Sebenarnya mama sekeluarga sedang memantau berita kesesakan lalu lintas utk perjalanan balik kampung. Rindu pada mak ayah dan adik mama walaupun mereka semua dah besar...
Teringat mama kerja penting mama masa adik2 kecil.. Budak2 kan kerap tanggal gigi susu untuk ganti dgn gigi kekal.
Haaa... mama akan transform jadi dentist bila ada adik2 yang mengadu gigi dah longgar tapi takut2 nak cabut. Yang sempat mungkin Jie, zidi, ziman dan aidi... Angah dan Ida tak le.. masa mereak salin gigi mama budak2 juga... belum expert...
Caranya...
1. Masa kuno tak banyak pengalaman, mama belek gigi baik2, sembang2 dgn adik... cubit sikit pehanya dan terus tarik gigi... nangis sikit je.. sakit kena cubit ke sakit gigi tercabut ntah la... mama tak kisah..dah tercabut gigi tu... lega la... Sila ucap terima kasih pada kakakmu ini!!!
2. Dah pandai sikit, pakat dengan kakak2nya yang lain untuk ambik ais... letak dekat gigi yang longgar... Kononnya nak bagi kebas la... pastu zup!!! tarik, dah tanggal... Jangan nak lari la dgn kakak yang dedikasi ini...Sampai lubang cacing pun akan dikejar, mesti dicabut gigi tu... Haaa.. nanti tumbuh yang baru kan cantikkk...
Kalau dengan anak2 mama sendiri.. mama dah lali... maklumlah dah banyak gigi yang terkorban di jari mama ni... Adik je 4 orang, setakat gigi2 anak 5 org ni... KACANGGG LAA...
Itu rahsia mama sebenarnya kecuali adik2 la yg tahu kalau mereka masih ingat kejadian kanak2 mereka..
Suatu hari mama sembang dengan Kak An kawan mama.. Dia ceritakan anak sulungnya Dilla pun sepesen dengan mama... Tukang urus hal2 adik macam mama... Ooo rupanya ada spesies yang sama macam mama... Mungkin kami serupa kerana kami anak sulung, Tahniah Dilla... 4-5 tahun lagi mungkin Dilla pulak berumahtangga.. senang la Dilla uruskan gigi anak2 nya nanti..
Anak2 sekarang cukup kalsium, gigi tahan. Sampai yang baru dah tumbuh pun, gigi susu masih cantik tak rosak.. Itulah pentingnya kalsium yang dibekalkan oleh susu ibu dan khasiat yang mereka dapat dari susu tambahan (formula). kalau susah sangat minum susu, ambil la kalsium tambahan. Pilih betul2 dan boleh klik di sini dan di sini.
Dah panjang mama merepek..hiway dah clear ke belum... Askar2 kat rumah tengah pesta kat laman... Hu hu.. tidur la dalam kereta nanti jawabnya.. Bagusss...
Ma, ayah dan keluarga... Tunggu kepulangan kami...
Di catat di Rumahku yang tak bertiang....
No comments:
Post a Comment