memilih pakaian, pilih yang selesa bukan hanya cantik di mata mummy2. Itu syok sendiri namanya... Baby yg nak pakai baju tu, bukan mummy nya. (he he he) Zaman sekarang kita beruntung ada lampin pakai buang.. kalau zaman emak kita dulu, entah berapa kali mereka bangun tukarkan lampin kita...Jadi, apa sangat yg susah bagi kita yg serba moden sekarang.
3. Tak mahu terlalu panas atau terlalu sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut dan merasa hangat. Mama ingat lagi masa malam pertama baby di hospital, bila dia berak dan nak tukarkan lampin, memang baby kesejukan. Air cond bilik tu lebih2 lagi la menyejukkan mereka. Pandai2 la bekerja dengan cekap, sambil tukar sambil2 selimutkan baby sikit. Kerja pun mesti pantas.....Bila balik ke rumah pun, mama perhati betul2 aircond supaya kedudukan baby tak terlalu terdedah kepada kesejukan.
Rasa perut baby, jika panas maksudnya mereka kepanasan. dari pengalaman mama, suhu bilik boleh disesuaikan sekitar 26-27 darjah C. hati2 dengan selimut, takut baby bergerak sehingga tertutup mukanya... mummy pulak tertidur...Sebab tu la mama selalu tidur2 ayam je waktu malam, kalau siang ada juga org lain yg perasan, Malam... mummy2 saja yg selalu berjaga. Daddy2 sabar...mereka boleh lena. Siapa yg ada pengalaman faham2 la ye..
4. Baby suka dipeluk
Ada baby sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Ada juga yang akan menjadi tenang jika dia boleh nampak mummy atau mendengar suara orang. Mama teringat masa Lily (anak ke3) dalam pantang.. dia hanya tidur bila mama pasang radio yg DJnya berceloteh sampai ke pagi. Tak perlu pasang lagu... dia nak org bercakap.
Recliner begini sangat memudahkan mama menyusukan baby atau terus rehat malah tertidur. (Bukan iklan ye...) Contoh saja...
Masa Adam si bungsu dalam pantang pulak, suka sangat dia tidur dalam pelukan mama, mama pun ikat batik lepas seperti bibik2 dukung baby dan di situlah Adam lena dan rasa selesa macam dalam selimut. mama pun rasa yakin Adam selamat dan tidak terjatuh dari tangan mama (akibat mama tertidur) Semuanya mama buat di recliner khas utk mama lepak menyusu dan boleh luruskan utk tidur disitu. Lagipun, mudah mama nak bangun dan duduk, kusyen pun empuk, kiri kanan ada sokong utk letak lengan mama dan sokong kepala baby.
5. Baby perlukan rehat
Kadang2 baby nak tidur tapi mereka tak boleh terus off suis dan tidur. Mereka meragam2 dulu, rengek2, nak ditepuk, didukung sehingga suis mereka boleh off.. Mama sebut keadaan macam ni "baby melawan mata". Nak tidur tapi ditahan2 pulak.. tak apa la... kita tenangkan dia dulu.. lama2 tidur la dia.
Pengalaman mama... Dini yg sulung masa kecilnya asyik mencari siku mama baru lena. Ada yang diurut belakang baru lena, ada yang diusap kepala baru tidur... Layanlah anak kita baik2 supaya belaian kita itu menjadi ingatan utk mereka layan kita bila kita tua nanti.
Menangani bayi menangis
Bagi mama, semuanya terletak pada kreativiti dan kesabaran kita. Pada peringkat awal, mungkin kita cungkil ilmu dan pengalaman dari org lain kerana selalunya masa menjaga anak sulung, kita dijaga oleh ibu, mertua atau sesiapa yg berpengalaman. Bila dah banyak pengalaman sendiri, kita boleh kendalikan situasi baby menangis itu sendiri. Yang perlu ialah sokongan seluruh ahli keluarga seperti daddy nya, kakak2nya...
Semasa Adam dalam pantang, mama panggil Aidi (adik bongsu usia 19 tahun) utk temankan mama menjaga anak2 sebelah siang sementara suami bekerja. Aidi yang mulanya janggal untuk mendukung baby pun akhirnya mama ajar cara2 angkat, peluk dan dukung Adam pada masa2 yang mama perlu bersendirian.
Mia yg baru 3 tahun masa tu pun dijaga oleh Aidi. Dia tlg masak yang ringkas2 untuk anak2. Bagi mama, itu masa untuk semua orang menyesuaikan diri dengan pertambahan ahli keluarga. Proses belajar menerima keadaan seadanya.
Persediaan minda mummy pun penting. beritahu diri..semua cabaran akan berlalu.. Hadapi dengan bijak dan redah perjalanan dengan yakin..Jangan stress. Anda tonggak utk kesejahteraan seluruh keluarga. Senyum... itu ubat paling mujarab.
Salam sayang..
Info berkaitan
Produk ibu menyusu di set penyusuan
Produk ibu dalam pantang di set ibu berpantang
Labels:
baby menangis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment