Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Thursday 14 February 2013

recycle : termos, kereta mainan dan printer.


Kereta mainan ni dah tercabut tempat duduknya. Biarlah bunga2 ni menumpang hidup di sini.



Hari ni mama mengemas.. mengorek2 khazanah yang tersimpan rosak dan tak boleh digunakan lagi. 2 minggu lalu mama dah bungkus blender dan aksesorinya baik2 dan letak di tong sampah. Harapan mama jika ada org yg pandai baiki bolehlah dia gunakan kerana seluruh set mama bungkus sekali. Mama nk hantar baiki pun kami dah beli yang baru. Kalau tidak macam mana nk uruskan hal masak memasak kami di rumah. Seminggu blender rosak terpaksa pinjam dgn mertuaku.. Mujur dekat dgn rumah mertua.. Boleh la mama menumpang 'kasihan'. 

Berbalik kepada kemas mengemas brg rosak...Mama dah ubahsuai semua jadi bahan berguna... Kalau tak untuk jangka panjang pun.. cukup la utk jangka pendek sebab bahannya pun percuma... 

Anak2 sibuk dgn biskut coklat chip mereka.


Penutup blender tu.. warna hijau adalah tudung syria lama.


Dah hangus sikit... kerja sambil bertekak adik beradik...Org ramai adik beradik fahamlah..

 Mama pulak kutip sana kutip sini. Pegi buang sampah kutip buah belimbing. Dah banyak sangat hingga ada yang dah mencecah ke tanah. Buka pembalut dan balut pulak putik2 yg baru. Kalau ada rezeki membesar la pulak putik tu tanpa sengatan semut buah. Sambil kutip belimbing nampak pulak pokok bunga yang tumbuh bersepah di tanah. Hmmm. Dah dapat idea..





Termos elektrik ni dah rosak... boleh la teruskan khidmatnya begini. 


Petang tadi pulak mama masuk ruang jahit mama. Aduh bersepah meja jahit. Ada pulak printer rosak.. simpan sejak tahun lalu. Hmmmm. Idea datang lagi... seperti dalam gambar. 


Letak secara terbalik. Masukkan kotak dan botol kecil serta pemegang benang yang dah habis benangnya. 

Dah selesai... menjahit la pulak... banyak sangat kain yg dibeli tak sempat2 cari masa menjahit. Semalam Adam demam.. tak dapat mama mulakan projek jahit lebih awal. Ok la tinggal dulu... baju mama dalam proses ni. Janji nak ajar mia mengaji...nanti dia tidur pulak.



Baju dah hampir siap.

Kalau ada kesempatan nanti mama kongsikan langkah2 buat projek recycle hari ini.


Dicatat di Rumahku yang dah kukemas.13 feb 2013. 

No comments:

Post a Comment