Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Saturday 12 April 2014

Selipar Jepunku



Dari mana mama dapat hobi recycle??

Hmmm.. siasat punya siasat mama baru sedar.. Ini adalah faktor keturunan. Mak mama selalu amalkan recycle dari dulu.

Masa kecil dulu, Mak  akan simpan selipar jepun yg rosak. Ada biru, kuning, merah dan macam2. Macam2 saiz. Mak cukup marah kalau kami balik dari bermain dengan selipar putus.


Aktiviti recycle mak begini. Dia akan ambil spare parts yang ada pada selipar putus tadi.. tali yg elok akan dipadankan pada selipar jepun lain yg terputus tali juga. Maklumlah selipar kami zaman tu yg paling mahal sbb diimport dari Jepun. Alat ganti dia tak dijual di kedai. He he.. 

Kenapa cepat putus buatan Jepun yang satu ini? Sebab kami berjalan,  berlari dan melompat dgn selipar jepun ini la jugak.. macam mana tak putus? (Kalau sekarang anak2 bersukan kan pakai kasut sukan?)

Kalau mak dah baiki dan kami boleh lompat semula dgn selipar yg ada.. itu dah cukup ok.
Biarlah..kalau selipar tu warnanya lain sebelah. (Aku peduli apa?) 

Kalau lari tak pakai selipar pun boleh...'no hal'. Tanpa selipar dan kasut, makin laju kami lari. Cuma pesan emak "Kalau tak.pakai selipar, takut cacing kerawit masuk ikut tapak kaki." Insaf la sekejap...
Hui.. seramm.

Kenangan mengusik jiwa. Belum lagi ambik kira main badminton dengan pakai kain batik... Isyy... ok je lekat kain batik tu di pinggang kami.

Ce cuba... Hahaha.

No comments:

Post a Comment