Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Tuesday 26 February 2013

recycle : botol syampu & bekas plastik


Hari ini...sambil mengajar mia menulis, mama sempat memotong botol2 plastik ini menjadi bekas2 serbaguna. Yang di atas ialah botol syampu Damia yang mama bentukkan untuk letak kunci bilik supaya mudah dibuka bila perlu.

Apa dia? Alatan? Hmm mama gunakan pisau dan gunting dapur sahaja. Maklumlah mama ni pengurus dapur.



Boleh juga simpan alatulis tapi jangan terlalu banyak. Lubang penggantung tu boleh tebuk sesdap rasa, nak kecil.. kecil la.. nak besar, besar la...
Boleh juga letak sikat. kalau di bilik air, boleh letak berus2 gigi tetapi perlu dilubangkan bahagian bawah supaya air tak bertakung. dari bilik air botol syampu ni datang, ke bilik air dia pulang...


Botol bahan kumur ini mama jadikan bekas utk mengumpul getah gelang di dapur. Boleh la diubahsuai sesedap rasa kalian.





Jika terdesak boleh dijadikan bekas letak telefon bimbit semasa mengecas bateri. Lubang yang besar tidak mengganggu charger plug kita.. Mungkin mama perlu cari botol losyen atau syampu yg lebih besar dan panjang supaya telefon dan charger plug tu tak berhimpit2. 

Mama belum sempat deco2 bekas2 tu lagi. Nanti deco pula lah... Boleh guna glue gun utk tampal bahan aksesorinya. Sekarang ni... pada saat ini mama kena bertugas jadi pengadil bila anak2 ni kejap berperang, pastu jadi juri bila mereka menyanyi Ya Ha naa na...(gara2 ustaz Fauza buat pasukan lagu Ya Ha Naa na di sekolah...Lagu ni dah jadi kegemaran bersama Lau kana Bai nanaa...)Mia nyanyi salah sebutan, Dayana marah2 nanti maksudnya jadi salah. Lily pun terjerit2 menyanyi sama....Kalau begini mana sempat mama nak deco2 pun.. 

Nampaknya kurang sikit la bhn recycle yg nk mama jual kepada  uncle lori merah..

Cuba rakan2 buat satu utk isi masa lapang.


Mama kan taksub dengan Shaklee... Bekas mealshake memang ada banyak... Adam dan Mia selalu minum mealshake. Rujuk sini...

jadi, mama reka satu utk serbaguna dan bekas utk telefon bimbit yang lebih besar....Ha ha usaha akan diteruskan....Amacam Rm2 sebiji produk...Aktiviti anak2..



Sempatlh balut begini baru sekejap td.. Tup tup Lily datang " Mama, saya nak beri ni pada kawan.. untuk hari jadi dia".. mama gelihati la.. Tinggi nilai barangan rekaan mama ni di mata Dalily.. Syukur..

Jom recycle..

Untuk tempahan Shaklee  hubungi 0192247004.


Dicatat di dapurku yang berselerak... 

No comments:

Post a Comment