Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Monday 25 February 2013

si bawang putih


Dalam kelas Ekonomi Rumah Tangga, bawang putih dikenali dalam kategori sayuran jenis bebawang. 


  • Sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
  • Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. 
  • Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.



Nota :

Tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.


Bagus!!!

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.


sumber : vitamin semulajadi.com

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besarbawang merahlik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalamperubatan dan masakan[1]Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.

Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan,TurkmeniaUzbekistan dan utara IranAfghanistan dan Pakistan.[2] Ia dari tumbuhan liaryang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China danKorea.




Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat(1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.
gambar ehsan wikipedia

Khasiat

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram),thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg),magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah sepertimangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.[perlu rujukan]

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.[perlu rujukan]

Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

Sumber : wikipedia.

Untuk bekalan : contact ieja 0192247004
ID 889811

No comments:

Post a Comment