Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Friday 30 November 2012

Cerita orang miskin dengan buah mangga

Setiap kali menyusuri jalan untuk berulang alik balik ke kampung suami, terdapat banyak gerai jualan mangga di tepi-tepi  jalan. Suasana begini menggamit kenangan silam Zila.

Zila masih terbayang-bayang semasa kecilnya, dia  dan adik2 akan berlari2 menyambut kepulanagan ayah mereka dari bandar pada hujung bulan. 

Ayahnya  seorang yang sangat berjimat cermat demi menampung perbelanjaan keluarga. Apa yang ayahnya bawa pulang kali ini?... Wah!!!! buah mangga la adik2.. Hebatnya... Ayah panggil mangga siam (buah panjang). Apabila dapat memakan mangga itu sebiji seorang, itu  adalah kenikmatan yang dirasakan seperti kekal sepanjang bulan. Sebagai anak kecil, mereka menunggu pula bulan berikutnya.

Ayahnya tidak mampu membeli buah mangga yang elok dan mahal harganya. Jadi, dia akan memilih buah mangga yang dilonggok  dengan teliti agar dapat membeli buah yang masih elok tetapi murah utk anak-anaknya. Maklumlah... buah longgok ni tentulah  yang sudah kurang bagus kualitinya. Apabila Zila memakan buah itu, rasanya seperti tak mahu dihabiskan kerana nikmat dan enak yang amat sangat. Bagi minda kanak-kanaknya... bagai makanan istana!!! Kalau boleh isinya nak dikikis sungguh2 supaya tiada yang tertinggal. Bijinya dihisap sehingga semua manisnya hilang. Mujur la bijinya tak boleh dimakan sekali. Kalau tidak mungkin direbus seperti biji cempedak.  

Masalahnya kalau ditanam pun, tanah di kawasan rumah mereka di kampung tidak sesuai dengan tanaman mangga. 

Sekarang  Zila ada pokok mangga yang ditanam di halaman rumah oleh bibiknya 7 tahun dulu... Zila sangat menghargainya kerana beliau sekeluarga sudah boleh memakan buah mangga percuma. Setiap kali ibu bapa dan adik beradiknya bertandang, buah mangga itu akan menjadi tumpuan mereka. Bekal balik ke kampung juga selalunya tidak lupa membawa buah mangga dari pokoknya itu.

Dengan penuh keinsafan, Zila selalu mengingatkan anak-anaknya agar tidak membazir dengan makanan yang dibeli. Doanya setiap waktu mudah-mudahan pokoknya terus memberi hasil untuk dikongsi pula dengan rakan2, jiran  dan saudara mara yang lain. Alhamdulillah... rezeki dari Allah swt jua.

Pengajaran buat anak-anakku Dini, Dayana, Dalily, Damia dan Adam: Bersyukur dengan rezeki yang ada.

No comments:

Post a Comment