Bila rindu buat sendiri makan dengan anak2.
Bahan
1. Tulang lembu atau kambing
2. Bahan tumis pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang
3. Daun kari sesuka nak letak.
4. Cili kering 6-7 biji
5. Bawang besar 1 bj besar
6. Halia sepotong
7. Garam
8. Asam keping
9. Gula jika suka.
10. Santan kelapa
11. Rempah kari daging
![]() |
Gulai yang dah masak |
Cara:
1. Mesin cili kering sampai hancur
2. Mesin bawang sekadarnya ( jgn hancur sgt)
3. Panaskan minyak.
4. Tumis bahan tumis.
5. Masukkan cili dan bawang mesin tadi. Biar pecah minyak.. cilinya cukup masak.
6. Masukkan daun kari
7. Masukkan rempah kari
8. Masukkan daging (senangnya yang dah dilembutkan dlm pressure cooker)
9. Masukkan santan, garam, asam dan gula (jika suka)
10. Tunggu mendidih. Rasa dan nlh hidang..
11. Makan...
Dengan roti atau lempeng pun sedap!!
Sekian.
Sekadar menyalin resepi yang terlintas selepas selesai masak.
No comments:
Post a Comment