Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday 11 April 2013

asthma : pengalamanku


Asma adalah penyakit yang menjejaskan saluran pernafasan yang membawa udara dari dan ke paru-paru anda. Orang yang mengalami keadaan ini kronik (berpanjangan atau berulang-ulang) dikatakan asma.

Dinding dalam saluran pernafasan asma membengkak atau radang. Pembengkakan  atau keradangan membuat saluran udara sangat sensitif terhadap gangguan dan meningkatkan kecenderungan untuk tindak balas alahan.

Keradangan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit, udara kurang boleh melaluinya ke paru-paru(Penyempitan menyebabkan bunyi desiran apabila bernafas), kesesakan dada, sesak nafas, dan batuk. Pesakit asma biasanya mengalami gejala-gejala yang paling kerap pada waktu malam dan awal pagi.




Bercerita tentang asthma...saya ada pengalaman tersendiri.
Semasa kecil, saya selalu diserang asma. Jadi, baju sejuk benang kait warna merah adalah teman karib saya. mungkin saya tak tahan sejuk.

Seingat saya macam2 ubat yang saya makan... ayah dan ma ikhtiarkan. Antara yang saya ingat ialah hati pari helang yang dikeringkan. Kami asahkan hati pari itu dgn air di atas pasu dan air patinya itu saya kena minum. Yerkkk.... memang tak sedap. Cuba korang asah ikan masin dan minum airnya.. sodap tak?

Ubat lain pulak, ubat singseh... BOBOTAN namanya. Dalam sachet warna putih berbentuk serbuk. Ma atau ayah akan bancuh dengan air susu pekat... Heee kononnya nak kurangkan rasa kelat... Adoiii.... Rasanya?? Kelat . rasa macam teh susu yang teramat2 pekat yang kita tak mampu telan... Saya terpaksa minum... pastu... Oppppsss muntahhhhh!!!!!

Ntah la mana satu yang berkhasiat.. Ntah2 bila muntah tu kahak dan lendir keluar sama dan melegakan.

Satu yang saya sangat ingat juga... bila diserang asthma (lelah kata orang kampung)... Bila kita bernafas bunyi sesak itu sangat kuat "Wheezing". Kalau mak di bawah menyiram pokok2nya dia tahu saya ni bernafas lagi sebab bunyi signalnya kuat...

Bila dah sekolah, saya kena mandi air suam setiap pagi. Bila diserang asthma teruk di sekolah... tukang kebun sekolah akan tolong hantar saya balik ke rumah dgn basikalnya... Terima kasih Pak ngah Wahab... (Kebetulan pulak dia adalah mertua kpd mak andak saya).

Sukan? Bila lari dapat la nombor 3.. Haa.... bagus???? Apa taknya... memang yang lari tu 3 orang je... dapat la nombor 3. (No terakhir... ha ha)

Entah la... saya tak tahu macam mana asthma tu hilang. Cuma zaman di sekolah menengah... mengah dan semput selepas lari tu masih ada. Berkat latihan dan kedegilan saya... saya berjaya juga jadi athlit jarak jauh sekolah... Kuasa Allah swt... siapa mampu melawan takdir. Alhamdulillah.. saya sihat sekarang. Cuma anak2 berisiko terutama semasa mereka kecil.

Jadi, saya tahu apa yang anda semua lalui sebagai pengidap asthma... Saya pernah laluinya.... Berusaha dan berdoa selalu... bagi saya mungkin doa ibu dan bapa saya yang dimakbulkan Allah ketika itu.

Jangan berhenti berusaha.

berusaha utk sihat kerana orang yang sihat itu kelihatan cantik.

No comments:

Post a Comment