Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Wednesday 27 February 2013

Curiga bila diam, lega bila bising

Sambil bekerja di dapur... terdengar suara Adam dan Mia bermain di bilik. Timbul rasa curiga kerana happy sangat bunyinya...

Mama tak jenguk tetapi hanya bertanya... "Mia, main apa dengan adik tu? Panjat katil ke? Nanti Adam jatuh...."

"Tak mak, panjat almari je...." pantas Mia menjawab. Aduhhh...Mama pun apa lagi... berlari jenguk ke bilik...Urut dada tengok mereka berdua. 

Memang betul la... kanak2 kalau bising lebih baik daripada senyap... sebab bila senyap tu.. kerjanya lebih hebat dan kita tak tersdar tapi bila bising sempat jugak kita bertanya khabar dek kerana terkejut dengan jerik pekiknya. 

Satu hari.. terdengar tangisan Adam di dapur. "Eh, tadi Dini jaga adiknya" hati mama berkata. 

"Dini... kenapa usik adik tu... suka sangat dengar adik nangis?" mama menyoal dari bilik.

Senyap tiada jawapan, masih terdengar tangisan Adam...Mama dah hilang sabar, keluar dari bilik. Masyaallah... Adam menangis sebab dah basah kuyup kerana gagal dalam percubaan menuang air ke gelas. Dia panjat meja ketika kakaknya tertidur...


Dah banyak kali Adam ditangkap memanjat meja dan menuang air sampai tumpah.

Syukur sempat diselamatkan . Kalau tak bertelur lagi dahi Adam..

Dicatat di dapur tempat dapat ilham.

No comments:

Post a Comment