Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Wednesday 27 March 2013

Doa untuk ikhtiar dapat anak lelaki

Kisah bermula dengan anak sulung Nur D... bt...
kedua Nur D... bt ...lagi
ketiga Nur D.. bt ...lagi
ke 4 cadang nak namakan Adam atau Daud...

opps... Nur D... bt ...  lagi..pada usia 38 tahun. 

Akhirnya mama redha. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. 4 cahaya mata perempuan. Mama teringat perbualan dgn Dato' Doktor  Siti Zaleha semasa hamilkan Dini. "You nak anak berapa orang?" tanya doc Siti. "Lima", mama jawab ringkas.

"Kenapa lima... biasanya orang nak bilangan genap.." mungkin komen Doc Siti berdasarkan pengalamannya. "Entah la... memang rasa nak lima orang" jawab mama. Setiap kali hamil... Doc Siti scan kandungan mama... dan empat kali la keputusannya "Baby girl..." Dah penuh baju budak perempuan di rumah mama. Kalau Dini dengan Dayana... asyik sedondon.. Lama2 mama belikan lain2 fesyen supaya bila Dini besar, Dayana tak jemu kutip baju kakaknya... (Idea 'reuse' tetap terlaksana)

Mama pulak suka menjahit... macam2 rekaan dibuat dari kain2 perca dan kain2 penghabisan stok di kedai (murah sikit). Bila hari raya berderet baju perempuan yang siap dijahit.. paling sikit 2 pasang seorang. Meriah.. meriah...

Hmmm... mama memang tak mudah putus asa... Mama pasang niat "Jika ada rezeki lagi, ada la.... Kalau dah umur 40 tahun takde lagi rezeki... redha la.... Tak perlulah risaukan sangat"

Jun 2010... mama hantar bibik balik selepas setahun kontrak... Bibik ni yg kelima tinggal dengan mama termasuk 2 orang yang sempat 3 minggu dan sebulan (akibat tak lulus medical check up). Walaupun setahun mama rasa perlu hantar pulang kerana mama tak mampu membimbing dia seperti bibik2 yang lalu.. (Tak perlu lah diceritakan kisahnya... tak baik. mama pun dah redha)

Bulan November 2010 mama akan sambut usia 40 tahun... Hmmm... macam takde rezeki dah..tapi mama pernah pesan bila emak pegi Haji doakan anak lelaki utk mama. Lepas tu pak alang mama pergi haji mama pesan lagi. Tak apa la... Allah tahu yang terbaik... sekurang2nya mama ada 4 anak perempuan. Sudah lebih baik daripada orang yang tak ada zuriat.

Di samping itu, mama tetap berdoa kepada Allah swt jika ada rezeki mama. Bulan Ramadhan 2010 mama dan rakan2 bertadarrus seperti biasa dan adat la bagi wanita seorang demi seorang datang bulan dan cuti mengaji..Kebetulan kumpulan mama ketika itu bersama dengan BOSS besar. Dia dah menopous... asyik la bersaing dgn mama sebab mama aje yang tak datang2 BULAN nya...

Alahmdulillah... dalam bulan Ramadhan yang mulia dapat keputusan mama hamil lagi untuk anak kelima.. Kak Noorma kawan mama berkongsi dengan mama doa yang diamalkan untuk ikhtiar dapat anak lelaki.. nak dijadikan cerita, kak Noorma ada lima anak perempuan dan yang ke 6 baru dapat lelaki... 


Ini lah doanya

Mama dan suami pun amalkan doa yang diberi. Alhamdulillah rezeki itu daripada Allah, bila Doc Siti scan mama nampak dengan jelas al-'bird' baby dalam rahim mama. Cuma mama tak nak harap sangat tapi bila Doc bgtau "Baby boy ye...". mama senyum sendiri, dah tak excited sebab dah tak nak berharap sangat. Membesarlah baby tu dalam kandungan. Cuba baca terjemahan doa tu...Dalam doa yang mama amalkan tu, mama dah niatkan nak namakan dia Muhammad, maka bila lahirnya pada 3 mei 2011 (mama dah hampir 41 tahun) dia dinamakan Muhammad Adam. 




































































Syukur syukur syukur ya Allah.

Bagi ibu bapa di luar sana, jangan putus asa... terus berdoa kerana Allah mendengar doa kita.. Doa dengan yakin bahawa yang terbaik Allah akan berikan pada kita..

Semoga Adam terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. amin..

Baca lagi di set kesuburan 

Tuesday 26 March 2013

Cepat Sihat: Biskut batik berkismis

Cepat Sihat: Biskut batik berkismis: Resepi mudah hari ini Bahan utama 1. Biskut marie 2. susu pekat 3. serbuk koko 4. majerin 1. Panaskan 1 senduk ...

Biskut batik berkismis


Resepi mudah hari ini

Bahan utama

1. Biskut marie
2. susu pekat
3. serbuk koko
4. majerin


1. Panaskan 1 senduk majerin dalam kuali.


2. Masukkan 1/2 cawan serbuk koko 

3. Masukkan 1/4 cawan susu pekat


4. Kacau rata atas api hingga mendidih

5. Sejukkan sambil gaulkan dengan 1 mangkuk
 biskut marie yang dipecah 4.
6. Taburkan kismis 

7. Ratakan dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.

8. Potong untuk dimakan.



Thursday 21 March 2013

Cepat Sihat: takut ke sekolah

Cepat Sihat: takut ke sekolah: Lama tidak dapat meluangkan masa menulis. Seperti nasihat kepada anak2, Dahulukan yang penting. Banyak tugasan yang perlu dib...

takut ke sekolah






Lama tidak dapat meluangkan masa menulis. Seperti nasihat kepada anak2, Dahulukan yang penting.

Banyak tugasan yang perlu dibereskan. 24 jam terpaksa diagihkan baik2 utk kerja, anak2 dan rehat. Mama bimbang terleka dan mengabaikn anak2. 

Kadang2 bila dah balik, sengaja duduk2 dan menemankan mereka terutamanya yang kecil. 

2 bulan sekolah tadika.. kami sedari Damia ada masalah. masa cuti tahun baru Cina, hantar dia ke sekolah, mama perasan wataknya berubah. Mia yg lincah jd murung, diam terutama sekali bila sampai ke sekolahnya.

Tamat Februari suami beritahu cikgu Mia kata Mia slow, dia dah asingkan Mia. Terkejut!!! mama memang terkejut. Kesian Mia, diasingkan. 

Setiap pagi Mia menangis tak mau sekolah. "Mia tak nak sekolah, Mia nak duduk rumah, Mia strong boleh tinggal d rumah sendiri."

"Eh eh.. Mia yang kepoh dan kecoh jadi begini?" Apa yang berlaku sebenarnya?

Mama pun berbual dengan Mia, menyoal siasat. Kata Mia, "Cikgu gemuk marah Mia" "Tiap hari cikgu gemuk marah Mia" Siapa cikgu G? kenapa Mia tak sebut namanya? Tak ingat nama cikgu la tu..

Satu hari, Mia tak ke sekolah dan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh. menangis dan sungguh2 tak nak sekolah. Puas abah Mia pujuk, tak berjaya.

Keesokan harinya, mama pujuk Mia, terpaksa kejut mia 6.30 pagi sedangkan mia sekolah pukul 8 pagi. Biasanya Mia mandi sendiri, hari itu, mama pujuk dan mandikan. 

Pukul 6 pagi, saya mesti bangun,
terus gosok gigi mandi dan minum
salam pada ibu dan juga ayah, 
terus ambil buku pergi sekolah.

jalan tepi2, jalan cepat2,
datang pagi2, bersihkan kelas
rajin la rajin, ingat kata guru,
jangan main2, jangan meniru.

Sambil mandikan mia mama bernyanyi.. lagu mama, adik dan mak usu nyanyi kecil2  sambil main buaian bawah rumah aki (datuk) 30 tahun dahulu.

Siap mandi, ajak mia pergi beli kuih kat gerai depan rumah. Mia seronok... hari itu Mia pergi sekolah. "Takpe, nanti mama, kakak dan abah akan ajar Mia sehingga pandai, cikgu Mia sayang murid pandai. Hari ni Mia pergi sekolah... mama berikan Mia pensel warna baru" mama memujuk Mia sambil mengikis pensel warna dan tulis nama Mia.

"Mia tengok ni, kira semua ada dua belas batang...mesti cukup dan penuh kotak tau!" pesan mama sambil Mia makan nasi lemak. " nanti Mia warnakan cantik2, cikgu suka la..." "Kalau kawan ambil, Mia beritahu cikgu ye.." tambah mama. 
Mia jawab, " Tak nak, nanti Cikgu gemuk marah Mia, tiap hari dia marah Mia" Alamak, masalah juga..

Oppsss... dari mana dapat pensel warna baru? ha ha.. memang abah Mia simpan 3-4 kotak pensel warna baru bila anak baru mula sekolah kerana tahun lalu Lily (kakak Mia) meragam tiap pagi dek pensel warnanya tak cukup (hilang di sekolah). Jadi, tahun ni dah stand by supaya kami tak stress pagi2.

Sambung semula cerita Mia.

Hari Mia dapat pensel warna baru, Mia tak de masalah dan tak murung bila ditanya tentang sekolah. Pensel warna pun dibawa balik cukup.

Di tempat kerja mama tanya rakan sama ada anaknya yg bersekolah dengan Mia ada masalah. kata rakan memang cikgu yg agak gempal tu garang sangat. dia sendiri pernah dengar caranya mengarah dan memaksa murid. " Kalau suami saya dengar macam tu kak, dah lama dia tukarkan anak saya ke sekolah lain", komen kawan mama. Hmmm.. 3 orang anak mama sekolah di situ, semuanya seronok.. Sayangnya guru mereka dah bertukar/ berhenti... mungkin guru baru yang ajar Mia.

Seminggu ini Mia happy. Tiap hari belajar dengan buku2 yang dibelikan abahnya. Mama pulak mesti melayan dia belajar 100% tanpa buat tugas lain. Kalau tidak, Mia mogok. Alhamdulillah, Mia menunjukkan perkembangan yang baik. Di rumah, bila ditanya tentang sekolah dia respon dengan baik. Bila kami tanya " Cikgu G_ _ _ _ ajar Mia lagi?" Mia jawab, "Tak, cikgu G_ _ _ _ dah meninggal...Cikgu Mia sekarang cikgu Ana Muslim, dia baik, cikgu kurus"

Amboi! sedapnya ayat....

Mama tanya abah Mia tentang cikgu G_ _ _ _ Mia. Kata abah Mia cikgu tu ada tapi agaknya ajar murid 6 tahun. tak ajar Mia dan murid 5 tahun dah. Oooo patut la Mia happy dapat cikgu kurus...

Sehingga hari ini, mama masih berfikir2 kenapa setiap kali tanya, Mia kata cikgu G itu dah meninggal... Mungkin kesan dan traumanya membuatkan dia cuba melupakan cikgu G.. Harap semuanya berjalan lancar selepas ini. 

Hari ini, Mia tunjukkan kertas ujian Matematik Mac. 100%??? Ok la tu... setakat kenal angka dan warnakan...


Semoga cikgu Mia tak kata Mia 'slow' lagi. Mama faham, tujuan cikgu tu baik, tapi mungkin istilah yang dipilih kurang sesuai...

Doa mama.. " ya Allah, bukakan pintu2 ilmuMu buat anak2ku... Jadikan mereka hambaMu yang sabar, belajar dan beramal untuk kebaikan sejagat.." Amin.




Sunday 17 March 2013

Cepat Sihat: kalsium dan tulang

Cepat Sihat: kalsium dan tulang: Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru...

Sunday 10 March 2013

Cepat Sihat: recycle : meja buruk jd berguna

Cepat Sihat: recycle : meja buruk jd berguna: Dah hampir 10 tahun meja buruk ini berkhidmat depan bengkel mama. Sebelum ni pokoknya lain. baru tukar design (he he... macam pakar pul...

recycle : meja buruk jd berguna


Dah hampir 10 tahun meja buruk ini berkhidmat depan bengkel mama. Sebelum ni pokoknya lain. baru tukar design (he he... macam pakar pulak).

Mama dengan bantuan kak yanti dan rakan2 cleaner alihkan pokok pasuan ke dalamnya...  Buruk2 pun berjasa..


Kesian meja ni dek keusangannya.. mama ada 2 buah yang sempat mama dapatkan masa pelupusan bahan. Sekarang dah tak de meja begini.. 

Mama ceriakan dengan cat kelabu cerah begini... Boleh la tahan.. Ada la rupa sikit... Sejak mama alihkan ke depan sedikit lokasinya dan dah dicat, ramai pulak yg bertanya jika mama ada meja begini lagi... Hmmm... dah tak ada... nak idea lain boleh mama kaji2 semula, guna bahan lain pula..

Sedang rancang nak hiaskan tanaman di bawahnya pula....

Bertanam dan terus bertanam...


Ada lagi projek taman mama nak kongsi... Tunggu ye... 

jangan lupa makan Shaklee supaya badan kuat bertenaga, tulang dan sendi gagah bekerja. Idea pun datang mencurah2 walaupun produktiviti pernah merosot sebelum ini.

Jumpa lagi, masak utk minum pagi sebelum berangkat ke  tempat kerja dan urusan anak2 berlima... Kena sediakan supplement untuk suami tercinta... Biar sihat sejahtera...

shaklee
contact 0192247004
Id 889811



Saturday 9 March 2013

formula sihat Adam

..
Dalam membesarkan anak- anak 5 orang ni... mama dah cuba macam2 formula.. Daripada cara nak elak ruam lampin, cara nak hentikan anak menyusu badan bila mereka dah besar, cara nak ajar anak kenal huruf dan macam- macam lagi. Memang la jadi ibu perlu kreatif.

Untuk jaga kesihatan anak-anak pun macam2 caranya. 

4 dah besar sikit... sekarang yang kecil Adam.. sejak berhenti susu badan.. Adam selalu sakit.. mudah demam... memandangkan mama bekas pengidap asthma semasa kecil Adam menunjukkan tanda dan simptom utk asthma. Mungkin betul kata org tua anak.lelaki selalu ikut jejak ibunya. 

Mama dah dapat kenalpasti kelemahan Adam. Adam alah dengan habuk.. bulu haiwan dan sejuk yang melampau. Kalau 3 perkara ini terjadi contohnya adam minum ais byk.. Adam akan batuk teruk.. tak berhenti... tanpa kahak... jadi melihatnya pun mama tak tahan.. kalau boleh nak ambil batuk tu pindahkan pd mama. 

Jadi... mama mulakan rawatan Shaklee Untuk Adam.. mula2 mama ambil langkah tambahkan susu mealshake Shaklee ke dalam bekas susu adam. Tujuannya untuk meningkatkan selera makan. Kesannya yang mama dapat lihat ialah Adam selera makan dan tidak sembelit seperti kebiasaan.

Langkah terbaru mama ialah tambahkan nutriferon sebanyak 3 sachet ke dalam bekas susu Adam. Jadi setiap kali adam minum susu... semua bahan tu masuk bersama... nutriferon dikatakan membantu meningkatkan daya rintang terhadap penyakit... 

Ini semua hanya ikhtiar mama... Dalam membesarkan anak2 banyak lagi rintangannya... Jadi mama harap mama dapat elakkan Adam dari kerap sakit... maklumlah Adam ni harapan mama untuk jadi imam dalam keluarga... pembela kakak2nya yang berempat bila mama dan abahnya tiada nanti...Insyaallah..


Perkongsian mama ini hanya sekadar luahan pengalaman..Jadi.. jgn pula dianggap sebagai Panduan kesihatan kerana mama bukan pakar kesihatan... mama cuma seorang ibu yang berusaha...


Salam sayang. Jika ianya ilmu.. kongsikan...

Catatan di celah keriuhan anak2... Hmm... enjoy keriuhan ni sebelum seorang demi seorang dewasa dan jadi milik psangan mereka sehingga mama sunyi pulak nanti..






resepi selamatkan roti.

Catatan jumaat 8 mac 2013. 6.30 pagi.

Pagi2.. mama mmg ligat. Urusan mandi anak2, minum pagi dan bekalan makan damia. Sbb tadika mia tak sediakan mknn.

Pagi ni mama resepi recycle roti.

Caranya.....
Lebihan roti sandwic
Sebiji bun burger

Carik-carikkan masuk dalam mangkuk. Basahkan dengan air secukupnya supaya kembang.

Tambah susu pekat 2-3 sudu besar

Tambah 2 sudu majerin.
Campur 3 sudu coklat vico.

Kacau semuanya.





Masukkan dalam kuali. Bakar dengan api perlahan.


Dah masak sebelah bawah, terbalikkan supaya masak sebelah lagi.

Angkat dan sejukkan. Anak2 makan dan bawa bekal ke sekolah.

Nota : kalau tak suka koko tak perlu campurkan koko. Kalau nak tambah buahan campur atau kismis pun ok.

Kalau nk bakar tanpa susu tapi nak makan dengan sudu cair sejuk pun boleh. 
 Kita yang masak... suka hati kita la...

Selamat mencuba... jgn lupa vitamin shaklee sebagai pelengkap selepas minum pagi. 

Dicatat di meja dapur la....

Jangan membazir. Selamatkan makanan.

Thursday 7 March 2013

Cepat Sihat: tubuh kurang kalsium

Cepat Sihat: tubuh kurang kalsium: Kayu yang dimakan anai-anai Kenapa gambar ini mama pilih? Begini ceritanya.. Setelah umur 20 tahun, tubuh manusia akan mul...

tubuh kurang kalsium


Kayu yang dimakan anai-anai

Kenapa gambar ini mama pilih?

Begini ceritanya..

Setelah umur 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% per tahun. Dan setelah umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.
Tanpa kalsium, otot akan mengalami gangguan kontraksi, darah akan sukar membeku, transmisi saraf terganggu, dan sebagainya.



bila tulang jadi poros...foto ehsan webmd.com

Untuk memenuhi keperluan operasi tubuh, kalsium yang dikumpul semasa kanak2 dan remaja akan dikeluarkan dari bank kalsium iaitu dari tulang dan gigi. Tulang yang dulu padat mula menjadi 'cantik luaran' sahaja tetapi lompang di dalam.. Ibarat kayu yang dimakan anai2... di luar cantik tetapi di dalam kosong dan akhirnya kayu itu pecah, patah dan runtuhlah sebuah binaan.


Jika anda mempunyai kekurangan kalsium, anda mungkin mengalami perkara-perkara berikut:

1: Kekejangan Otot
Kekejangan otot boleh menjadi tanda awal bahawa anda sedang membangunkan satu kekurangan kalsium. Ini jenis kekejangan biasanya berlaku pada waktu malam, terutama di kaki.

2: Kulit Kering dan Kuku Rapuh
Satu tanda kekurangan kalsium biasa boleh dilihat pada kulit anda dan kuku anda. Apabila kulit anda menjadi kering dan kuku anda menjadi rapuh (mudah pecah), anda MUNGKIN kurang kalsium. Jika gejala-gejala ini hadir, anda juga mungkin mahu untuk memeriksa untuk melihat jika gigi anda menjadi kuning. Gigi dan tulang boleh terjejas dari kekurangan kalsium.

3 Peningkatan Gejala PMS
Seorang wanita boleh mula pengalaman kekejangan yang lebih atau perubahan dalam aliran haid beliau jika dia mengalami kekurangan kalsium. Menambah diet yang lebih kalsium mungkin boleh mengurangkan gejala-gejala ini.

4: Fraktur Tulang atau Pecah
Jika anda mula mengalami beberapa keretakan tulang kecil atau kerosakan tulang penuh, anda benar-benar harus menilai jumlah kalsium dalam diet anda. Ini adalah gejala yang teruk tentang kekurangan kalsium.

Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan untuk memastikan mereka kuat. Tanpa kalsium ini, tulang kita akan menjadi lemah. Memandangkan mereka lemah, keretakan dan kerosakan boleh berlaku.


Jadi, bekalan terbaik ialah kalsium yang lengkap dengan mineral yang membantu penyerapannya kepada tubuh. Pilihan anda terdapat pada Ostematrix iaitu pakej kalsium lengkap daripada Shaklee.


Dapatkan bekalan kalsium dengan ostematrix Shaklee.
contact 0192247004

Wednesday 6 March 2013

Cepat Sihat: atasi masalah kekurangan kalsium

Cepat Sihat: atasi masalah kekurangan kalsium: 1 tablet Ostematrix Shaklee bersamaan dengan 1 gelas susu kalsium tinggi, dan bersamaan jugak dengan 80 biji badam. Ramai kawan dah m...

atasi masalah kekurangan kalsium



1 tablet Ostematrix Shaklee bersamaan dengan 1 gelas susu kalsium tinggi, dan bersamaan jugak dengan 80 biji badam.

Ramai kawan dah menyukai ostematrix Shaklee ini... yang lenguh pinggang dah rasa lega, yang sakit tumit dah mula senyum, yang lenguh2 dah mula ceria...yg susukan anak dah rasa suka..

BERITA BAIK UTK SEMUA
Bulan mac menjanjikan Ostematrix Shaklee yang lebih murah. Di hq, anda boleh beli dgn pakej beli 6 dapat percuma 1. 


Ada satu perbezaan selepas amalkan ostematrix.. 

akak2 yang dah umur 40 ke atas.. ada tak rasa bila berjalan bahu kita tu nak jatuh je ke depan.. seolah2 kena guna tenaga bagi menyokong badan utk tegak.. Cuba semua akak2 perhati struktur tubuh masing2 baik2.

Selepas amalkan ostematrix ada sedikit beza.. Dulu, jalan mcm nk membongkok, bahu rasa berat. Sekarang selesa jalan tegak (bukan dibuat2). Tulang rasa kuat..Ha ha...mungkin kah perasaan sahaja?

Sebabnya?
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.



Contact utk maklumat lanjut. 0192247004. harga terkejut!!!!

Saturday 2 March 2013

Anakku,
22 Oktober 1995 terjalin ikatan...
Sekali lafaz, sah sudah pernikahan.
Setiap saat  menyulam impian... 
memiliki zuriat penyambung keturunan..

Anakku,
Penantian itu satu penyiksaan...
Persoalan yang muncul menyesakkan fikiran...
Terlalu indah melayan mimpi..
Membelai manja anak kandung sendiri

Anakku...
Di kampung halaman menjamu durian...
Durian moyangmu tiada tandingan... 
Satu... dua... tiga... lagi dan lagi...
Cuma sesekali terdetik di hati...
Benarkah perasaan ini?

Anakku...
Di sana juga berita gembira..
Bahan ujian bergaris dua...
Hmmm apakah tanda? apakah makna?
Hooray.. mama sudah berbadan dua..
Cuba teka siapa yang paling gembira?,

Anakku,
Permata  penyeri hidup kami...
Disambut taulan, nenek dan aki...
Anak sulung... cucu pertama... Wah lebih hebat, cicit tertua...
Eh eh serupa la kita...mama juga pegang gelaran yang sama..
7.45 pagi 1 Mac 1998 penantian terlerai..
Sah sudah kelahiran bayi perempuan..

Datuk Dr Siti Zaleha empunya nama..
Pilihan ayahandamu hebat doktornya..
Jangan risau semua sama..
Kongsi Doktor adik beradik berlima..
Cuma sedikit berbeza... 1998 rambutnya hitam...
2011 yang hitam dah kurang..

Nama terpilih Nur Dini Zulkifli...
Dah habis rujuk semua kitab..
Dalam maknanya... moga terbukti..
Doa kami dirimu menjadi isteri solehah melangkah ke Jannah..

Anakku... 
Bukan harta yang jadi bukti, bukan juga kata2 yang jadi saksi..
Kerana kasih kami tiada nilainya... Ibarat disukat melimpah2 banyaknya..

Anakku...
Selamat hari lahir...
Semoga esok dan seterusnya dirimu menjadi lebih mulia dari hari ini..


Salam sayang yang berkekalan..
Mama..