Cepat Sihat

Cepat Sihat
kesihatan, kecantikan, awet muda, slimming, petua, renungan

Monday 8 April 2013

kelahiran anak secara 'induction'

Sejurus kelahiran anak sulung.

Yang no 2 ni memang mulut riuh dan kepoh sampai sekarang...


Assalamualaikum.

Hari ini nak kongsi pengalaman melahirkan cahaya mata kami yang berlima. 

5 kali pengalaman bersalin, 5 kali juga mama jalani proses 'induction of labour'.

Lucu terkenang tawaran doktor masa nak bersalin anak ke 4. "You nak tunggu seminggu lagi boleh" Mama jawab, tak perlu la doc. Dah 3 orang sebelum ni penat saya tunggu tapi kena 'induce' juga. Kita set tarikh induce aje la"

Menunggu tarikh induction anak ke 3, mama pergi berkebun secara kecil-kecilan di luar rumah. Hmm... masih tak muncul rasa sakit bersalin, esoknya ikut tempahan tarikh mama pergi hospital  serah diri utk proses 'induction' juga.


Haa... giliran anak ke lima pulak, harap-harap merasa sakit nak bersalin (gilakan? Org tak nak sakit, kita nak merasa) Ada juga 2 kali terasa 'contraction', call suami balik tapi bila dia sampai ke rumah, 'contraction' pun hilang. Kami kena acah aje rupanya...

Yang tak best tentang pengalaman ni ialah, ibu selalu risau dan tak boleh lena tidur malam kerana dah lewat dari tarikh tapi baby belum lahir juga. 

Maka tugas ibu ialah selalu semak denyutan jantung dan bilangan gerakan baby. Kalau rasa terlalu risau pergilah ke klinik dan minta doktor buat pemeriksaan. Kalau dah tak boleh tidur, bagus kita solat  dan berdoa mohon Allah permudahkan dan beri ketenangan kepada kita.

Sebelum bersalin selalunya mama kemas rumah, siap2... sebab nak berpantang nanti tak boleh nak berkemas dah. Mama tolak almari, katil, ubah perabot sana sini.. Semuanya mama buat supaya lebih mudah bersalin kononnya. 

Caranya??? Mama tolak perabot2 tinggi dengan bahagian belakang badan kerana perut dah bulat macam bola besar!!!

"Buk.... buk nggak takut kerja berat2?" soal pembantu rumah semasa menunggu kelahiran anak ke 4. Maya yang masih bujang agak hairan dengan gelagat mama? 
"Takut jugak... sebab tu, bila penat saya rehat dulu...." jawab mama pula.

Apa pun mama buat, mama tetap bersalin secara 'induction'. Jalan buka paling besar pun 2 cm, selebih dari itu, baby mungkin berusaha tetapi tak berjaya memecahkan selaput mentuban tu..

Dah serah diri di hospital, selaput mentuban akan dipecahkan oleh doktor. Ubat dimasukkan ke pangkal rahim untuk membantu rahim melembut dan membuka laluan untuk proses kelahiran. Selepas beberapa ketika, barulah rasa sakit datang. Haa... saat ni rasa macam kita senggugut teruk... yang pasti mama perlu bertahan menanggung sakit tu selagi bukaan belum cukup besar untuk proses kelahiran. Masa ni la yang dikatakan orang, 'induction' itu sakit. 

Cara nak hadapi saat2 ini yang mama dapat dari pengalaman mama, ialah

1. Baring mengiring ke kiri dan ubah ke kanan bila penat unuk bantu bukaan lebih cepat. (Ikut ajaran bidan2 yang menjaga mama semaalsa sakit)

2. Banyakkan berdoa sepanjang proses itu. Ingat pada Allah, mohon diberi kemudahan bagi diri sendiri dan bayi kita. (antaranya doa yang diajar ustaz sebagai amalan masa hamil supaya dimudahkan)
Masa sakit, lidah tak berhenti mohon Allah mudahkan untuk mama dan baby. Takde lain dlm doa dan hati.. tu je.. nk baca pjg2 tak sempat la.. tgh sakit kan...

3. Ibu jangan teran terlalu awal walaupun sakit tu datang. Dialog yang pasti mama dengar ialah suami akan kata, "Sakit? jangan teran dulu. Tunggu bukaan cukup besar"  (ni panduan dia dpt masa mama bersalin anak sulung) Bagus juga ada org pesan2. Kalau tidak, rasa nak teran je bg keluar segala sakit. (Hihi..) Sebabnya kalau mama teran terlalu awal gara2 cuba menghilangkan sakit, dinding laluan kelahiran akan bengkak dan laluan keluar bayi nanti jadi sempit.. Itu yang mama faham bila dipesan oleh doktor dan bidan2 yang menjaga mama sejak anak yang pertama.

4. Kuatkan semangat untuk bersalin secara 'normal" dan jangan mengaku kalah sehingga terpaksa ditolak ke bilik pembedahan pula. Kaedah 'induction' ada kala mengambil masa, jadi tak hairan kalau ibu jadi letih dan tak berdaya. Jadi jagalah makan minum di saat2 hampir bersalin supaya cukup tenaga. Alhamdulillah dengan saiz badan mama yang kecil ni, tenaga teran mama mampu lakukan untuk kelahiran anak-anak 3kg lebih dan Damia seberat 4.14 kg.

Kesimpulannya, kita mampu lakukan dengan baik walaupun  sakit 5-6 jam... sementara tiba masa melahirkan. 

Jangan risau, bila baby lahir, semua sakit akan hilang...senyum je yang terukir.

Berfikiran positif dalam.apa jua keadaan. Redha dan tabah dengan ujian2. Ujian tak serupa utk setiap ibu. Yg terbaik Allah beri utk kita.

Salam.
Moga dapat menjadi sedikit panduan..


No comments:

Post a Comment